Nama aku Syalida Umaira Binti Haji Yakob. Sedapkan nama Aku. Tapi orang panggil aku Alid jer. Aku ada kisah hitam yang buat aku hilang keluarga aku. Aku bukan anak orang kaya but aku jadi anak angkat orang kaya. Ok, aku Nobita dalam versi perempuan and the truly is aku budak paling cenggeng, bebal, benggong and selekeh pada abad ini.
Muka aku nak kata cantik bolehlah sebab arwah ibu dulu cina , abah melayu tulen. Tapi itulah, aku taknak tunjuk aku cantik jadi aku buat diri aku macam orang nerd dengan cermin mata bulatnya dan braces terletak elok di dalam mulut aku. And yeah, aku selalu jadi mangsa buli.
Kalau ada nobita mesti ada doreman kan? Kalau tak ada doremon tunggang-langganglah hidup Nobita ni. Aku perkenalkan watak doremon dalam versi cerita tak seberapa aku ni.
Nama dia Intan Falisya binti Dato Ibrahim.Dengar nama pun korang dah tahu dia kaya kan. Anak dato katakan. Perwatakan dia mestilah lebih bagus dari aku.. Dia cantik, peramah, caring. Boleh dikatakan semua yang positif dia ada. Aku? Hampeh tak dok.
Sebenarnya aku ni anak angkat Dato Ibrahim sebab tu aku dengan Isya rapat sangat. Macam belangkas haha. Aku dengan Isya nih bab makan nombor satu, Dua-dua kuat makan tu yang kamcing sangat. Walaupun kami nih suka makan kami tak gemuk tau. Berat pun setakat 50 kg ke atas gitu jer. Slim lah tu kan?
Sebenarnya, aku selalu sangat kena buli sampai aku dah tak tahu nak buat apa. Macam-macam aku kena buat termasuk kerja sekolah diorang. Series aku nak sangat hidup aman tanpa pembuli tuh tapi aku hanya mampu berharap. Aku tak berani nak mempertahankan hak aku. Aku just anak tumpangan. Bukan anak orang kaya macam mereka. Aku tak ada kuasa nak halang diorang.
Isya tahu aku selalu dibuli dekat sekolah dan selalu hulurkan bantuan. Ada juga dia mahu laporkan kepada Dato Ibrahim tapi aku halang. Sebab aku dah banyak susahkan diorang, diorang ambil aku sebagai anak angkat diorang pun aku dah bersyukur.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...