"LAWA kan baju baju dekat sini ? Yang awak pilih tadi pun cantik sangat", kata Megat seraya menutup pintu butik itu.
"Itu la, saya nak pilih tadi pun sampai rambang mata. Semua cantik...", kata Adelia. Tiba-tiba perut Megat berbunyi. Adelia memandang wajah Megat, mereka berdua ketawa kecil.
"Awak lapar eh ?"
Megat mengangguk malu.
"Hm, depan sana kedai favourite awak kan ? Jom", ajak Adelia sambil berjalan beriringan dengan Megat menuju ke kedai makan itu.
Mereka duduk di meja yang disediakan di dalam kedai itu selepas memesan makanan.
"Awak, saya nak ke tandas jap eh", ujar Megat terus menghilang ke belakang kedai.
Adelia mengeluarkan telefon pintarnya dan menatap skrin itu sambil menunggu Megat dan makanan siap.
Mata yang dari tadi memerhatikan wanita itu tidak sedikit pun berganjak. Zarith melihat Megat meninggalkan Adelia seorang diri dan ini peluangnya untuk mendekati Adelia.
Zarith bingkas bangun dan menuju ke meja Adelia. Dia berdiri dengan selamba di hadapan wanita itu.
"Adelia", panggil Zarith perlahan.
Adelia mengangkat muka apabila mendengar namanya dipanggil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zarith tercancang di depan mata.
Mulut Adelia terlopong kerana kehadiran Zarith yang tiba-tiba.
"Zarith ? Awak buat apa dekat sini ?", soal Adelia hairan.
"Dekat sini awak rupanya...Puas saya cari satu KL", kata Zarith dengan renungan yang tidak berkelip. Soalan Adelia diabaikan.
Seketika, Megat pun datang dan berdiri di samping Adelia. Riak wajahnya masih biasa dan melihat sahaja Zarith dan Adelia.
Zarith terkedu melihat ada lelaki lain yang bersama dengan Adelia saat ini. Lantas mulutnya bertanya, "siapa ni ?"
Adelia sudah gagap, tidak tahu harus menjawab apa.
"Saya bakal suami dia", jawab Megat dengan jujur.
Zarith terus kaku. Entah mengapa hatinya terasa sakit sekali mendengarkan apa yang diucapkan oleh Megat -- bakal suami...
"Oh bakal suami...", Zarith tersenyum paksa.
"Ye, encik ni siapa ?", soal Megat pula.
"Aku suami dia"
Kini Megat pula disambar dengan kejutan. Hatinya sudah tidak tenang dan pada masa yang sama dia juga tidak faham.
"Suami ?", dahi Megat sudah berkerut.
"No, no Megat no... D..dia bukan suami saya", Adelia mulai gelabah. Apa yang dirahsiakan selama ini sudah terbongkar.
"Habistu ?"
"Dia...dia...", tiba-tiba Adelia menjadi gagap kerana gelabah.
"Dia apa Adelia ?", soal Megat masih dengan nada yang lembut. Biasa lah orang profesional ni kena la pandai jaga attitude.
"Dia...dia...dia bekas suami saya", jawab Adelia terpaksa jujur. Kepalanya ditunduk.
"Bekas suami ? Oh maksudnya sebelum ni awak dah pernah kahwin la ?", soal Megat mula tidak senang hati. Matanya dialih memandang ke arah lain. Dia cuba mengawal perasaan daripada marah. Namun hatinya tidak mampu bersabar.
Dengan hati yang panas, Megat membuat keputusan untuk keluar dari kedai itu. Adelia tergamam. Pantas dia mengejar lelaki itu dan meletak Zarith ke tepi dahulu.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...