DC | 19 - KELUAR

1.2K 101 28
                                    

"AISHAH , sebenarnya..."

Semua memberi ruang dan menunggu pengakuan daripada Hizlan. Hati Adelia sedikit lega kerana Hizlan akan memberitahu perkara sebenar, sekurang-kurangnya Aishah akan tahu dia tidak bersalah.

"Sebenarnya memang betul Abang balik tadi sebab tertinggal kotak-kotak kerja. Jadi abang minta lah Adelia tolong abang tapi lain pula jadinya. Dia tolak abang, abang jatuh la atas katil tu..."

Terbeliak mata Adelia mendengarkan apa yang dikatakan oleh Hizlan. Bukan setakat Adelia, Zarith dan Aishah juga terkejut.

"Lepastu abang cuba nak bangun tapi dia tak bagi. Dia goda abang, dia tarik tali leher abang. Abang masih boleh ingat tau setiap satu apa yang dia buat pagi tadi", jelas Hizlan.

"Tak ! Mama, Del tak buat macam tu ma. Sumpah Del tak buat macam tu", nafi Adelia.

"Diam ! Biar papa habiskan dulu", jerkah Aishah.

"Tapi ma..."

"Abang pun tolak dia sekuat hati dan abang bangun nak keluar dari bilik, tapi dia tarik tangan abang. Abang pun...", Hizlan sengaja membiarkan ayat itu tergantung.

"Abang pun apa ?", soal Aishah sesuai rancangan Hizlan.

"Abang pun terjatuh atas dia dan kebetulan waktu tu Zarith nampak apa yang terjadi. Abang sendiri tak sangka Adelia sanggup buat abang macam ni", sambung Hizlan lagi.

Zarith juga terdiam mendengar penjelasan daripada Hizlan. Dia bingung harus percaya atau tidak dengan kata-kata Hizlan. Mungkin betul dan mungkin salah sebab apa yang dia lihat pagi tadi bukan dari awal.

"Tak ! Kenapa papa perlu tipu ? Del yang kena tapi papa buat papa yang jadi mangsa keadaan !", nada Adelia masih dikawal daripada meninggi.

"Cukup !", jerit Aishah.

"Maaa....apa yang papa cakap tu tak betul. Ma tolonglah", rayu Adelia masih tidak mahu kalah. Pipinya sudah lama dibasahi cecair hangat itu.

"I said enough !", Aishah menjerit sekali lagi. Semua diam.

"Kau tak reti malu ke perempuan? Sudah la menumpang, kau buat hal pula. Lagi teruk kau buat dengan suami aku. Kau ni perempuan jenis apa?", Aishah menolak dahi Adelia dan Adelia sedikit terundur ke belakang.

"Ma tolongla, semua tu tak betul. Mama kena dengar penjelasan daripada Adelia juga", rintih Adelia. Dia melutut dan memgang kaki Aishah untuk memohon keampunan. Aishah menepis tangan Adelia.

"Dah la Adelia. Kau lupa ke apa yang kau dah buat dulu dekat Zarith ? Tak mustahil kau boleh benda yang sama dekat suami aku. Dasar perempuan tak tahu malu! Kau nak apa sebenarnya?", Aishah melepaskan amarahnya yang sudah lama terbuku di hati.

Adelia menangis tanpa henti. Dia buntu mahu melakukan apa. Aishah memang sah tidak percaya kan dia lagi dan Zarith pula keliru mahu menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

"Aku dah muak tengok muka kau. Aku dah muak dengan perangai kau yang tak ubah macam seorang pelacur !", teriak Aishah. Akhirnya keluar juga perkataan itu dari mulutnya. Sebelum ini, perkataan itu merupakan salah satu benda yang jijik baginya. Namun disebabkan hatinya yang sedang panas, habis keluar.

"Mama ! Apa mama cakap ni?", setelah berdiam diri, akhirnya Zarith bersuara. Sanggup seorang ibu mertua mengatakan hal itu terhadap menantu sendiri.

"Aku tak peduli, kau dah cabar kesabaran aku Adelia. Sekarang aku nak kau kemas barang-barang kau, berhambus dari rumah ni !". Semua terkejut mendengarkan keputusan Aishah.

"Mama dah hilang sabar ni", bisik Zarith dalam hati.

"Maaaa, jangan la buat Del macam ni. Del dah takde siapa siapa selain keluarga ni. Tolongla Del ma", Adelia tidak henti-henti merayu kepada Aishah supaya mempercayakannya. Namun Aishah tetap dengan keputusannya.

