DC | 16 - KEJUTAN : HIZLAN

1.1K 91 22
                                    

JAM di dinding sudah menunjukkan pukul 9 malam dan Adelia masih lagi berulang-alik ke tandas. Perutnya yang sakit masih tidak reda.

"Sayang, sakit lagi ke perut tu?", Zarith mengetuk perlahan pintu tandas.

"Hmmm", Adelia mendengus.

"Awak nak ubat tak? Kalau nak abang pergi belikan", ujar Zarith masih lagi di luar pintu tandas.

"Gila ke aku taknak ubat? Memang nak la. Ish soalan dia ni", rungut Adelia dalam hati.

"Nak", bukan main panjang dia berkata dalam hati tadi, tapi itu sahaja yang dikeluarkan.

"Ok tahan jap ye abang pergi beli sekarang". Zarith menyarung baju t-shirt putih dan seluar hitam sebelum turun ke bawah.

"Eh kamu nak ke mana malam malam buta ni?", soal Aishah apabila ternampak anaknya bergegas turun tangga.

Supaya tidak dilabel anak derhaka, Zarith menghentikan langkahnya dan menjawab soalan Aishah. "Nak ke farmasi kejap, beli ubat untuk Adelia".

"Kenapa dengan dia?", soal Aishah lagi.

"Sakit perut", jawab Zarith terus berlalu ke kereta dan menghidupkan enjin keretanya lalu segera menuju ke farmasi berdekatan.

"Sakit perut? Kak Adelia sakit perut ke ma?", celah Mizan yang tersengaja mendengar perbualan dua beranak itu tadi. Aishah hanya mengangguk dengan wajah yang sedang memikirkan sesuatu.

"Jangan jangan Kak Adelia...", sengaja dibiarkan ayat itu tergantung.

"Ish mengarutlah kamu", balas Aishah lalu kembali menonton televisyen bersama suaminya di ruang tamu itu.

✰✰✰

"Ish lama mana nya Zarith ni. Pergi beli ubat ke buat ubat...", ujar Adelia yang terus menahan.

Tidak lama kemudian, Zarith kembali dan mengetuk pintu tandas itu lagi.
"Abang dah beli kan ubat ni. Maaf lama sikit tadi", kata Zarith.

Adelia keluar dari tandas dan terus mengambil sebungkus plastik dari tangan Zarith. Dia mengeluarkan isi dalam dan menelan sebutir ubat lalu meneguk air yang disediakan oleh Zarith. Perutnya berasa lega seketika.

"Macam mana boleh sakit perut ni sayang? Salah makan ke?", soal Zarith.

"Semua ni salah awak la", balas Adelia dengan wajah yang kononnya marah.

"Eh saya pula? Kenapa?", Zarith bingung.

"Awak la, suruh saya makan ayam pedas tu. Saya ni mana boleh makan pedas. Silap silap boleh masuk hospital, saya ada pengalaman tau", jelas Adelia.

"La kenapa awak tak cakap awal-awal?"

"Macam mana saya nak cakap? Saya tak sempat jawab lagi awak dah letak ayam pedas tu dalam pinggan saya. Kang saya letak balik kan nanti mak awak terasa tengok saya taknak makan masakan dia", balas Adelia tidak puas hati.

"Ok ok abang minta maaf tau. Abang tak tahu awak tak boleh makan pedas. Sorryyyyy yee sayangggg", sengaja dimanjakan nandanya. Adelia mengerling tajam.

"Em sayang, esok lepas abang balik kerja, sayang siap siap tau. Abang nak bawa sayang pergi satu tempat ni", pesan Zarith awal-awal.

"Eh esok abang dah kerja?", soal Adelia aneh. Sepatutnya lusa baru Zarith masuk kerja seperti yang diberitahu sebelum pergi honeymoon haritu.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now