"Hoi bangun !"
"Kau tak dengar ke hah ? Bangun la !"
Tubuh Adelia bergerak sedikit. Dia masih terlantar di atas lantai dengan darah yang mengelilinginya.
Zarith berdecit. Dia menghampiri wanita itu dan menolak-nolak tubuh Adelia menggunakan kaki.
"Bangun la aku cakap", arah Zarith.
"Ma..ma..cam mana saya nak ba..ngun", jawab Adelia tersekat-sekat. Dia memegang kepalanya yang masih terasa sakit.
Zarith mengeluh kasar lalu mengangkat Adelia dan mendukungnya masuk ke bilik air. Air hujan dipasang membasahkan tubuh wanita itu yang sudah berapa hari tidak mandi.
"Ah sakit abang !", adu Adelia apabila air mengenai badannya yang luka.
"Alah kau ni, luka sikit je pun. Mengada", balas Zarith tanpa sedikit pun rasa simpati buat Adelia.
Di bilik air itu disediakan satu tab mandi. Zarith meletakkan Adelia di dalam dan membiarkan air memenuhi tab itu. Sewaktu menunggu air penuh, telefon Zarith berdering. Dia keluar untuk menjawab panggilan itu.
Adelia ditinggalkan berseorang dalam tab yang mula dipenuhi air. Dia tidak mampu untuk bangun dan keluar dari tab itu kerana tubuhnya langsung tiada tenaga dan terasa lemah sekali.
"Ab...abanggg !", jerit Adelia. Suaranya tidak didengari oleh Zarith kerana terlalu perlahan. Air pula semakin penuh membuatkan hati Adelia risau. Boleh lemas jika tidak keluar dari tab itu dengan segera.
Dia cuba sedaya upaya untuk bergerak. Namun tubuhnya sudah ditenggalami air. Tangannya terkapai-kapai meminta tolong. Walaupun ruang di dalam tab itu tidak lah sedalam mana, tapi ia boleh menenggelamkan Adelia kerana tubuhnya yang kecil.
Tangan yang terkapai-kapai tadi beralih arah. Dia cuba memaut tab itu dan bertahan dari terus tenggelam. Kepalanya diusahakan untuk berada di atas air. Mulutnya penuh dengan air membuatkan jeritannya tidak jelas.
"Ab...Tolong ! Ab...ang !", sesekali dia tertelan air yang ada di dalam tab kerana pernafasannya tidak mampu dikawal.
Zarith yang baru selesai menjawab panggilan kembali ke bilik air. Dia terkejut kerana hanya tangan Adelia yang kelihatan.
"Adelia !", jerit Zarith. Dia segera merapati tab itu dan mencari-cari tubuh Adelia. Setelah mengenalpasti tubuh wanita itu, Zarith mengangkat keluar Adelia dari tab.
Nafas Adelia tercungap-cungap, dadanya turun naik menstabilkan pernafasan.
"Kau buat apa ha ?", marah Zarith.
Adelia separa sedar membuatkan Zarith menggelabah dan segera melakukan Cardiopulmonary Resuscitation ( CPR ) ke atasnya.
Zarith melutut di sisi rusuk Adelia dan menetapkan keadaan kedua tangannya di mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi di antara satu sama lain. Dia melakukan tekanan ke atas dada Adelia dengan menggunakan kekuatan berat badannya.
Tekanan dada yang dilakukan itu sebenarnya akan menolong mengepam jantung seseorang yang telah berhenti, dan menggerakkan semula aliran darah. Tekanan yang berulang-ulang akan memastikan pergerakan darah berterusan.
Satu pancuran air keluar dari mulut Adelia. Zarith menghembus nafas lega kerana Adelia masih selamat.
"Ab..abang ?", soal Adelia. Matanya menatap tepat ke dalam biji mata Zarith.
"Aku taknak kau mati je. Kalau kau mati sekarang tak sempat la aku nak seksa kau", balas Zarith berlagak. Dia terus keluar dan naik ke atas untuk menukar bajunya yang sudah kebasahan.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...