DC | 42 - BERJUMPA

1.7K 119 42
                                    

"DEL, saya nampak tadi macam ibu suka dengan awak", kata Megat mengambil tempat di sebelah Adelia. Saat itu mereka berada di rumah ibu Megat. Tiada sesiapa melainkan ibunya yang tinggal bersendirian.

Megat merupakan anak tunggal sama juga dengan ibunya iaitu seorang ibu tunggal. Ayahnya sudah lama tiada, meninggal kerana dibunuh oleh Ah Long. Adelia turut bersimpati dengan kisah hidup Megat saat ibu menceritakan segalanya tadi.

"Del, awak tahu tak masa saya pergi dapur tadi, ibu ada tanya saya benda", kata Megat menarik perhatian Adelia untuk tahu.

"Apa dia ?"

"Dia tanya bila kita nak kahwin", jawab Megat sambil tergelak kecil.

"Uish, bila nak kahwin eh... Habis tu awak jawab apa ?", soal Adelia.

"Saya cakap dekat ibu, insha Allah bulan depan hahaha", Megat menyambung tawanya lagi.

"Eh awak jangan la cakap macam tu. Kesian ibu nanti", kata Adelia.

"La...betul lah apa yang saya cakap", Megat berhenti ketawa dan kembali serius.

"Betul ? Kita nak kahwin ke ?", dahi Adelia sudah berkerut.

"Awak taknak ke kahwin dengan saya ?", soal Megat kembali. Orang tanya dia dia tanya orang pula.

Adelia terdiam. Seukir senyuman dikulum manis.

"Takde la...sebab saya tengok ibu suka awak dan saya pun suka awak. Lagipun ibu dah lama suruh saya cari calon. Dan saya rasa awak ialah orang yang sesuai kut ", ucap Megat dengan hati yang jujur.

Adelia kelu. Tidak sangka selama ini  wujud perasaan cinta dalam diri Megat terhadapnya.

"Saya rasa saya tak layak la Megat", balas Adelia dengan senyuman paksa.

"Hm k contoh la kan, kalau saya melamar awak, awak nak terima tak ? Bukan apa, kalau saya melamar awak secara tiba-tiba lepastu awak tolak, tak ke sia sia je effort saya ? Kang malu saya nanti", kata Megat berterus-terang.

"Ish tapi saya rasa saya memang tak layak la untuk awak. Awak baik..."

"Dah tu awak nak lelaki yang jahat ?", potong Megat cepat-cepat.

"Eh memang tak nak la yang jahat ... tapi--"

"Ah takde tapi tapi. Kahwin je lah dengan saya, apa susah ? Awak tu bukannya muda lagi. Nanti dah tua siapa yang nak ? Haaa", gurau Megat.

Muka Adelia sudah bertukar, kononnya marah apabila Megat mengatakan dia sudah tua.

"Kahwin dengan saya...saya dah la kaya, baik pula bak kata awak tadi. Kalau awak kahwim dengan saya, confirm saya buat awak macam ratu"

"Amboi, berlagak pulak eh", kata Adelia.

"Hahaha takde la. Saja je gurau", Megat ketawa terkekek-kekek.

"Takpe lah, saya bagi awak masa. Awak fikir dulu masak masak. Kalau awak rasa awak boleh terima saya, awak cakap je. Bila bila pun takpe, saya bagi masa. Dan kalau awak dah ada orang lain sekali pun beritahu je dekat saya, senang saya tak payah berharap dah", panjang lebar Megat berkata dan ayat terakhir kedengaran sedikit aneh.

"Tak payah berharap eh hahaha yela yela nanti saya fikir dulu lepastu saya beritahu awak okeyy", balas Adelia menenangkan hati Megat.

"Amboi dua sejoli ni, dari ruang tamu sampai ke luar tak habis habis berkepit ya. Ingat, benda yang baik elok dipercepatkan", kata ibu memecahkan tawa mereka.

✰✰✰

"Jadi, Kak Adelia ada dekat Kelantan la sekarang ni ? Jauh betul dia pergi", kata Mizan setelah Zack mengenal pasti lokasi terkini Adelia. Walaupun Adelia telah menyekat nombor semua ahli keluarga Zarith kecuali Mizan, dia masih tidak menukar nombor telefon menyebabkan Zack mudah untuk menjejaknya.

