CUACA redup menghanyutkan lagi Mizan dalam melayari internet sementara menunggu kedatangan Zarith. Mereka berjanji mahu berjumpa pukul 5.00 petang tetapi Mizan bertolak 10 minit lebih awal.
Matanya sesekali melihat skrin telefon dan sesekali melihat ke arah jalan. Dia duduk di atas sebuah bangku yang disediakan di taman itu. Taman Sri Anggerik merupakan tempat pilihan Zarith untuk bertemu. Suasana di situ agak riuh kerana dipenuhi dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan berdekatan.
Selang beberapa minit, Zarith datang menyapa Mizan. Mereka berjabat tangan terlebih dahulu.
"Kau nak berapa ?", soal Zarith terus kepada tujuan asal mereka.
"Em...aku nak dalam RM 250 je", jawab Mizan.
"RM 250 je ?"
Mizan mengangguk. Sebenarnya bukan dia nak sangat pinjam duit Zarith tapi dia ada agenda lain dan meletakkan itu sebagai alasan pertemuan mereka.
"Nah", Zarith menghulurkan 5 keping duit RM50 kepada Mizan. "Tak payah bayar balik, aku bagi je ni", katanya lagi. Dia memasukkan semula dompetnya ke dalam poket dan mengatur langkah ke keretanya.
"Eh nak balik dah ke ?", soal Mizan.
"Yela nak buat apa lagi"
Mizan tersengih menampakkan barisan giginya. "Mana kereta kau ?", soal Mizan.
Zarith memuncungkan mulutnya menunjuk di mana keretanya diparkir.
"Oh, meh la aku teman kau sampai kat kereta", ujar Mizan. Fikiran Zarith waktu itu kosong jadi dia membiarkan sahaja Mizan mengikutinya.
Sampai sahaja di kereta Zarith, Mizan meminta untuk bersalaman sekali lagi. Zarith hanya melayan dan masuk ke keretanya. Mizan melutut di belakang kereta itu kononnya sedang membetulkan tali kasut. Padahal tangannya lebih laju melekatkan sesuatu di bawah kereta itu.
Zarith melihat dari cermin sisi, Mizan sedang melambai ke arahnya beserta dengan senyuman manis.
"Hm kalau lah kita boleh rapat macam dulu kan best", keluh Zarith.Melihat kereta Zarith semakin laju bergerak meninggalkannya, dia berlari sepantas yang boleh menuju ke arah sebuah teksi yang diminta untuk menunggunya.
"Pakcik, ikut GPS ni bergerak boleh tak ?", Mizan menghulurkan telefonnya kepada pemandu teksi. Pemandu itu mengangguk dan segera memandu mengikut lokasi GPS.
Hampir 15 minit perjalanan dari taman tadi, baru lah mereka sampai di lokasi di mana GPS itu berhenti yakni Zarith menghentikan keretanya. Mizan menyuruh pemandu itu berhenti jauh sedikit supaya tidak terkantoi.
Walaupun jauh, Mizan tetap boleh melihat pergerakan Zarith masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu yang terletak di atas bukit. Mizan terpegun dengan kecantikan rumah itu dari pandangan luar, apatah lagi di dalamnya. "Besar gila rumah abang fuh", katanya.
Senja perlahan-lahan menyapa alam. Langit juga sudah berubah warna. Mizan menyuruh pemandu itu menghantarnya pulang.
KEESOKAN HARINYA...
Mizan berkunjung ke rumah Zarith sekali lagi. Dia tahu Zarith sudah berangkat ke tempat kerja, kebetulan dia pula tiada kelas hari ini boleh la dia menyambung kerja part time yang tidak bergaji iaitu menjadi detektif.
Rumah yang teguh berdiri di kawasan lapang itu ditatapnya dari atas ke bawah. Dia menyorok sedikit di belakang dinding kerana dia pasti walaupun rumah itu tiada pengawal, pasti ada cctv yang memerhati.
Ya memang rumah itu tiada pengawal dan tiada sesiapa melainkan Zarith dan Adelia. Kata Zarith, biarlah rumah itu menjadi syurga dan neraka buat mereka berdua tanpa gangguan orang lain.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...