"DEL, bangun Del. Kita dah sampai ni", gerak Zarith. Adelia tidak sedar dan masih hanyut dalam lenanya.
"Sayanggg , bangun", lantas Adelia mengalihkan kepalanya daripada bahu Zarith. Dia juga tidak perasan yang dia tidur tadi bersandarkan bahu Zarith.
"Bangun pun. Aku panggil nama tak nak bangun , panggil sayang baru bangun", Zarith menjengilkan matanya.
"Mana ada la , tadi kebetulan tersedar je", nafi Adelia.
Zarith masih memandang Adelia dengan tidak puas hati.
"Apa tengok tengok ?", soal Adelia lagi walhal mukanya sudah malu dan merah dek sandaran tadi.
Zarith mengabaikan soalan itu dan segera mengambil barangan mereka. Turun sahaja daripada kapal terbang , mereka dijemput oleh sebuah kereta mewah dan meluncur laju ke destinasi.
Sepanjang perjalanan Adelia dan Zarith hanya mendiamkan diri kerana terpegun dengan pemandangan indah di bumi Bali. Itu merupakan kali pertama Adelia menjejakkan kaki ke luar negara. Maklumlah dia berasal dari keluarga yang sederhana dan kehidupan bersama kedua ibu bapanya juga tidak lama.
Di usia 16 tahun dia sudah bergelar anak yatim piatu kerana kematian Mariam dan Johan yang secara tiba-tiba. Dia tidak menyangka jalan hidupnya ditakdirkan begitu pada usia yang muda. Selepas kematian kedua orang tuanya, dia hilang tempat bergantung dan hanya mengharapkan Zarith sebagai pengganti Mariam dan Johan. Namun apabila usianya menginjak dewasa , lain pula jalan hidupnya selepas dikhianat oleh sahabat baik sendiri.
Sekali lagi dia tidak pernah pun terdetik dalam hati bahawa dirinya akan membenci seorang lelaki yang bernama Zarith Firdaus. Hidupnya kini terumbang-ambing kerana fitnah yang dilemparkan oleh Zarith ke atasnya.
"Kita dah sampai", kata pemandu kereta itu sekali gus menyentakkan lamunan Adelia.
Pintu kereta sebelah Adelia dibuka oleh seorang lelaki yang kemas dalam mengenakan kot berwarna hitam. Dia mempelawa Adelia untuk keluar dari kerta mewah itu.
Lelaki itu juga mengiringi Zarith dan Adelia sambil menunjuk jalan untuk mereka sampai ke tempat penginapan.
Bagasi-bagasi mereka dibawa oleh dua orang lagi lelaki yang mengikuti mereka daripada belakang. Fuh terasa seperti orang ternama pula."Kita sudah sampai di Resort Bali, itu bilik untuk encik berdua", kata penunjuk jalan itu sambil menghalakan tangannya ke arah sebuah bilik yang tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
Adelia tergamam. Dia terkejut dengan kecantikan tempat itu dan tidak menyangka dirinya dapat berada di situ. Terlalu cantik untuk dikatakan.
Air yang jernih sehingga menampakkan dasar sangatlah cantik dan menenangkan mata. Adelia sudah lama mengimpikan pemandangan ini dan akhirnya, berkat Zarith dia sampai di sini.
Zarith perasan mulut Adelia terlopong kerana kagum dengan keindahan tempat itu. Dia melagakan bahunya dengan bahu Adelia.
"Tutup sikit mulut tu", kata Zarith seraya tersenyum nakal.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...