"AWAAAAKKKK !!!", Adelia menjerit lagi hingga hampir terkeluar anak tekaknya. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya sedang digoncang oleh seseorang. Makin kuat dia menjerit makin kuat juga goncangan itu.
"Adelia ! Adelia !", namanya dipanggil.
"Kau dah kenapa ?"
Adelia membuka mata secara mengejut. Dia terpinga-pinga dan baru lah dia sedar bahawa kejadian tadi hanya mainan tidur. Namun dia tetap berasa tidak senang hati memikirkan nasib gadis yang muncul di mimpinya.
"Del ?", namanya dipanggil sekali lagi.
Dia tersedar dari mimpinya lalu bangun duduk bersandar di kepala katil. Dia menghembus nafas lega kerana itu hanya lah mimpi."Kau ok tak ?", soal Zarith yang duduk berhadapan dengannya.
Adelia sekadar mengangguk.
"Kau mimpi apa ? Sampai terjerit-jerit bagai", soal Zarith ingin tahu.
Adelia hanya mengabaikan soalan itu dan bangun daripada katil menuju ke bilik air. Dia membasuh mukanya yang kelihatan sedikit bengkak kerana kedudukannya sewaktu tidur tadi. Selepas membasuh muka baru lah terasa segar semula.
"Jom turun makan. Diorang dah tunggu kita dekat bawah", ajak Zarith. Sebenarnya memang itu hajat dia naik ke bilik.
"Kau pergi la , aku taknak", tolak Adelia selamba.
"Kalau ya pun kau marah aku , jangan lah tempiaskan pada mereka sekali", ujar Zarith dengan lembut.
Adelia berfikir sejenak sebelum setuju untuk turun.
"Minta maaf , Del tertidur tadi", jelas Adelia sebaik sahaja tiba di meja makan.
"Takpe", jawab Hizlan ringkas.
Dia mempelawa anak dan menantunya itu duduk untuk menjamu hidangan tengah hari hasil masakan Aishah.Di rumah itu memang tidak ada bibik kerana Aishah tidak mahu ada orang luar berada dalam rumah mereka walaupun hanya untuk bekerja. Hizlan juga tidak faham mengapa Aishah tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil orang gaji sedangkan tugasnya juga dapat diringankan kalau ada orang lain membantu.
"Pukul 1.30 tengah hari macam ni pun tidur lagi. Orang biasanya dah ada dekat dapur", Aishah sengaja memerli.
"Ma biar la , apa salahnya", bela Zarith. Tangan kirinya diletakkan di atas kerusi Adelia manakala tangan kanan pula laju menyuap nasi ke dalam mulut.
Aishah menjeling. Ada saja yang membela perempuan itu , geram pula rasa.
"Zarith , apa perancangan kamu selepas ni ?", soal Hizlan mengubah topik.
Adelia dan Zarith saling memandang wajah masing-masing. Air liur ditelan sebelum menjawab pertanyaan itu.
"Perancangan ? Perancangan apa pa ?", Zarith menyoal kembali dengan mimik muka yang seolah-olah tidak mengerti akan soalan itu.
Senyuman nakal terukir di wajah Hizlan melihat gelagat anaknya.
"Em takde lagi kut sebab kita orang baru je kahwin", jawab Zarith seraya tersengih dengan mulut yang dipenuhi dengan nasi.
"Baru apa nya dah nak dekat sebulan kamu kahwin", celah Aishah.
"Kau taknak pergi honeymoon ke bang ?", Mizan juga turut menyampuk.
Serentak mereka semua berpaling ke arah Mizan. "Apa apa ? Tanya je kan", kata Mizan gelabah.
"Honeymoon ? Bagus juga tu Zarith. Sambil-sambil tenangkan fikiran kamu berdua dari masalah kerja , pergi la bercuti", cadang Hizlan.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...