SEMINGGU KEMUDIAN ...
"Abang pergi kerja dulu ya"
Adelia menyalami tangan Zarith dengan lembut. Lambaian diberikan kepada si suami yang keluar untuk mencari rezeki halal buat keluarga.
Adelia masuk semula ke dalam rumah dan membersihkan meja makan. Sememangnya dia amat sayang meja makan itu kerana diperbuat daripada kayu jati yang ditempah khas. Bukan setakat meja makan, semua perabot yang ada di rumah ini semuanya ditempah mengikut design Zarith sendiri. Untung cita rasanya tidak menghampakan.
Usai mengemas dapur, Adelia naik ke atas untuk mandi. Rumah itu amat sunyi kerana hanya dia seorang yang tinggal di situ. Tiada maid, tiada jiran. Adelia pernah mengadu kebosanan apabila terpaksa tinggal berseorangan sewaktu Zarith bekerja. Dia juga pernah meminta izin dari Zarith untuk kembali bekerja namun hasratnya dihalang. Kata Zarith, cukup dia seorang sahaja yang mencari rezeki.
"Alah abang ni kenapa la tak tutup almari ni elok elok. Kesian baju terkepit", kata Adelia sengaja melawak sendiri. Kakinya diatur ke dalam walking wardrobe dan menghampiri pintu almari yang tidak ditutup sempurna.
"Eh ni baju abang yang mana ? Tak pernah nampak pun sebelum ni. Ke baru beli ?", Adelia musykil lalu mengeluarkan baju yang berupa kot berwarna biru gelap itu. Dia membelek-belek pakaian itu. Tangannya tidak sengaja terseluk ke dalam poket depan kot itu.
Dan dia terasa seperti terpegang sesuatu seperti kad. Lantas dia mengeluarkannya dan ternyata itu adalah sekeping gambar.
"Perempuan...", nada Adelia mula berubah.
"Siapa perempuan ni ?". Dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu kerana hanya susuk belakang yang dipaparkan. Rambutnya panjang terurai dan dia yakin perempuan itu pasti cantik. Gambar itu dibelek dan terpampang satu tulisan di belakang gambar itu.
"27 Ogos 2019 , tarikh apa ni?", fikiran Adelia mula menular. Siapa perempuan itu dan apa maksud di sebalik tarikh itu?
"Kenapa abang simpan gambar ni ? Mesti ada sebab", getus Adelia sendirian.
Dia menyimpan kembali gambar itu di tempat asal dan membuat keputusan untuk bertanya kepada Zarith malam nanti. Langkahnya terus dilanjutkan ke bilik air mengikut niat asal tadi.
✰✰✰
"Zarith memang dah tak ingat aku ke ? Sampai sekarang tak balik balik", rungut Aishah. Selepas seminggu dia menghalau Adelia keluar, selama itu juga la Zarith tidak pulang ke rumah. Dia juga tidak sangka Zarith bertekad untuk memilih Adelia dari dirinya sendiri.
"Mizan, abang kau takde call kau ke?". Mizan menanggalkan headphone yang dipakainya apabila disoal Aishah.
"Tak", kepalanya digeleng.
"Sebenarnya abang pergi mana ma ? Kak Adelia pun... Diorang pergi mana ? Dah seminggu diorang tak balik, ada apa sebenarnya ma ?", soal Mizan yang tidak tahu hal sebenar. Aishah dan Hizlan sudah berpakat untuk menyorok hal itu dari pengetahuan Mizan dan Aliya. Dan ini bukanlah kali pertama Mizan mengajukan soalan sebegitu namun mereka tetap tidak menjawab persoalan.
"Mama pinjam telefon Mizan kejap", pinta Aishah.
"Alah ma, Mizan tengah scrim ni. Kejap lagi boleh ?", balas Mizan dengan matanya tidak memandang Aishah.
"Kau masa ni lah nak sc- sc- apa ? Scrim ? Ha masa ni lah kau nak scrim", Aishah bengang.
"Mama pun sama, masa ni lah nak pinjam. Tadi tak...", Mizan tidak sempat menghabiskan ayatnya. Deringan telefon mengganggu permainannya.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...