Mata yang dipejam sejak dari petang tadi dicelik perlahan. Kepalanya terasa pening sekali. Dia memandang syiling sebelum matanya turun dan memerhati keadaan sekeliling.
"Erh aku dekat mana ni...", gumamnya dalam hati.
"Eh sayang dah sedar", kata Zarith yang tiba-tiba muncul dari tandas. Adelia terpana. Jadi benar dia berada di bilik hotel Zarith ? Oh my god !
Adelia bingkas bangun dari katil dan mengambil barangannya di atas meja. Dengan kalut dia berlari ke arah pintu.
"Eh sayang nak pergi mana tu ?", Zarith bingung. Lantas dia mengejar wanita itu hingga ke luar bilik.
"Del ! Del !", Zarith menjerit namun tidak dipedulikan oleh Adelia. Dia mempercepatkan langkahnya dan memecut laju untuk mendapatkan Adelia.
Lengan Adelia yang berlapikkan kain ditarik kasar.
"Sakit la !", bentak Adelia.
"Ok ok sorry sorry. Tak, sekarang ni kenapa sayang nak lari ?", soal Zarith dengan muka blur.
"Ei berhenti panggil aku sayang boleh tak ? Rimas ! Lagi satu, kau gila ke biarkan aku duduk sebilik dengan kau ? Kita ni bukan suami isteri lagi, sedar lah", tegas Adelia sambil tangan yang lincah membuat gaya.
"Dahtu takkan kau nak aku tinggal kau tepi jalan ? Macam tu ?", Zarith menukar panggilan serta-merta.
"Aku lebih rela la duduk dekat tepi jalan dari duduk sebilik dengan kau ! Haram tahu tak ?", jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu.
"Amboi main hukum hakam pulak dah. Habis tu yang kau keluar dengan jantan tu berdua-duaan, tak haram ?", Zarith juga tidak mahu kalah.
"Eh tolong sikit eh, aku keluar dengan dia sebab nak selesaikan pasal barangan kahwin. Bukan nak menggatal macam kau ! Dalam rumah pun buat dosa lagi", bidas Adelia dengan berani. Tiba-tiba muncul pula wajah wanita yang berasmara dana dengan Zarith tempoh hari.
"Benda dah lepas kan, asal suka sangat nak ungkit ?", Zarith berdecit.
"Oh tak suka main ungkit ungkit ? Habis tu kematian Aileen pandai pula kau ungkit. Dua tahun la, dendam la, apa la...huh", Adelia menyilangkan tangannya sambil berpaling ke arah lain.
"Sayang...", panggil Zarith perlahan.
"Stop", serentak mereka menyebut. Zarith menyebut kerana ingin Adelia tidak lagi mengungkit kisah lalu. Tapi Adelia pula menyebut kerana tidak mahu dirinya dipanggil sayang oleh Zarith. Namun tidak sangka mereka menyebut pada masa yang sama. Pantas pandangan mata masing-masing dialihkan ke arah lain.
Hampir dua minit mereka diam tiba-tiba dan Zarith memulakan bicara semula.
"Betul ke kau nak kahwin dengan lelaki tu, apa nama dia ?", soal Zarith kebetulan tidak ingat nama Megat.
"Megat"
"Ha betul ke korang nak kahwin ?"
Adelia diam. Kepalanya ditundukkan memandang kaki.
"Hm kalau korang kahwin, aku ni kau nak letak mana ?", tanpa rasa segan silu Zarith bertanya.
"Letak je la dalam sungai ke dalam hutan ke", balas Adelia seraya menjeling. Riak wajahnya sudah masam mencuka apabila teringatkan Megat kembali.
"Hm", keluh Zarith dengan wajah yang sedih.
"Kau tak payah nak acah acah sedih la. Mesti dalam hati kau sekarang ni kau tengah syok kan sebab aku tak jadi kahwin dengan Megat", kata Adelia.
"Hah tak jadi kahwin ?", terbuntang mata Zarith.
"Ye la...kitorang tak jadi kahwin sebab kau ! Kalau kau tak datang tadi, semua ni takkan jadi", marah Adelia.
