"ABANG, lawa gila la rumah ni. Abang beli guna duit abang sendiri ke?", soal Adelia sambil matanya tidak berkelip melihat ruangan dalam rumah mewah itu. Ruangan pertama yang dilihat apabila masuk ke rumah itu semestinya ruang tamu !
Zarith sekadar mengangguk kepada pertanyaan Adelia tadi.
"La kenapa abang tak cakap, kalau tak boleh kita gabung duit sama sama", kata Adelia.
"Tak apa, abang memang dah lama kumpul duit untuk kegunaan lepas nikah", jawab Zarith. Kakinya terus melangkah ke hadapan untuk menunjukkan kepada Adelia apa yang menarik lagi dalam rumah mereka.
"Sayang cepat la sikit jalan tu. Ha ni dapur yang akan menjadi tempat memasak sayang. Tapi dapur ada satu je, abang tak sempat nak bahagikan dapur kering dan dapur basah", ujar Zarith sedikit kesal.
"Takpe, ni pun dah cukup bang. Semua ni marble ke bang?", soal Adelia sambil menghentak-hentak kakinya di atas lantai mewah itu.
"Yup, abang buat ni khas untuk sayang supaya sayang ada semangat untuk masuk ke dapur", perli Zarith seraya tersenyum nakal.
"Amboi"
Zarith beralih ke sliding door di sebelah dapur. Sliding door itu dibuka dan menampakkan pemandangan luar.
"Wah siap ada kolam !", Adelia begitu teruja melihat kolam yang dilengkapi dengan pelbagai tahap dan tempat beristirehat serta ada juga gelongsor kecil disediakan.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Storie d'amore- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...