3 HARI KEMUDIAN...
"Alhamdulillah sayang dah boleh keluar hari ni", kata Zarith dengan senang hati. Adelia sekadar membisu.
Semua pakaian dimasukkan ke dalam beg. Zarith membantu Adelia turun daripada katil dan membiarkan Adelia memaut di bahunya untuk terus berjalan.
"Sayang duduk sini kejap tau, abang nak selesaikan biaya rawatan sayang", ujar Zarith sebelum berjalan ke kaunter meninggalkan Adelia seorang diri.
Adelia duduk di situ dengan badan yang masih lemah menunggu Zarith siapkan semua. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenalinya duduk di kerusi sebelah.
"Hai Del", sapa Ayden sambil melambaikan tangannya.
Adelia membalas dengan sekuntum senyuman.
"Dengar kata awak keguguran. Betul ke ? Saya tumpang simpati ya", ujar Ayden dengan lembut. Dia memandang dengan penuh tanda tanya wajah Adelia yang berbekas luka.
Sekali lagi Adelia membalas dengan senyuman yang berat.
"Nah resit encik", hulur jururawat yang bertugas di kaunter itu.
"Terima kasih", Zarith mengambil seraya mengukirkan senyuman manis.
Matanya sedang melihat resit itu untuk memastikan apa yang dibayar adalah sama dengan yang tertulis di atas resit. Langkahnya diatur menuju ke kerusi di mana dia tinggalkan Adelia tadi. Namun dia menghentikan langkahnya serta-merta apabila melihat kehadiran Ayden di situ.
"Dia buat apa pulak kat sini ?", bisik Zarith perlahan lalu mendekati mereka.
"Ayden ? Kau buat apa kat sini ?", soal Zarith dengan nada yang mendatar.
"Oh, aku nak lawat Adelia. Ingat kan dia tak keluar lagi. Ni pun nasib baik terserempak dekat sini", jawab Ayden tersengih.
"Siapa beritahu kau Adelia masuk hospital?", soal Zarith mula tidak senang.
"Aunty Aishah"
Terbuntang mata Zarith dibuatnya. Maksudnya sekarang ni semua ahli keluarga dah tahu la pasal Adelia ? Oh no.
Ayden bangun menghampiri Zarith kemudian berbisik di telinganya.
"Kalau kau tak reti jaga Adelia, baik kau bagi aku je", ujar Ayden selamba sebelum melangkah pergi.Zarith diam terkesan. Dia menoleh ke arah Ayden sambil menelan air liur yang tiba-tiba terasa sukar untuk ditelan. Matanya turun memandang Adelia yang juga memandangnya tanpa berkelip.
"Dah la jom kita balik sayang", ajak Zarith sambil memikul beg pakaian isterinya.
Adelia menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Zarith sehingga lah sampai di rumah.Pintu utama ditutup perlahan. Adelia berjalan menuju ke dapur dan ya , dia berhenti di hadapan pintu ruangan bawah tanah.
"Sayang ?", tegur Zarith aneh.
Adelia sekadar menggerakkan bola matanya dan tetap teguh berdiri di situ.
"Sayang, kenapa ni ? Jom, kita masuk bilik", Zarith berjalan menghampiri Adelia dan menarik lembut tangan wanita itu. Adelia mengeraskan tubuh kononnya tidak mahu berganjak dari situ.
"Bukan ni ke tempat saya ?"
Zarith tertampar dengan soalan Adelia. Memang dia ingat waktu pertama kali Adelia masuk ke bilik bawah tanah itu, dia pernah mengatakan bahawa itu adalah tempat untuk Adelia dan dia tidak membenarkan sama sekali pun wanita itu naik ke tingkat atas. Dan dia tidak sangka Adelia juga masih ingat.
"Sayang please la stop la. Kita mulakan hidup baru ok ?", pinta Zarith. Beg yang dipikul diletakkan di atas meja. Tangannya perlahan-lahan memegang bahu Adelia supaya wanita itu menghadapnya. Adelia pula mengelak daripada anak mata mereka bertembung supaya perasaannya dapat dikawal.
![](https://img.wattpad.com/cover/271049213-288-k612112.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...