SUASANA di dalam wad itu sunyi sepi. Hanya kedengaran sayup sayup kicauan burung dari luar jendela.
Pintu wad dikuak perlahan supaya tidak mengganggu pesakit.
"Ibu...", panggil Megat lalu berdiri di sisi katil. Megat memegang tangan ibunya lembut.
"Megat, apa yang terjadi sebenarnya ?", soal wanita itu dengan suara yang tersekat-sekat.
Megat mengeluh ringan.
"Ibu, Megat minta maaf. Ni semua salah Megat. Megat minta ampun ya sebab dah cederakam ibu", pinta Megat seraya mengusap balutan di kepala ibunya.
"Adelia mana ? Dia selamat ke ?", soal ibunya. Dalam keadaan begitu pun sempat lagi memikirkan orang lain.
Megat terdiam. Ibunya tidak tahu kalau disebabkan Adelia dirinya terlibat sekali dalam masalah anaknya.
"Megat ? Kenapa diam ? Apa yang terjadi sebenarnya ? Kamu ada rahsiakan sesuatu dari ibu ni kan ?", ibunya menduga.
"Ibu, sebenarnya Adelia dah dibawa lari oleh lelaki tu", kata Megat berterus-terang. Kalau tidak jujur pada ibunya, pada siapa lagi dia harus meluahkan masalah.
"Astaghfirullahalazim", ucap ibunya terkejut.
"S...siapa lelaki tu ? Kenapa dia mengganggu keluarga kita ?", tanya wanita itu mula tidak selesa apabila hidupnya diancam.
Megat tidak mahu menceritakan segalanya kerana risau sesuatu yang tidak diingini berlaku pada ibunya. Yela ibu bukan muda lagi, risau kalau kena serangan jantung bila bercerita tentang niat sebenar Zarith.
"Lelaki tu bekas suami Adelia bu", Megat menunduk.
"Bekas suami ?"
Megat mengangguk lemah.
"Nanti...kalau kamu nak kahwin dengan Adelia, macam mana Megat ? Pasti bekas suami dia marah dan tak mustahil kalau dia boleh ancam hidup kita sekali lagi", jelas terpancar kegelisahan di wajah ibu Megat.
"Tapi dia kan bekas suami. Apa hak dia ? Dia tak boleh buat apa apa kan sebab dia dan Adelia dah berpisah", balas Megat yang juga kerisauan.
"Ya tapi melihatkan gaya dia...ibu rasa tak mungkin dia izinkan kamu dan Adelia berkahwin. Ke dia tak tahu lagi pasal tu ?"
"Dia dah tahu, sebab tu dia mengugut untuk membunuh ibu", Megat berhenti dan terus memandang ibunya.
"Ya Allah aku tersalah cakap dekat ibu. Sepatutnya ibu tak boleh tahu pasal ni", getus Megat dalam hati.
Terbuntang mata ibunya mendengarkan perkataan bunuh. Meremang jadinya apabila nyawa menjadi ancaman.
"Ibu, maafkan Megat", cepat cepat Megat memohon maaf kerana terlepas cakap.
"Jadi...lelaki tu akan bunuh ibu kalau Megat kahwin dengan Adelia ?", wajah ibu berubah seratus peratus menjadi cuak.
"Tak ibu, maaf Megat tersalah cakap", kata Megat masih lagi mahu menafikan hal itu.
"Ibu...ibu tak sangka. Nyawa ibu...menjadi taruhan", ucap ibunya sekali gus mengalirkan air mata kerana tidak percaya takdir hidupnya begini.
"Ibu jangan cakap macam tu. Megat minta maaf. Megat yang salah", pinta Megat lalu menggenggam tangan ibunya dengan erat.
Ibu menggeleng perlahan seakan-akan tidak percaya.
"Jadi apa pilihan kamu Megat ?", soal ibunya tiba-tiba.
Megat mengangkat muka,"pilihan ?".
"Ibu...atau... Adelia ?", Ibu menurunkan anak matanya memandang Megat.
![](https://img.wattpad.com/cover/271049213-288-k612112.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...