DC | 54 - PERMINTAAN MAMA

1.8K 116 61
                                    

3 HARI KEMUDIAN...

"Del, siap siap tau. Kejap lagi aku jemput kau", pesan Zarith sambil mengepit telefon di antara telinga dan bahunya. Saat itu dia sedang mengemas baju-bajunya ke dalam beg sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

"Baik bos", jawab Adelia seraya tergelak kecil.

Kereta dipandu berhemah, Zarith belok ke kanan untuk memasuki kawasan perumahan Adelia. Tiba sahaja di hadapan rumah sewa Adelia, dia keluar dari kereta untuk membantu Adelia mengangkat barang-barangnya.

Banyak juga barang Adelia semenjak tinggal di Kelantan. Pelbagai perkakas rumah dibeli kerana hajat asalnya ingin menetap terus di Kelantan. Tapi tidak sangka dia akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan meninggalkan negeri yang sempat dia mencipta sedikit kenangan bersama orang orang yang sempat dikenalinya.

Pintu kereta ditutup. Zarith memakai tali pinggang keledar dan memulakan pemanduannya. Adelia yang berada di sebelah tiba-tiba terasa kekok. Sudah lama dia tidak menaiki kereta bersama Zarith membuatkan suasana menjadi janggal.

"Kau dah bersedia ke nak jumpa mama ?", soal Zarith memecahkan suasana sunyi di dalam kereta itu.

Adelia terpinga-pinga kerana tiba-tiba ditanya begitu.

"Err...bersedia eh ? Hmm, aku tak rasa aku bersedia dan aku pun tak rasa aku tak bersedia. Dia macam 50 50", jawab Adelia dengan jawapan yang dia sendiri tidak pasti.

"Tapi kan aku nak tanya lagi, kau dah maafkan mama ke ? Sebab kalau kau tak maafkan, takkan kau sanggup ikut aku", soal Zarith tanpa memandang Adelia. Matanya difokuskan ke hadapan sahaja.

"Hmm...aku tak tahu la. Tapi bila kau cakap yang mama kemalangan, hati aku macam tiba-tiba rasa simpati. Lagi pula kematian umi dan abah aku pun disebabkan kemalangan kan, so...", Adelia sengaja membiarkan ayat itu tergantung seraya mengangkat bahu.

"Oh tapi yang pastinya aku tetap bersyukur sebab kau sudi nak jumpa mama lepas apa yang dia dah buat dekat kau", ucap Zarith sambil mengukirkan senyuman.

Adelia juga turut tersenyum.

Suasana menjadi hening seketika sebelum Zarith bersuara lagi.

"Del, selama aku dekat hospital haritu...Megat ada datang jumpa kau ? Ke dia ada buat apa-apa dekat kau ?"

Adelia memandang Zarith dengan pandangan aneh.

"Kenapa kau tengok aku macam tu ?", soal Zarith yang perasan tenungan Adelia terhadapnya.

"Tak la...Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Megat ?"

Zarith tersenyum sinis.

"Saja je tanya. Sebab aku nak minta maaf tak boleh jaga kau masa aku koma haritu", ujar Zarith.

"Aik, habis tu selama ni kau jaga ke aku ?", bidas Adelia selamba.

Zarith terdiam dan terus tidak menyoal apa-apa lagi.

Setelah hampir enam jam perjalanan dari Kelantan, akhirnya mereka selamat sampai di rumah Aishah.

Zarith mematikan enjin keretanya dan mengejut Adelia yang sudah lama dibuai mimpi.

"Bangun, kita dah sampai ni", kata Zarith lembut.

Adelia menggosok mata dan melihat rumah yang berada di hadapannya.

"Fuh dah lama aku tak datang sini", katanya sambil menggeliat bebas dan membetulkan urat.

Sejak dihalau oleh Aishah dahulu, Adelia langsung tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Bukan apa, isi rumah sendiri tidak mengundang kedatangannya.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now