"Esok aku nak pergi Kelantan. Korang nak ikut tak ?", tanya Zarith sudah tidak sabar mahu bertolak.

"Nak...tapi aku ada kelas lah esok. Haduh...tapi takpe, esok aku minta cuti kata sakit", kata Mizan tersengih.

"Tak payah la kau skip kelas lagi, Mizan. Kau tu bukan bijak sangat, dah banyak kali kau ponteng haih", kata Zarith selamba.

"Kau kata aku tak bijak ? Woi kalau bukan disebabkan aku, takde la sekarang ni kita semua tahu kat mana lokasi Kak Adelia... Bijak la ni aku haa", balas Mizan tidak mahu mengalah.

Zarith sekadar mengerling.

"Kau Ayden ? Kerja tak esok ?"

"Aku kerja lah, minta maaf tau takleh teman kau pergi sana", ujar Ayden. Serba salah pula rasanya.

"Hm nampak gayanya aku kena pergi sorang lah ni", kata Zarith kononnya hampa. Mereka mengundurkan diri dari kediaman Zack. Zarith menghantar Ayden dan Mizan pulang ke rumah masing-masing.

Tubuh yang penat dihempas ke atas katil secara terlentang. Matanya memandang syiling.

"Esok abang pergi jumpa sayang ok. Sayang tunggu abang tau", kata Zarith sendirian. Rumah itu menjadi hiba kerana ketiadaan orang. Rumah besar tapi hanya dihuni oleh dia seorang.

Zarith bangun lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan.

Malam kian larut. Zarith menarik sebuah bagasi dari atas almari dan mengheret masuk ke dalam bilik pakaian.

Beberapa helai baju dan seluar diambil lalu dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi itu. Siap memasukkan pakaian, dia meletakkan bagasi itu di sebelah katil supaya senang untuk dia bertolak esok pagi.

Suis lampu dipicit menjadikan bilik itu gelap gelita. Zarith melelapkan matanya dengan sekali cubaan dan terus terlena. Dalam hati kecilnya dia benar-benar tidak sabar untuk ke Kelantan bertemu dengan Adelia.

Tepat jam 6.30 pagi Zarith bangun dan segera menunaikan solat Subuh. Dia siap berpakaian kemas dan sedia untuk bertolak sekejap lagi.

Sekeping roti diambil lalu disapu dengan sedikit jem. Roti itu dimasukkan ke dalam mulut dengan dua kali suap sahaja. Segelas air diteguk dengan perlahan.

Usai mengunci semua pintu dan tingkap rumah, Zarith memulakan pemanduannya dengan penuh kegembiraan di hati. Dia sudah lama menantikan saat ini. Saat untuk berjumpa cinta hati yang yang sebenar.

Dari pukul 8 pagi Zarith bertolak dari Kuala Lumpur, akhirnya sampai jua di di tanah Kelantan dalam pukul 2.30 petang. Dia menginap di sebuah hotel di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan mengambil masa untuk berehat seketika.

Perut yang berkeroncong membuatkan Zarith turun semula dan mencari kedai makan yang berdekatan. Walaupun di hotel ada saja tempat makan, namun dia lebih suka untuk makan di luar sambil sambil menghirup udara petang.

Zarith masuk ke sebuah kedai dan memesan makanannya. Dia mengambil tempat di meja yang tidak berbumbung. Sementara menunggu makanan siap, matanya melilau ke arah bangunan bangunan yang ada di sekeliling.

"Cantik juga Kelantan ya. Walaupun sini dekat dengan bandar, takde la teruk sangat suasananya macam dekat KL", kata Zarith sendirian.

Sebuah bangunan dua tingkat yang diisi dengan barisan kedai dipandang kosong. Namun anak matanya terhenti saat terlihat seseorang yang dikenalinya keluar dari sebuah kedai. No, keluar dari sebuah butik pengantin.

"Adelia ?", sebut Zarith dengan penuh kehairanan. Buat apa dia di butik itu ?

- B E R S A M B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap  ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now