DC | 05 - MUKTAMAD

1.5K 138 55
                                    

SEPERTI biasa sebelum melangkah masuk , Adelia melafazkan kalimat bismillah bagi menenangkan hati. Kali kedua dia berasa tidak sedap hati untuk bertandang ke rumah agam ini namun digagahkan juga hatinya bagi menyelesaikan semua masalah.

Adelia duduk bersebelahan Zarith. Semua diam sehingga Hizlan membuka mulut.

"Sebelum tu pakcik nak tanya sesuatu kepada Adelia.."

Tiba-tiba hatinya berdebar. Jantung berdegup kencang. Apa pula badai yang akan melanda dirinya kali ini.

"Adelia cintakan Zarith atau tidak ?", berderau rasanya darah dalam tubuh Adelia. Soalan apakah ini..

Sesekali dia memandang wajah Zarith. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Fikirannya ligat mencari jawapan yang sesuai.

"Orang tanya tu jawab la , takde mulut ke ?", bidas Aliya.

"Aliya ! Berapa kali papa kena tegur kamu ? Mulut tu jaga sikit !", Hizlan merenung tajam ke arah Aliya. Entah mengapa Aliya jadi begitu sekarang walhal dia cukup dikenali sebagai seorang yang sangat berbudi bahasa.

"Adelia ?", Hizlan memanggil Adelia sekali lagi untuk mendapatkan jawapan namun gadis itu tetap membisukan diri.

"Kalau macam ni , terpaksa la pakcik buat keputusan", ujar Hizlan membetulkan kedudukannya.

"Keputusan ? Ya Allah keputusan apa pula yang pakcik akan buat ni arhhhhh", kata Adelia dalam hati. Dia sudah cukup gelisah semenjak masuk ke rumah itu.

"Pakcik rasa....Zarith dan Adelia perlu berkahwin. Untuk menebus kesalahan masing-masing , kamu berdua terpaksa akur dengan keputusan ini", ucap Hizlan.

"Apa ? Kahwin ? Mengarut !", getus Adelia dalam hati.

"Kahwin ? Yess alhamdulillah !", Zarith pula berasa senang hati.

Hizlan memerhati riak wajah mereka berdua. Berbeza.
Zarith kelihatan gembira mendengarkan keputusan itu tetapi sebaliknya bagi Adelia.

"Bagaimana pendapat kamu berdua ? Masing-masing setuju ?", soal Hizlan untuk mendapatkan kepastian.

"Zarith tak boleh nak buat apa dah pa. Zarith terima je semua ni sebab semua ni memang salah kami dan kami terpaksa bertanggungjawab", jawab Zarith setelah sekian lama mengunci mulut.
Sengaja ditunjuk riak wajah seorang yang terpaksa padahal dalam hati bukan main gembira kerana akhirnya hajatnya ditunaikan.

Hizlan memandang Adelia yang masih diam.

"Adelia ? Kamu setuju ?"

"Ish benci betul la perempuan ni , apa susah sangat sampai tak reti nak buka mulut", bisik Aliya kepada Aishah.

"Saya....", Adelia berhenti seketika.

"Saya minta maaf pakcik. Saya rasa saya tak boleh terima keputusan ni. Semuanya terlalu berat untuk saya tanggung", jawab Adelia. Pandangannya ditundukkan ke lantai.

"Habistu di akhirat nanti tak berat pula kau nak menanggung ?", celah Aishah yang sudah lama geram.

"Aishah !", Hizlan tidak faham apa yang sudah merasuk anak dan isterinya sehingga hilang adab dengan tetamu.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now