DC | 30 - TANGIS

1.3K 101 12
                                    

"HELLO Mizan"

"Ya. Kenapa abang tiba-tiba call ni ?", soal Mizan menerusi telefon.

"Tolong abang boleh ?"

"Apa dia ?"

"Jemput abang kat hospital", ujar Zarith.

"Hospital ? Abang buat apa kat sana ?", Mizan hairan.

"Datang lah dulu nanti abang terangkan", Zarith terus memutuskan panggilan.

Mizan pula sudah siap menukar pakaian untuk ke hospital seperti mana yang disuruh oleh abangnya. Dia terpaksa memesan grab lagi kerana Pak Man dari pagi lagi sudah berangkat bersama Aishah.

Perjalanan dari rumah ke hospital mengambil masa dalam 10 minit. Mizan segera bergegas ke wad di mana Zarith berada. Pintu wad dikuak perlahan supaya tidak terganggu.

Mulut Mizan terbuka sedikit kerana terkejut melihat keadaan abangnya yang berbalut tangan dan kaki terlantar di atas katil.

"Kau dah kenapa ni bang ?", soal Mizan.

"Aku kemalangan tadi", jawab Zarith bersama wajahnya yang serius. Anak matanya dialih memandang ke luar tingkap.

"Kau...kemalangan ?", Mizan seolah tidak percaya kerana setahu dia Zarith seorang yang sentiasa berhati-hati di setiap perbuatannya.

Zarith mengangguk perlahan.

"Habis tu bila kau boleh keluar wad ?"

"Sekarang. Sebab tu aku panggil kau datang sini. Kau datang dengan siapa ? Pak Man ?"

Mizan menggeleng dan memberitahu dia datang bersama grab. Dan nampak gayanya memang dia terpaksa memesan grab sekali lagi kerana kereta Zarith sedang dibaiki.

Walaupun berbalut, kaki Zarith masih boleh berjalan cuma sebelah kanan sahaja yang terasa berdenyut. Jadi terpaksa lah dia bergantung dan memaut pada bahu Mizan untuk terus berjalan.

Pintu kereta ditutup selepas membayar duit kepada si pemandu. Mizan membantu Zarith berjalan sehingga lah di depan pintu rumah. Nasibnya baik kerana Zarith tidak menyuruhnya pulang lagi. Ada peluang lah untuk dia masuk ke rumah mewah itu.

Zarith sedang menekan nombor-nombor untuk memasukkan pin rumah itu. Mizan memandang dengan ekor matanya dan cuba mengingati.

270819

"Ok aku ingat !", kata Mizan dalam hati.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Mizan sekali lagi terpegun dengan kemewahan yang ada. Sambil melihat-lihat isi rumah itu, dia meletakkan Zarith di atas sofa empuk berwarna putih. Zarith menghembus nafas keletihan.

"Kau nak air ke ?", soal Mizan mengambil berat.

"Boleh juga"

"Mana dapur ?"

Zarith menghalakan tangannya ke arah dapur dan Mizan segera bergerak ke sana. Sewaktu menuangkan air ke dalam gelas, matanya tertangkap pada sebuah pintu berwarna koko gelap dengan tulisan yang tertera "DO NOT ENTER , DANGER !"

Mizan berasa tertarik untuk mengetahui apa yang ada di sebalik pintu itu namun dia harus menahan dahulu perasaannya supaya Zarith tidak mengesyaki apa-apa. Dia kembali ke ruang tamu lalu menghulurkan segelas air kepada Zarith. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya.

"Bang, kak Adelia mana ?"

Tersembur Zarith dibuatnya. Laju Zarith mengelap mulutnya dan berkeadaan normal. Mizan hairan, kenapa ?

"Kau dah boleh balik kut. Nanti mama dan papa cakap apa pula kau tak balik lagi masa ni", ujar Zarith mengubah topik.

"Eh mama dengan papa mana ada kat rumah. Semua kerja kan", jelas Mizan. Zarith mengangguk faham.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now