LEHER yang terlentok ke sebelah kiri diangkat perlahan. Kepalanya terasa pening dan matanya bengkak kerana semalaman menangis. Dia ingin berdiri namun baru dia tersedar bahawa kaki dan tangannya diikat.
Air liur ditelan...mata dipejam supaya terus sabar. Di dalam bilik itu tiada langsung cahaya luar melainkan lampu. Jadi dia tidak tahu bila malam dan bila siang.
Lebih kurang setengah jam dia berdiam diri dan menunggu kedatangan Zarith, akhirnya dia terpaksa juga menjerit memanggil suaminya.
"Abangggg !!!"
"Abangggg !!"
Sunyi. Tiada sahutan. Tiada tindak balas. Adelia mengeluh kehampaan. Dia cuba melepaskan ikatan itu namun tidak berhasil.
Seketika, pintu biliknya dibuka dengan ganas. "Kau nak apa jerit jerit panggil aku ?", marah Zarith dengan tegang sekali. Saat itu dia sudah bersiap untuk ke pejabat . Adelia pula teringat waktu dia menyiapkan, menyarungkan dan mengikat tali leher suaminya sebelum berangkat ke pejabat. Kini semuanya tinggal lah kenangan yang tidak pernah diduga.
"Abang...lepaskan saya...saya penat...", Adelia merintih.
"Kau penat ? Kau penat buat apa ? Penat menjerit panggil aku ?", Zarith duduk menghadap Adelia. Tenungan dalam diberikan kepada si pemilik mata hazel.
Adelia mengangguk lemah.
"Siapa suruh ? Aku tak suruh pun kau menjerit macam orang gila panggil panggil aku", kata Zarith kasar.
"Abang...lepaskan la saya...", pinta Adelia. Air matanya mula mengalir membasahi pipi.
"Kau ingat dengan tangisan sepuluh sen kau tu aku nak lepaskan kau ? You're wrong my dear", Zarith menolak dagu Adelia membuatkan kepalanya terhantuk di palang katil.
Adelia hanya mampu menangis dan menangis. Tenaganya tidak banyak, dia lemah saat itu. Hatinya sayu mengenangkan suami yang dahulu baik namun sekarang sudah berubah tanpa dia mengetahui sebabnya.
"Kau dah makan belum ?"
"Oh lupa kau tak boleh bangun hm kesian", perli Zarith seraya tersenyum nakal.
Dia bangun dan membuka loker makanan. Semua isi di dalam loker itu dibawa keluar. Disebabkan terlalu banyak makanan, dia naik dahulu untuk meletakkan kesemua makanan itu di dapur dan dia sengaja membiarkan pintu itu terbuka kerana dia tahu Adelia tidak boleh bergerak.
Adelia mengerling ke arah pintu. "Andai saja aku boleh bangun...", bisiknya dalam hati.
Zarith datang sekali lagi dan memegang tombol pintu. "Abang pergi kerja dulu ya sayanggg..", sengaja dibuat nada manja.
"Abang...lepaskan Del.."
Pintu itu dikunci semula.
"Abang !!!", teriak Adelia sambil tubuhnya meronta-ronta.
Tangisannya yang sudah reda tadi kembali mengalir deras. Dia menunduk sambil menangis teresak-esak. Terasa sukar sekali untuk dadanya bernafas. Air mata yang mengalir juga tidak mampu dilap kerana tangannya terikat.
"Kenapa ? Kenapa ? Kenapa kau berubah Zarith.....", itulah yang selalu bermain di fikirannya setiap hari. Dia bingung mengapa suaminya berubah seratus peratus dalam sekelip mata.
"Adakah ini semua perangkap ? Ya Allah bantu lah aku. Mengapa hidupku selalu diuji dan mengapa orang yang aku sayang satu persatu hilang?", rintih Adelia bersama tangisan yang tidak pernah kering.
Tanpa dia sedar, cintanya terhadap Zarith kembali berputik. Namun tidak dia sangka semua layanan, belaan, pujian itu hanya lah palsu dan sekarang adalah permulaan realiti hidupnya bersama Zarith Firdaus, seorang lelaki yang sudah mempermainkan perasaannya.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...