"MANA budak perempuan tu bang ? Dah balik ke ?". Sedar sahaja daripada pengsan , itu soalan pertama yang diajukan oleh Aishah.
"Abang rasa dia dah balik", jawab Hizlan yang baru selesai menunaikan solat Zuhur.
"Habistu macam mana ni bang ?", Aishah masih terbaring namun dia tetap tidak boleh berhenti memikirkan masalah yang melanda keluarganya kini.
"Macam mana apa ?", Hizlan sengaja buat-buat tidak tahu.
"Zarith dengan budak tu la...", jelas dalam diri Aishah perasaan gelisah masih tidak hilang.
"Entahlah Aishah , abang pun tak tahu. Tiada sebarang keputusan lagi yang dimuktamadkan", jawab Hizlan lalu duduk di samping isterinya.
"Abang rasa kita kena kahwinkan mereka berdua". Terbeliak mata Aishah mendengar perkataan kahwin.
"Are you serious abang ? Zarith ? kahwin dengan budak tu?", Aishah mengerutkan kening. Entah apa pula kenyataan yang harus dia terima kali ini.
"Aishah , tak manis awak panggil dia macam tu. Dia pun ada nama", tegur Hizlan.
"Abang , saya nak sebut nama dia pun dah jijik apatah lagi nak jadikan dia menantu saya ! Dahla buat apa pun tak pandai. Macam tu je menantu idaman abang ?", kata Aishah yang sememangnya tidak mahu Adelia menjadi menantunya.
"Habis tu takkan kita nak biarkan perkara ni macam tu je ? Andaikan apa-apa jadi dekat Adelia , bukan ke semua tu tanggungjawab Zarith ?".
Itulah Hizlan Mustafa , seorang yang berfikiran positif dan terbuka."Jadi apa ? Mengandung ?"
"Benda kita tak tahu , macam-macam boleh jadi", balas Hizlan.
"Ya Allah abang , mana saya nak letak muka kalau macam ni. Kita dahla tak tahu asal-usul dia , latar belakang hidup dia. Tiba-tiba datang lepastu terus kahwin , tak ke orang akan pelik ?", Aishah bangun lalu bersandar di kepala katil.
"Kenapa kita kena kisahkan mulut orang ? Memang kita tak boleh tutup mulut mereka tapi bila kita pekakkan telinga , mereka akan berhenti sendiri. Tak payah risau mulut orang , yang penting Zarith dan Adelia tetap kena kahwin untuk tutup kes ini dari terus melarat", ujar Hizlan dengan wajah yang serius.
"Anak kita nak ke dengan perempuan tak suci macam tu ? Bukan kata Zarith , saya sendiri pun tak sudi nak menantukan dia", kata Aishah masih berlagak.
"Adelia tak suci pun disebabkan Zarith , bukan lelaki lain. Diorang buat masalah , pandai la diorang tanggung".
Aishah dan Hizlan pula yang pening kepala memikirkan hal itu. Sedangkan Zarith si empunya masalah tidak risau apa-apa.
"Walau macam mana cara sekali pun , aku tetap akan dapatkan kau Adelia", kata Zarith perlahan seraya tersenyum nakal.
Dia keluar dari biliknya dengan mata yang merah. Langkah diatur ke bilik mama dan papanya.
Kelihatan orang tuanya sedang berbincang sesuatu , lalu diketuk pintu bilik itu perlahan.
"Boleh Zarith masuk ?", pinta Zarith dengan nada yang sopan.
"Ada apa lagi ?", soal Hizlan.
"Papa , mama , Zarith minta maaf sangat-sangat. Semua ni salah Zarith. Zarith betul-betul menyesal dengan apa yang dah terjadi. Zarith dah gagal menjadi seorang anak yang baik untuk mama dan papa. Ampunkan Zarith , ma .. pa ..", air mata palsunya mengalir laju apabila menggenggam tangan ibu bapanya.
"Zarith , papa selama ni percayakan kamu , sayangkan kamu lebih daripada yang lain sebab kamu lah pewaris papa nanti tapi ternyata papa silap. Papa terlalu baik dengan kamu sampai kamu berani pijak kepala papa dengan melakukan hal terkutuk macam ni ! Apa salah papa , rith ? Tidak cukupkah didikan yang papa dan mama beri sejak kamu kecil ?", Hizlan juga turut mengalirkan air mata setelah tidak mampu lagi untuk menghalang.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...