DC | 31 - TERKEJUT

1.4K 108 22
                                    

"2..7..0..8..1..9..", Mizan menyebut sambil menekan nombor-nombor itu.

Seminggu setelah kemalangan Zarith, Mizan membuat keputusan untuk datang ke rumah itu sekali lagi. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi dia ingin melaksanakan siasatannya, tetapi disebabkan Zarith mengambil cuti sakit terpaksa lah dia menangguh dahulu rancangannya.

Pintu itu terbuka. Mizan masuk perlahan-lahan dan melilau di setiap ruang untuk memastikan rumah itu benar-benar tiada orang.

Kakinya pantas menuju ke bilik yang pernah membuatnya tertarik untuk mengetahui isi dalam. Dia cuba memulas tombol pintu itu namun berkunci. Matanya mula liar mencari tempat simpanan kunci. Dia berundur semula dan berhenti di hadapan sebuah almari kaca yang terdapat segugus kunci berwarna emas di dalamnya. Lantas dia mengambil kunci itu dan memasukkan ke dalam lubang pintu tadi. Berhasil !

"Wah, ada ruang bawah tanah !", kata Mizan teruja. Dalam masa yang sama dia juga berasa takut kerana suis lampu tidak dibuka. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuruni anak tangga. Terjumpa lagi satu pintu lalu dia terus mencuba membukanya dengan menggunakan kunci yang masih dipegang.

Pintu itu dikuak dan Mizan mendapati ruangan itu berbau busuk. Dia juga agak terkejut melihat bekas bekas darah yang ada di lantai dan di atas katil. Hidungnya ditutup dengan tangan dan dia berjalan masuk ke ruangan itu dengan berhati-hati.

"Tiada orang tapi ni darah siapa ?", soalnya sendirian.

Matanya terhenti pada bilik air yang tidak jauh darinya. Kelihatan seperti ada bayangan seseorang di situ lalu dia terus mampir ke bilik air itu.

Alangkah terkejutnya Mizan apabila mendapati Adelia yang tidak sedarkan diri berlumuran darah di dalam bilik air itu.

"Kak Adelia ! Ya Allah, kak kenapa ni ?", Mizan mula menggelabah. Dia menelan air liur dan cuba memikirkan sesuatu.
Darah yang mengalir dari mulut Adelia masih lagi pekat warnanya.

Mizan melihat jam di tangannya, masih awal. Dia terus mengangkat Adelia dan membawanya keluar dari ruangan bawah tanah itu. Dia mencari ubat atau kit kecemasan di dapur namun tidak menjumpai apa-apa. Tubuh Adelia diangkat sekali lagi dan dia terus masuk ke dalam grab yang telah dipesan sejak awal.

Pemandu itu diarahkan untuk ke hospital. Mizan melihat Adelia masih lagi tidak menyedarkan diri, darah pula terus-terusan mengalir membasahi pakaiannya. Timbul perasaan kasihan di hati kecilnya. Sungguh dia tidak pernah menyangka ini perbuatan Zarith yang sebenar terhadap Adelia. Patut la sudah lama tidak mendengar khabar berita, rupanya ini nasib yang menimpa Adelia akibat abangnya sendiri. Sungguh kejam !

Setelah beberapa jam berlalu, Adelia masih terbaring di atas katil dan Mizan pula sudah lena dibuai mimpi di sofa bersebelahan katil itu.

Mata dicelik perlahan. Adelia memandang siling hospital kemudian matanya turun memerhati setiap genap ruangan itu. Dia melihat ada Mizan di sebelah katilnya, terus dia memanggil, "Mizan....".

Mizan tersedar apabila namanya dipanggil lantas bangun berjalan mendekati katil Adelia.

"Alhamdulillah akak dah sedar", ucap Mizan.

"Akak dekat mana ni ?", soal Adelia bingung.

"Hospital"

Terbuntang mata Adelia mendengarkan jawapan Mizan. Hospital ? Macam mana boleh sampai sini ? Adelia tertanya-tanya.

Mizan sudah dapat mengagak pasti Adelia bingung jadi dia berterus-terang sahaja dan menjelaskan apa yang berlaku sepanjang Adelia tidak sedarkan diri tadi.

"Terima kasih Mizan sebab tolong akak. Tapi...tolong jangan beritahu sesiapa pasal abang Zarith. Please, akak taknak orang lain tahu pasal ni", rayu Adelia.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now