DC | 52 - HATI PERASAAN

1.4K 111 54
                                    

KEDENGARAN siren ambulans semakin dekat. Semua yang berkumpul di situ memberi laluan untuk ambulans masuk dan para jururawat bergegas menerpa ke arah Zarith yang sudah tidak sedarkan diri. Adelia membiarkan mereka mengangkat tubuh Zarith dan memasukkan ke dalam ambulans. Dia ingin ikut bersama Zarith namun dia sedar majlisnya belum selesai.

Megat menghampiri Adelia yang duduk bersila dengan baju yang dilumuri darah.

"Del", panggil Megat.

"Megat...boleh tak kalau kita tangguhkan dahulu pernikahan kita ?", soal Adelia yang masih dengan tangisnya.

"Tapi..."

"Please. Saya nak ke hospital"

"Untuk Zarith ?", tanya Megat mula tidak senang dengan keadaan itu.

Adelia mengangguk sekali gus menjatuhkan air mata yang bertakung di dagunya.

"Del...majlis kita", belum sempat Megat menghabiskan ayatnya, Adelia laju memotong.

"Megat awak sedar tak ? Sekarang ni Zarith sedang berperang nyawa dan dia dah tiada sesiapa selain saya ! Takkan la masa ni pun awak masih nak pentingkan diri ?", kata Adelia tegas.

Semua yang ada di situ hanya mampu diam melihat pengantin yang sedang berperang mulut. Ibu Megat pula sudah malu muka kerana sikap Adelia dan anaknya yang bergaduh di hadapan orang ramai.

"Saya bukan pentingkan diri, tapi"

"Dah tu biar je la saya pergi ke hospital. Majlis ni kita boleh buat lain kali, tapi nyawa tak boleh diganti, faham tak ?", Adelia bengang dengan sikap Megat yang tidak mengizinkannya menemani Zarith.
Walhal mereka itu belum sah sebagai suami isteri lagi, dan Megat tiada hak untuk menghalang Adelia.

Adelia bangun. Dia berjalan keluar dari perkarangan masjid dan menuju ke rumah sewanya dengan pakaian yang sudah kotor dan selipar yang dicuri. Maklum lah tadi terlampau kalut sehingga dia main sarung je selipar orang.

"Del !", jerit Megat namun Adelia menghiraukannya.

Megat memicit kepalanya sambil menghembus nafas dengan kuat kerana tidak puas hati dengan Adelia yang lebih memilih Zarith.

"Sikit saja lagi tadi haih, semua kau punya pasal la Zarith !", bentak Megat dalam hati.

✰✰✰

Siap mengganti baju, Adelia bergegas ke hospital menaiki teksi. Memang selama dia di Kelantan, teksi la yang menjadi pengangkutannya setiap kali mahu ke sesuatu tempat. Kadang-kadang Megat yang menumpangkannya namun di saat gentir begini Megat tidak lagi bersama.

Kerisauan di dada semakin membuak-buak. Sepanjang perjalanan, Adelia tidak henti-henti berdoa supaya Zarith diselamatkan. Demi Tuhan, hatinya gugur saat melihat Zarith yang terlantar dengan linangan darah di depan masjid tadi.

"Ya Allah selamatkan lah Zarith, aku mohon padamu", ucap Adelia seraya menadah tangan.

Sampai di hospital, Adelia terus berlari anak menuju ke kaunter utama. Dia dimaklumkan Zarith kini berada di ICU dan sedang bernafas melalui mesin oksigen.

Hati Adelia luruh apabila melihat keadaan Zarith. Sungguh dia tidak sangka dalam sekelip mata Zarith ditimpa kemalangan dan paling terkesan adalah saat dia hampir dikahwinkan...semuanya terjadi begitu cepat.

"Zarith, kau kena kuat. Aku tahu kau mampu lawan sakit yang kau hadap sekarang tu. Tolong...bangun lah untuk aku Zarith...please...", rintih Adelia dengan air mata yang berguguran. Dia terduduk lemah di atas barisan kerusi yang disediakan. Memang dari tadi tangisannya tidak berhenti malah semakin lebat.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now