Tok...tok...tok...
Berkali-kali Zarith mengetuk pintu bilik namun tiada jawapan. Laci yang berada di sebelah pintu biliknya ditarik perlahan lalu diambil segugus kunci.
Kunci setiap bilik yang ada di rumah itu memang akan diletakkan di dalam laci tersebut. Senang la kalau ada yang terkunci dari dalam ke apa.
Selang beberapa saat, pintu itu berjaya dibuka dan Zarith menguak pintu dengan perlahan supaya tiada bunyi terhasil.
Kelihatan Adelia masih lagi lena di atas lantai dengan rambut yang terurai sejak pagi tadi. Zarith mengeluh ringan dan mengangkat Adelia ke atas katil.
Adelia terasa seperti tubuhnya disentuh lantas dia menepis tangan Zarith. Untung sahaja waktu itu dia sudah berada di atas katil, kalau tak lagi sakit jatuh di atas lantai. Zarith terkedu melihat reaksi Adelia.
"Apa ni sentuh sentuh ?", marah Adelia sambil membuka kelopak matanya. Baru dia sedar itu adalah Zarith.
"Saya...suami awak ni", suara Zarith kedengaran bergetar.
"Eh a- abang. Maafkan saya , saya ingat orang lain tadi", kata Adelia bingkas bangun dan membetulkan kedudukannya.
"Nampaknya Adelia trauma dengan papa. Hmm", kata Zarith dalam hati.
Hatinya berasa kasihan melihat wanita itu yang menjadi serabai dan tidak terurus selepas kejadian pagi tadi. Zarith melabuhkan punggung menghadap Adelia. Wajah yang putih bersih itu ditatap sedalam-dalamnya.
"Abang kenapa pandang saya macam tu ?", soal Adelia dengan suara yang masih serak basah.
"Kenapa tak siap lagi ni ?", sekuntum senyuman dikulum.
"Abang ! Saya lupa la...minta maaf bang", pinta Adelia terus memegang tangan Zarith dan meminta ampun seikhlasnya.
"Takpe, takpe. Dah pergi siap cepat. Abang tunggu", ujar Zarith.
"Tapi...abang dah tak marah saya ke ?", Adelia juga hairan tiba-tiba sahaja Zarith berbicara dengan lembut sedangkan pagi tadi pandang muka dia pun tak nak.
"Sayang nak abang marah ke ?". Laju kepala Adelia menggeleng dan mengangkat kaki masuk ke tandas untuk membasuh muka. Dalam 10 minit, Adelia siap berpakaian untuk keluar.
"Cantik isteri abang", puji Zarith dengan senyuman lebar. Adelia pula tersipu malu mendengarkan pujian dari si suami.
Mereka berjalan menuruni anak tangga. Kelihatan Aishah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Cepat cepat mereka berjalan supaya tidak disedari oleh Aishah.
"Nak pergi mana tu?", soal Aishah dengan suara tegang. Wajahnya tetap tidak beralih dari memandang televisyen. Langkah sepasang suami isteri itu terhenti tatkala ditegur oleh Aishah.
"Zarith nak bawa Adelia jalan jalan jap", jawab Zarith.
"Mama nak tanya, kenapa waktu mama balik tadi pintu tak berkunci ?"
Soalan itu tepat menusuk ke sanubari Adelia seolah-olah anak panah yang mengenai sasarannya. Hati Adelia sudah tidak tenang, nafasnya semakin laju risau kalau Aishah dapat menghidu bau-bau kejadian pagi tadi. Zarith melihat Adelia terkejut dengan soalan mama lantas dia menjawab untuk Adelia.
"Tadi Zarith balik sekejap sebab ada tertinggal benda. Adelia dah suruh Zarith kunci tapi Zarith terlupa pula", ujar Zarith. Dia juga sebenarnya sudah tidak senang duduk setelah disoal begitu.
"Jangan nak menipu mama. Sejak balik tadi mama dah mula tak sedap hati. Baik kamu beritahu mama apa sebenarnya yang terjadi..."
"... Adelia !". Sekali lagi Adelia terkejut apabila namanya disebut untuk menjawab soalan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/271049213-288-k612112.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...