ADELIA cuba untuk bangun semula namun Hizlan menghalang dan memegang kedua-dua belah tangannya membuatkan dia hanya mampu meronta.
"Pa !", jerit Adelia. Sekuat mana pun dia menjerit memang mustahil untuk dia mendapatkan bantuan. Rumah itu tiada sesiapa selain dia dan Hizlan, dan rumah antara jiran juga agak jauh.
"Papa, apa ni?", hati Adelia sudah tidak tenang. Berkali-kali dia cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Hizlan namun tidak berjaya.
Tubuhnya meronta-ronta meminta dilepaskan namun Hizlan bertindak semakin ganas. Seukir senyuman jahat ditujukan kepada menantu tercinta.
"Aku dah tunggu lama saat ni kau tahu", kata Hizlan dengan nada yang menyeramkan.
"Papaaaaaa !!!!", Adelia menjerit sekuat hati. Kakinya juga tidak dapat bergerak kerana dihempap oleh Hizlan.
"Papaaa lepaskan Del", rayu Adelia. Matanya laju mengalirkan air mata yang sudah tidak mampu ditahan lagi. Hanya merayu sahaja yang dia mampu saat ini walaupun rayuannya tidak diendahkan oleh Hizlan.
Tangan Hizlan mula menyentuh bahagian tubuh Adelia. Pelbagai idea jahat mula bermain di fikirannya. Dia ingin membuka pakaian Adelia namun baru sahaja dia memegang butang baju wanita itu, satu suara muncul dari arah belakangnya.
"Papa !", jerit Zarith menghentikan aksi Hizlan. Matanya terbeliak luas melihat papanya sendiri melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap Adelia.
Hizlan juga terkejut melihat Zarith terpampang di luar biliknya.
"Bukankah dia dah pergi kerja ke tadi?", soal Hizlan dalam hati. Kacau daun betul.30 minit lalu....
Deringan telefon mematikan lamunan Zarith yang sejak dari mula sudah berasa tidak sedap hati. Dia menjawab panggilan itu seperti biasa.
"Hello, fail untuk presentation mesyuarat kita nanti ada tak dengan Encik Zarith ? Sebab tadi saya dah cari dalam pejabat Encik Zarith tapi takde", kata wanita yang berada di hujung talian itu.
"Fail ? Oh haritu saya ada bawa balik sebab nak check isi kandungan dalam fail tu", jawab Zarith.
"Oh kiranya fail tu ada dengan Encik Zarith la sekarang kan?", soal wanita itu lagi yang merangkap penolong peribadinya di pejabat.
"Jap, saya rasa.....", Zarith membuka dashboard di sebelah namun isinys kosong.
"Saya rasa saya tertinggal la Flavia", kata Zarith. Alahai satu hal pula nak patah balik ish.
"Takpe, saya u turn balik. Mesyuarat lagi sejam kan ?". Di persimpagan, Zarith terus membuat pusingan dan berpatah balik ke rumah.
"Aduh macam mana la aku boleh tertinggal fail tu? Padahal benda penting kut", gumamnya sendirian. Kereta kesayangan dipandu laju untuk mengejar masa. Perjalanan dari rumah ke pejabat memang mengambil masa yang agak lama.
Sampai sahaja di depan rumah, Zarith melihat ada kereta Hizlan dan pintu pagar juga tidak berkunci. Fikirannya masih positif waktu itu. Dia mencari Adelia di dapur dan di luar rumah namun tidak kelihatan. "Dalam bilik kut", sangkanya.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...