DC | 07 - STOR

2K 128 9
                                    

BAJU pengantin ditanggalkan. Tubuh yang sudah penat melayan tetamu pun direbahkan ke atas katil.

"Penatnya....", keluh Zarith.

Dia mencium bau badannya. "Pergh boleh tahan bau aku harini eh , bapak masam", kata Zarith. Mana tak masamnya , seharian dia melayan tetamu yang tak putus-putus datang.

"Kalau masam macam ni , macam mana aku nak layan malam pertama nanti", ujarnya sendirian. Dia tersenyum nakal memikirkan hal itu.

Tuala berwarna biru digapai lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

✰✰✰

"Alhamdulillah , finally semua tetamu dah balik. Dapat lah aku berehat", ujar Adelia. Sejak pagi tadi dia tidak menukar pakaiannya, masih lengkap dengan busana pengantin yang berwarna putih itu.

Aishah ternampak Adelia sedang menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
"Hoi !"

Adelia menoleh.

"Nak pergi mana ?", soal Aishah.

"Del nak masuk bilik , nak mandi , nak tukar pakaian", terang Adelia.

"Kau tak reti tengok ke keadaan rumah ni macam mana ?", Aishah merenung tajam.

"Ye kejap lagi Del turun la balik. Takkan nak kemas pakai baju ni , nanti kotor pula", jawab Adelia.

"Turun sekarang , pergi kemas kat bawah ni", arah Aishah menghiraukan alasan Adelia. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.

"Dia tak faham ke baju ni warna putih , kalau kotor kan susah", kata Adelia dalam hati.
Dia tetap meneruskan langkahnya ke bilik. Namun baru sahaja dia bergerak dalam tiga langkah , Aishah muncul sekali lagi di tangga bawah.

"Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi ? Ke kau pekak ?", sindir Aishah.

Adelia menahan dirinya daripada bersikap kurang ajar. Dia akur dengan perintah ibu mertuanya.

Kusyen-kusyen disusun di atas sofa.
Alas meja dikemaskan seperti yang asal. Bekas-bekas makanan dikumpulkan di satu tempat.

"Karpet ni kotor do", matanya mencari penyapu lidi di segenap ruang tamu.

"Kat mana penyapu lidi eh ? Nak tanya mak Zarith ? Eh mak Zarith tu ibu mertua aku , tapi macam mana aku nak panggil dia ?", Adelia berfikir sejenak untuk mencari panggilan apa yang sesuai.

"Mama , penyapu lidi ada tak ?", dia mencuba dengan nada perlahan untuk memanggil Aishah mama.

"Serius la aku nak panggil dia mama? Macam tak kena je ni", dia sambung berfikir lagi.

"Mak Zarith , penyapu lidi ada tak ..."
"Astaga takkan aku nak panggil dia macam tu. Aa sudah macam mana ni", terkerut-kerut kening Adelia memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan Aishah.

Kebetulan Mizan melewatinya , lantas dia memanggil Mizan.

"Mizan , tahu tak penyapu lidi ada kat mana ?", soalnya.

"Penyapu lidi ? Kejap eh Mizan tanya mama", jawab Mizan.

"Em... Em... O-- o-- ok..", Adelia tiba-tiba menjadi gagap. Dia sudah tidak senang duduk kali ni.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now