"Aku kata keluar !", hampir terkeluar anak tekak Aishah menjerit untuk kesekian kalinya.

"Ma apa ni ma sampai nak halau halau ni?", soal Zarith.

"Benda boleh bawa bincang kan ma", pujuk Zarith sedaya upaya.

Tangisan Adelia semakin laju. Sudah la dituduh, kini dihalau pula. Dugaan apa pula kali ini Ya Allah?

"Nak bincang apa lagi? Mama dah penat nak hadap semua ni. Sejak dari kali pertama Zarith bawa dia datang ke rumah ni, terus terang mama cakap mama memang tak boleh terima dia", terang Aishah. Mukanya juga kini berubah menjadi kemerahan akibat marah yang melampau.

"Ok fine. Kalau mama halau Adelia, Zarith ikut keluar sekali. Apa apa pun dia tetap isteri Zarith dan Zarith takkan tinggalkan dia", balas Zarith. Alahai dah macam dalam drama pula.

"Zarith ! Apa kamu ni ? Kamu pilih dia daripada mama sendiri ? Dia tu siapa dan mama ni siapa ?", ha sudah habis dia persoalkan.

Zarith terdiam.

"Kamu nak ikut perempuan ni? Pergi la. Tapi jangan sesekali kamu balik ke rumah ni lagi !", ugut Aishah. Fikirannya sudah di luar kawalan sampai sanggup buang anak sendiri demi kepentingan diri.

"Abang, takpela. Abang stay sini biar saya je yang keluar", kata Adelia perlahan dengan nada yang sebak.

"No, sayang isteri abang. Takkan abang nak tinggalkan sayang macam tu?", Zarith masih tidak puas hati.

"Takpe saya ok je. Takkan abang sanggup buang mama semata-mata demi saya ? Saya taknak abang jadi anak derhaka", sempat lagi Adelia memikirkan orang lain.

"Sayang, tolongla. Bagi abang ikut sayang", pinta Zarith. Matanya juga mula berkaca memandangkan isteri yang akan meninggalkannya.

"Zarith, kamu pilih mama atau perempuan ni ? Kalau kamu pilih dia, mama takkan mengaku kamu sebagai anak mama lagi !", ugutan kali kedua diberikan kepada Zarith sehingga Zarith menjadi buntu.

"Tolonglah, abang stay je la dekat sini. Tolong jangan tinggalkan mama awak, dia lebih perlukan awak", rayu Adelia supaya Zarith tidak mengikutinya. Sungguh mulia hati wanita yang bernama Adelia Atheena ini ')

Adelia berlalu ke atas dan mengemas baju-bajunya ke dalam sebuah beg. Tangisannya masih tidak berhenti malah makin kuat apabila dia bersendirian di dalam bilik. Kemudian dia turun semula ke bawah dengan langkah yang sayu.

Zarith melihat Adelia sudah memikul beg bersedia untuk keluar dari rumah. Terasa pilu pula hati melihat isteri yang tidak pernah berjauhan bakal meninggalkan dirinya. Lagi hiba apabila Adelia bakal bersendirian di dunia luar yang terdedah dengan pelbagai ancaman. Macam mana dia nak hadap semua tu seorang diri? Sampai bila kami harus terpisah...

Tangan Zarith digapai dan dikucup perlahan sebagai tanda terakhir sebelum dia keluar dari rumah itu. Dengan mata yang bergenang dia memandang kedua-dua wajah mertuanya sebagai tatapan akhir. Adelia menghulur tangannya untuk bersalam dengan Aishah namun dihiraukan.

Dengan perasaan sayu, pilu, gundah, sedih, Adelia melangkah keluar dari rumah itu meninggalkan Hizlan, Aishah dan ... Zarith.

Melihat pemergian isteri tercinta membuatkan air mata lelaki Zarith akhirnya jatuh jua. Hatinya remuk tatkala terpaksa membuat pilihan yang sukar.

Matahari di luar sudah mula menyembunyikan diri. Di waktu senja Adelia keluar dari rumah membuatkan Zarith semakin bimbang. Ke manakah dia akan pergi di waktu begini...

Perlahan demi perlahan Adelia menghilang dari pandangan mereka. Zarith terduduk dengan air mata yang laju mengalir. Dia tidak mampu berbuat apa apabila diberi pilihan tadi.

"Saya pilih mama demi awak, sayang", kata Zarith dalam hati. Matanya tetap memandang ke luar rumah walaupun Adelia sudah tidak kelihatan.

- B E R S AM B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now