"HA ? Perempuan tu masuk hospital sebab keguguran ? Sejak bila dia mengandung ni ?", Aishah mula syak wasangka terhadap Adelia. Maklumlah sudah lama mereka tinggal berasingan dan tidak berjumpa, macam macam boleh jadi.
Mizan mengangguk perlahan.
"Jangan-jangan tu anak dia dengan jantan lain ", lancang sahaja mulut Aishah berkata.
Mizan bangun lalu membela Adelia. "Mama ! Boleh tak kalau sekali je mama tak hina dia ? Setiap kali cakap pasal kak Adelia mesti mama tak puas hati. Ada je benda nak diburukkan. Kenapa ma ?".
Aishah terkejut. Sampaikan Mizan pun sudah berani melawa hanya gara gara perempuan itu.
"Kamu tu yang kenapa ? Kenapa kamu bersungguh sangat nak pertahankan dia ? Betul la cakap mama. Dulu dia pernah terlanjur dengan abang kamu kan, tak mustahil dia boleh terlanjur dengan jantan lain jugak"
"Ma ! Kak Adelia tak pernah pun terlanjur dengan abang Zarith. Mizan tahu ma Mizan tahu !", kata Mizan sambil menepuk-nepuk dadanya.
"Mizan dengar dan Mizan nampak dengan mata kepala Mizan sendiri waktu kak Adelia kecewa dengan abang dulu sebab fitnah dia dah tak suci. Mizan tahu ma kebenaran dia !", tegas Mizan cuba menegakkan kebenaran.
"Tipu ! Tak mungkin abang kamu nak menipu ?", bantah Aishah seboleh-bolehnya tidak mahu Adelia kelihatan tidak bersalah.
"Huh mama. Ada ke orang yang dah buat silap nak mengaku senang senang macam tu je ? Walau dalam drama pun kalau terlanjur diorang rahsiakan, ini pula realiti"
"Tak !"
"Abang Zarith kahwin dengan kak Adelia ada sebab ma. Ada sebab !", secara tidak sengaja Mizan tertinggi suara. Hatinya pula yang panas apabila mamanya tidak mahu membuka hati untuk Adelia.
"Sebab ? Apa sebabnya hah ?", soal Aishah mendabik dada.
"Abang kahwin dengan Kak Adelia sebab dia nak dera kak Adelia. Mama , papa , kak Aliya mesti tak pernah tahu pasal ni kan ?"
"...sebab abang tu penipu ! Abang yang salah, abang yang jahat ! Bukan Kak Adelia !", bentak Mizan. Akhirnya keluar juga apa yang dipendam selama ini.
"Takkan dia kahwin sebab nak dera je ? Kamu jangan pandai pandai lah Mizan. Tak logik langsung", balas Aishah masih berdegil tidak mahu mengaku akan kesalahan anaknya.
Mizan terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aishah. Kenapa Zarith nak dera Adelia ? Ahh siasatannya belum selesai !
Sejak dari hari pertama Adelia datang ke rumah, Mizan sudah dapat mengagak wanita itu seorang yang baik dan suci. Dan apa yang dikatakan oleh Zarith semuanya bohong. Dia tahu hati Adelia tersiksa kerana perbuatan abangnya namun dia tidak mampu melakukan apa apa sehinggalah hari ini tiba menjadikan dia lebih yakin untuk menegakkan kebenaran.
"Kenapa kamu diam ? Ha tengok, lain kali jangan duk buat pala tau", kata Aishah tersenyum sinis kerana Mizan sudah mengunci mulut kononnya kalah dalam berperang mulut dengannya.
✰✰✰
Wajah putih halus yang berada di hadapan matanya ditatap dengan sayu. Dulu wajah itu sangat cantik membuatkan ramai lelaki yang tergila-gilakannya. Namun kini wajah itu berbekas dengan kesan luka dan lebam menjadikan wajah itu suram tidak berseri.
"Abang sepatutnya orang yang paling bersyukur sebab berjaya miliki sayang. Tapi abang dah sia-siakan sayang macam tu je. Abang minta maaf sayang...abang betul betul lelaki yang tak berguna. Abang dah rosakkan hidup sayang...ahhh semua salah abang, abang minta maaf sangat sangat sayang...", air mata jatuh menitis di atas kulit tangan yang gebu itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/271049213-288-k612112.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...