TUBUH yang lena dibuai mimpi dipandang sekilas sebelum matanya kembali menatap skrin telefon. Jari jemarinya ligat menari di atas papan kekunci maya.
Dalam Zarith ralit bermain telefonnya, dia terasa seperti ada seseorang sedang memerhatikannya. Kepalanya dipusing perlahan menghadap Adelia.
"Ya Allah, sayang ! Terkejut abang haih", Zarith mengucap panjang.
Adelia sekadar melihat reaksi suaminya.
"Buat apa tak tidur lagi ?", soalnya dengan nada mendatar."Takde buat apa apa pun. Tengah scroll instagram", jawab Zarith. Segaris senyuman diukirkan kepada Adelia.
Keluhan ringan dibalas. Adelia berpaling semula menghadap ke arah tingkap dan memikirkan sesuatu.
"Sayang tidur la. Abang tak mengantuk lagi", ujar Zarith sambil membelai-belai rambut wanita itu.
Diam. Seketika, Adelia mengalihkan selimut putih daripada badannya dan kembali memejam mata. Lepas beberapa minit, tiada tindak balas yang diberi oleh Zarith.
"Hm dia taknak betulkan balik ke selimut tu ? Penat aku tunggu ni", getus Adelia dalam hati. Walaupun matanya tertutup rapat namun rohnya masih sedar. Dia menarik semula selimut itu dan mengalihkan sekali lagi seperti tadi. Harapannya Zarith akan membetulkan kembali selimut itu dan menemaninya tidur, namun Zarith tidak mengendah.
"Ah dia tak tahu ke trend kat tiktok tu ?", dia semakin tidak puas hati kerana Zarith tetap setia dengan telefon. Untung jadi telefon perh.
"Wei aku dah banyak kali kut gerakkan selimut ni, takkan dia tak perasan lagi ?", terkerut-kerut kening Adelia memikirkan Zarith yang langsung tidak mempedulikannya.
Idea lain muncul di fikirannya lalu dia mengubah strategi untuk menarik perhatian Zarith. Adelia tersenyum sinis di sebalik tubuhnya yang membelakangi Zarith.
"Bb, I want hug please...yeah like this...hummm...i love you too bb", tiba-tiba ayat itu muncul daripada mulut Adelia secara spontan dengan matanya yang tertutup. Sesekali bibirnya mengukirkan senyuman seolah-olah dia sedang mengigau.
"Eh sayang, bb mana pula ni ?", soal Zarith kehairanan. Tiba-tiba sahaja keluar bb, lain la dirinya yang dipanggil abang.
"Yeah I promise I'll never leave you bb", Adelia masih dengan lakonannya yang semakin menjadi-jadi.
"Sayang, kalau ye pun mengigau tu tak boleh ke cakap Bahasa Melayu ? Standard betul sampai berbahasa English ya", perli Zarith seraya tergelak kecil.
Adelia masih khayal membuatkan Zarith menjadi tertarik dengannya. Telefon yang dari tadi dipegang elok, diletakkan di atas meja sebelah katil. Selimut yang dibiarkan terbuka tadi dinaikkan sehingga ke paras bawah bahu Adelia. Selang beberapa saat, Zarith memeluk ketat Adelia seperti yang diharapkan.
"Yes finally ! Dia faham pun akhirnya", teriak Adelia dalam hati. Entah mengapa hatinya sangat gembira setiap kali berada dalam pelukan Zarith.
✰✰✰
"Awak mengantuk ke ?", soal Zarith yang berada di tempat duduk sebelah tingkap. Adelia memang tidak berani untuk duduk di situ kerana dia takut tinggi. Orang kata gayat la.
Kepala yang bersarungkan tudung bawal berwarna biru laut itu diangguk perlahan sebelum matanya perlahan-lahan ditutup. Zarith mengambil sehelai baju lalu menyelimut Adelia supaya tidak kedinginan. Selepas beberapa minit Adelia tertidur, Zarith bangun dan mengatur langkah ke tandas.
Adelia tersedar dan perasan suaminya tiada di sebelah. Dia memanjangkan leher dan mencari kelibat si suami. Dia melihat di bahagian hadapan pesawat, tiada. Kepalanya dipalingkan pula ke arah belakang dan matanya tertumpu pada satu susuk yang seperti milik Zarith. Namun dia tertanya-tanya, Zarith sedang bercakap dengan siapa? Dia tidak dapat melihat siapa yang berada di hadapan Zarith kerana terhalang dengan tubuh Zarith sendiri. Dia menunggu sahaja Zarith kembali ke tempat duduk.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...