"Eh, maksudnya dia tak tahu yang kau dah pernah berkahwin ? Ops ! Kau...menipu dia ?", Zarith menekup mulutnya dengan tangan kononnya terkejut.
"Huh rupanya kita sama je la", kata Zarith lagi.
"Aku bukan tipu. Aku cuma taknak ingat balik pasal rumahtangga yang dulu dan aku nak lupakan kau ! Bukan macam yang kau buat, dera aku, seksa aku"
"Dah berapa kan kali aku cakap, stop cakap benda yang lepas", tegur Zarith dengan nada yang menurun.
"No, aku pun dah cakap kan yang aku akan ungkit benda ni sampai bila bila. Lagipun kau ingat aku boleh lupakan benda tu senang senang je ?", sekali lagi matanya menjeling.
"Ok, aku minta maaf. Aku tahu aku banyak buat salah dekat kau"
Adelia mengunci mulut.
"Adelia Atheena, maafkan aku please. Beri la aku peluang kedua. Aku janji aku akan perbetulkan semuanya dan aku takkan buat dah macam dulu. I'm promise...", Zarith melutut. Tangannya cuba menggapai tangan Adelia namun wanita itu cepat-cepat melangkah pergi.
Satu keluhan berat dilepaskan. Zarith berdiri semula dan berlari anak untuk mengejar Adelia.
"Del", sekali lagi Zarith meraih lengan Adelia. Dia tergamam melihat wajah Adelia yang kemerahan. Air mata laju sahaja mengalir membasahi pipi gebu wanita itu.
Dalam esakan, Adelia sempat berkata,"kau tak layak diberi peluang kedua". Semakin laju dan semakin banyak cecair hangat itu turun.
Zarith menatap ke dalam mata Adelia sambil bertanya, "kenapa ?"
"Kau dah rosakkan hidup aku. Kau dah musnahkan segalanya...", Adelia berhenti seketika cuba mengawal perasaan.
"...bermula dari peninggalan mak ayah aku sampai lah sekarang, kau tak habis habis menyusahkan hidup aku. Satu persatu orang yang aku sayang pergi disebabkan kau dan keluarga kau. Dan korang memang pentingkan diri sendiri", kata Adelia. Namun nadanya tidak mampu ditinggikan kerana tangisan yang menghalang.
Zarith meraup rambutnya dan memberikan ruang untuk Adelia bercakap.
"Sikit saja lagi aku nak kecapi kebahagiaan aku balik, tapi apa yang kau dah buat ? Kau datang ke sini tanpa diundang lepastu dengan senang hati kau munculkan diri di hadapan Megat hingga semuanya hancur. Bukan setakat perkahwinan kami je yang hancur, tapi hati aku ni lagi hancur. Jauh aku lari dari kau untuk mencantumkan semula hati yang tersisa ni tapi dengan sekelip mata kau hancurkan semua...", mata dipejam dan nafas dikawal sebaik mungkin.
"Apa salah aku ? Apa salah aku dekat kau Zarith ? Apa dosa aku dekat kau ? Kenapa kau kena siksa aku macam ni ? Dari fizikal sampai lah mental dan hati aku kau dera. Hina sangatkah aku ?", rintih Adelia dengan air mata yang bercucuran. Dia terduduk di atas lantai kerana dirinya terasa lemah. Zarith juga ikut mencangkung.
"Del, aku minta maaf. Kau tak salah pun dekat aku, kau takde dosa pun dekat aku. Aku ni je yang bodoh sebab salahkan kau padahal sebenarnya itu salah aku. Aku minta maaf sebab pernah dera kau, pukul kau. Aku minta maaf sangat-sangat", kini air mata Zarith juga mahu menitis namun cepat-cepat diseka.
"Dahla, aku penat la Zarith. Kenapa kau datang sini ? Apa tujuan sebenar kau ke sini ?", soal Adelia tanpa memandang wajah Zarith. Mereka duduk di tengah-tengah laluan antara bilik-bilik hotel itu.
"Aku datang sini sebab nak jemput kau..."
p/s : hey hey , pukul 10 ni next update ok. Ganti yang semalam so kira hari ni double update , stay tuned <3
- B E R S A M B U N G -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap ok . Give me support for another chap <3 .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...