DC | 56 - BAHAGIA YANG KU INGINKAN

2.1K 124 69
                                    

DUA TAHUN KEMUDIAN...

"Abang ! Tolong ambil botol susu Danish kejap dalam bilik", arah Adelia sambil menggendong bayinya yang baru berusia 5 bulan.

Danish Mikhael, permata hati Adelia dan Zarith setelah mendirikan rumah tangga kali kedua. Sewaktu tempoh kehamilan Adelia, Zarith menjaga isterinya sebaik mungkin kerana tidak mahu kejadian lalu berulang di mana dia sendiri yang menyebabkan Adelia keguguran.

Sebarang kerja langsung tidak dibenarkan buat Adelia, bahkan memasak sekali pun. Dia rela mengambil alih segala tugas seorang isteri demi memastikan Adelia dan anak di dalam kandungannya sihat. Seperti janji yang pernah dibuat sewaktu mereka belum berkahwin, Zarith berjaya membetulkan semula keadaan dan berjaya menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

"Nak ambil satu ke dua botol ni ?", soal Zarith dari atas dengan suara yang separuh teriak.

"Dua la. Nanti kang berebut Danish dengan Nisya ni", jawab Adelia. Dia melihat ke arah bayinya yang satu lagi di sebelah yang diberi nama Danisya Mikayla. Berkat doa Adelia dan Zarith, akhirnya impian mereka tertunai untuk memiliki sepasang anak kembar.

Zarith turun semula selepas mengambil botol susu Danish dan Danisya.
"Ok jom, dah lambat ni", katanya seraya mendukung Danisya.

Mereka berjalan masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian belakang. Zarith terpaksa mengupah pemandu peribadi kerana tahu Adelia pasti tidak menang tangan untuk menjaga kedua-dua bayinya jika dia yang memandu.

Sesampainya mereka di destinasi yang dituju, Zarith pantas membuka payung dan menadah pancaran matahari dari terkena isteri dan anak-anaknya. Mereka berjalan dengan berhati-hati untuk masuk ke kawasan perkuburan itu.

Hari yang baik, langit yang cerah sesuai untuk mereka menziarahi kubur. Adelia dan Zarith berhenti di sebuah kubur di mana tertera nama Hizlan di batu nisannya. Al-fatihah disedekahkan seraya tangannya ligat membersihkan permukaan tanah itu.

Usai kubur Hizlan, mereka bergerak sedikit ke hadapan dan melakukan hal yang sama di kubur Aishah. Ya, dua tahun lalu iaitu sebulan selepas Adelia dan Zarith berkahwin semula, Aishah meninggal kerana serangan jantung yang tiba-tiba. Mungkin ajalnya sudah sampai untuk mengikut jejak suaminya. Zarith redha dengan pemergian kedua orang tuanya dan kini dia bergelar anak yatim piatu sama seperti Adelia.

"Sayang, awak duduk dalam kereta la dulu. Panas ni, kesian dekat Danish dan Danisya", kata Zarith.

"Hm yela...saya tunggu abang dalam kereta tau", balas Adelia sebelum menapak ke dalam kereta.

Zarith mengangguk seraya memberikan Danisya yang berada di dalam dukungannya kepada Pak Riz, pemandu peribadi mereka.

"Abang baca kejap je ok", kata Zarith sambil mengukirkan senyuman manis untuk Adelia. Surah Yaasin dibuka lalu dibaca isinya dengan penuh khusyuk.

Sebelum masuk semula ke kereta, Zarith melihat sayu kawasan perkuburan itu. Tidak lama dia pula yang akan menjadi sebahagian dari ahli itu. Dia mengeluh kasar.

"Mama, papa, kami balik dulu tau. Assalamualaikum", ucap Zarith sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta itu dipandu pulang ke rumah semula setelah 2 jam berkunjung ke kawasan perkuburan Islam itu.

✰✰✰

"Anak anak dah tidur ke ?", soal Zarith sebaik sahaja melihat Adelia menghampiri katil mereka.

Adelia mengangguk.

"Sayang, kenapa abang tengok muka sayang lain ?", Zarith bangun lalu duduk bersandar di kepala katil.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now