"ASSALAMUALAIKUM warahmatullah... assalamualaikum warahmatullah".
Selesai menunaikan solat, kedua-dua belah tangan diangkat untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh imam. Adelia bersalaman dengan jemaah wanita lain lalu bangun menyimpan kain telekung ke dalam almari masjid. Makcik makcik di situ semuanya ramah dan baik hati melayan Adelia membuatkan dia terasa tenang sebentar kerana ada teman berbual.
"Hm dah semalaman aku dekat masjid ni. Masanya untuk aku pergi", ujar Adelia. Biasanya di waktu begini dia sudah berada di dapur untuk menyiapkan sarapan kepada keluarganya. Namun kali ini berbeza, perutnya berkeroncong terlebih dahulu. Maklumlah dari semalam belum makan.
Adelia melihat isi dalam beg duitnya. Hanya berbaki RM 17 sahaja. "Mampu ke aku bertahan dengan duit ni dalam jangka masa yang panjang ? Ish memang tak la, ni sehari pun dah habis", keluhnya.
Kakinya melangkah ke kedai roti canai berdekatan. Dia memesan dua keping roti canai dan segelas air kosong.
"Lepas ni aku nak pergi mana eh", fikirannya buntu waktu itu.
Siap menjamu sarapan di warung Wak , dia berjalan lagi tanpa hala tuju, hanya mengikut kaki melangkah.
Kemudian, sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya secara mengejut.Adelia sudah merasakan sesuatu namun dia hanya menunggu si pemandu keluar. Hati Adelia bagaikan berbunga-bunga setelah lelaki yang bergelar suaminya muncul di hadapan muka.
"Abang !", jerit Adelia teruja.
Zarith terus memeluk isterinya yang sudah semalaman tidak berjumpa. Tanpa sedar, air mata mereka berdua mula beraksi. Melayan perasaan apabila dapat bersatu kembali.
"Sayang pergi mana? Dari semalam abang cari tau. Awak tidur dekat mana semalam ?", soal Zarith sambil memegang tangan Adelia. Terasa lega sekali apabila pencariannya membuahkan hasil.
"Saya tidur dekat masjid. Masjid warna putih hujung sana", jari telunjuk Adelia menghala ke lokasi masjid itu.
"Ha serius la ?", soal Zarith terkejut.
"Iya. Kenapa ?"
"Ya Allah semalam abang dah pergi masjid tu tau. Abang nak masuk tapi pintu berkunci. Abang ada la intai intai bahagian dalam masjid tu. Tapi tak sempat abang nak intai dekat bahagian wanita, tiba-tiba telefon abang berdering", terang Zarith lebar panjang.
"Kalau lah semalam takde orang call, mesti kita dah jumpa lebih awal kan", sambungnya lagi.
Adelia hanya tersenyum.
"Hm takpe la bang, asalkan kita dah berjumpa balik ni pun saya dah rasa happy", kata Adelia jujur. Jelas di wajahnya terpancar suatu kebahagiaan."Eh abang tak kerja ke?", soal Adelia tiba-tiba teringat apabila melihat Zarith berpakaian biasa.
Zarith menggeleng lalu menarik tangan Adelia masuk ke dalam kereta.
"Jom"
Adelia duduk di bahagian depan namun dia perasan ada satu lagi beg besar di tempat duduk bahagian belakang.
"Tu beg siapa bang?", soalnya ingin tahu.
"Kalau sayang nak tahu, sebenarnya abang pun lari rumah", jawab Zarith yang tersengih seperti kerang busuk.
"Abang", mata Adelia terbeliak.
"Chill la, takkan abang nak biarkan isteri abang ni sorang sorang. Lagipun abang dah ada plan. Sayang jangan risau la", balas Zarith selamba.
"Abang ! Kan mama dah cakap kalau abang keluar rumah untuk cari saya, abang dah tak boleh balik sana", Adelia mengingatkan kembali amaran Aishah.
"Yela abang tak balik sana dah la nanti"
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...