DC | 14 - HILANG

1.3K 93 2
                                    

PASAR SENI SUKAWATI , BALI .

Terpampang jelas papan tanda berwarna coklat itu menandakan mereka sudah sampai di salah satu tempat yang wajib dikunjungi para pelancong jika melawat ke Bali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terpampang jelas papan tanda berwarna coklat itu menandakan mereka sudah sampai di salah satu tempat yang wajib dikunjungi para pelancong jika melawat ke Bali.

Keadaan di pasar itu amat sesak dek pelancong yang berduyun-duyun datang membeli cenderahati buatan Bali. Tidak terkecuali Zarith dan Adelia, mereka masuk dengan berpimpin tangan supaya tidak tersesat kerana pasar itu agak besar dan dikerumuni ramai orang.

Mereka singgah di sebuah kedai yang menjual barangan berasaskan batik Bali. Adelia terpegun melihat pelbagai jenis produk yang dihasilkan digantung dan dipamerkan di setiap genap kedai itu. Matanya terpaut pada sehelai baju bercorak batik yang disarungkan pada sebuah patung. Lantas dia menghampiri baju itu dan membelek-belek kainnya.

"Cantik kan ?", soal Adelia sambil berpaling ke seblah kanan. Sangkaannya Zarith ada di sebelah namun salah. Matanya melilau-lilau mencari kelibat Zarith. Hatinya mulai risau dan dia beralih semula ke hadapan kedai itu. Jalan yang dipenuhi dengan orang-orang menyukarkan pencariannya.

"Mana kau Zarith ?", soalnya perlahan dengan suara yang mula mengendur.

"Ya Allah jangan la macam ni. Pertemukan la semula kami ya Allah. Jangan bagi aku sesat sorang sorang", rayunya dalam hati dengan muka yang gelisah.

Dia melangkah keluar dari kedai itu dan bergerak mencari Zarith di sekitar kedai berdekatan. "Pasar ni besar kut, macam mana aku nak cari dia haih", keluh Adelia.

Kemudian dia terfikir untuk menelefon Zarith namun baru dia teringat begnya dipegang oleh Zarith. Ya Allah dugaan betul !

Dalam kegelisahan yang melanda hati kecilnya itu, tiba-tiba ada yang mencuit bahunya daripada belakang. Pantas kepalanya berpaling.

"I'm sorry , are you Wawa Zainal from Malaysia ?", soal seorang lelaki yang tidak dikenali.

Adelia hairan tapi pada masa yang sama dia juga hampir tergelak. "Ada dia sama kan aku dengan Wawa Zainal ?"

"Wawa Zainal ? Sorry , that's not me", jawab Adelia.

"But you look the same as Wawa", kata lelaki itu masih tidak percaya.

"No no I'm not", balas Adelia sambil mengukirkan sebuah senyuman yang menawan.

"Oh sorry sorry , my fault", lelaki itu beredar.

Adelia meneruskan lagi pencariannya dan sekali lagi bahunya dicuit daripada belakang. Terus dia berkata, "Sorry I'm not Wawa Zainal".

Lelaki yang berada di hadapannya menghamburkan tawa.
"Pergh Wawa Zainal eh"

Adelia menahan malu dan membuat muka tidak bersalah.

"Hahaha sayang ni dah kenapa ?", soal Zarith masih dengan tawanya.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now