DC | 32 - PERTENGKARAN

1.8K 110 68
                                    

"ADELIA ATHEENA ! STOP !", jerit Zarith dari belakang.

Langkah Adelia terhenti namun tidak tangisannya. Dia tidak memandang ke arah Zarith dan kekal berdiri di situ.

Zarith memintas Mizan dan segera memegang kasar lengan Adelia.
"Macam mana kau boleh keluar ? Ha !?", tengking Zarith.

Mizan datang lalu membela Adelia seperti yang dijanjikan. "Aku yang bawa dia keluar. Kau dah kenapa Zarith ? Kurung bini kau sendiri ? Suami jenis apa kau ni", lantang Mizan bersuara.

"Kau tak tahu apa apa kau duduk diam je la !", Zarith menudingkan jarinya ke muka Mizan.

"Tak masalahnya kenapa kau kena buat macam tu ? Dia isteri kau, patutnya kau layan dia macam ratu bukan siksa dia !"

"Ini rumahtanggga aku...dan ini masalah aku antara dia, kau jangan nak masuk campur !", tegas Zarith.

"Macam mana aku nak diam kalau kau buat kak Adelia macam ni ? Kau sedar ke tak ni Zarith?", Mizan menolak bahu Zarith.

"Engkau...jangan sampai tangan aku ni hinggap dekat muka kau !", Zarith mengepal tangannya cuba menahan sabar. Dia sayang akan Mizan tapi adiknya itu sudah masuk campur hal keluarganya membuatkan dia sukar untuk menahan sabar.

"Apa ? Kau nak tumbuk aku ? Tumbuk je la", balas Mizan tidak gentar.

Zarith merenung ke dalam anak mata Mizan. Kalau bukan adik dah lama dia hancurkan muka Mizan yang cuba melawannya.

Zarith mengetap gigi lalu beralih kepada Adelia. Tangan itu ditarik kasar menuju ke rumah semula.

Adelia yang lemah jatuh saat ditarik oleh Zarith. "Abanggg...", rintihnya bersama air mata.

"Bangun la !", gertak Zarith. Dia mengangkat Adelia dan membiarkan wanita itu berdiri sebelum menarik kembali tangannya.

"Zarith, sudah la tu", marah Mizan.
Kakinya juga laju mengikut jejak Zarith yang sedang mengheret wanita tidak bersalah itu.

"Kau pergi balik !", arah Zarith kepada Mizan. Namun Mizan tidak mengendahkan kata-kata itu malah dia lebih berani untuk mengikut abangnya.

Zarith mengheret Adelia sehingga ke bilik bawah tanah. Suasana di dalam rumah itu menjadi bising tatkala jeritan masing-masing yang menyapa gegendang telinga. Manakala wanita yang berasamara dana dengan Zarith tadi mengambil peluang untuk melarikan diri.

"Kau masuk ! Siapa bagi kau keluar ha?", Zarith melepaskan genggamannya membuatkan Adelia terjatuh ke atas lantai bilik itu.

"Abang dahla tu ! Apa kau buat ni?", soal Mizan masih tidak putus asa untuk membela Adelia.

Zarith menolak Mizan ke luar bilik lalu tangannya laju menutup dan mengunci pintu. Mizan yang berada di luar mengetuk-ngetuk pintu itu sambil menjerit supaya Adelia tidak diapa-apakan.

Zarith menghiraukan Mizan. Dia mencabut tali pinggangnya dan melibas Adelia sekuat hati.

"Aku suruh kau duduk sini , jangan keluar ! Apa yang susah sangat kau nak faham ?", gertak Zarith sambil tangannya tidak henti-henti memukul Adelia.

"Abang ! Sudah la tu bang !", jerit Mizan dari luar.

Zarith menarik rambut Adelia dan mengheretnya sehingga kepala wanita itu terhantuk di dinding bilik. Hati Zarith saat itu memang panas kerana rahsianya sudah terbongkar.

Adelia meraung kesakitan namun tanpa belas kasihan, Zarith memukul Adelia dengan lebih kuat. Dia melepaskan segalanya ke atas Adelia sehingga wanita itu tidak lagi bermaya.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now