4 tahun lepas ....
Dia berdiri di atas stage itu. Dia dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM pada tahun ini dengan result straight A. Teruja? Tak. Happy? Tak.
Result cemerlang mean nothing to him. Result cemerlang or not, dia hanyalah alat untuk papanya.
"Weiiii Nik, kenapa muka macam dapat failed result jer kau nih. Rasanya kau duduk atas pentas, Aku yang duduk bawah pentas. Tapi muka Kau nih mengalahkan Aku yang duduk bawah pentas." Tegur Aisy.
Nik hanya memandang Aisy. Malas dia mahu melayan.
"Kau buat donno jer ya dekat Aku" kata Aisy
"Weh korang, Apa kata kita semua pergi bercuti? Boleh relax2 sikit. Tenangkan fikiran ker" kata Fayaz
"Good idea. Kebetulan mak sedara kitaorg ada chalet. Kita boleh sewa dekat sana, amacam? On tak on?" Kata Fawwaz
"Aku on jer. Kau Nik? Nak ikut tak?" Tanya Ammar
"Aku on jer"
Akhirnya mereka semua bersetuju untuk pergi bercuti.
★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★
Mereka mengangkat barang-barang mereka ke dalam chalet kayu itu. Kagum Nik melihat persekitaran chalet itu. Patutlah chalet itu agak terkenal. Keindahan chalet ini memang menandingi chalet2 yang lain. Harga satu malam juga makan beratus ringgit duit mereka.
Kawasan yang dikelilingi hutan hijau. Dihiasi pula dengan air sungai yang mengalir. Terdapat pula campfire di sisi chalet dan terdapat juga gazebo. Pemandangan itu buatkan dia sangat tenang.
"Wei korang, nanti after dah siap kemas. Kita keluar makan dulu and beli barang untuk campfire esok ker"
Mereka terus bergegas mengemas barang mereka. Almaklumlah perut semua sudah di minta diisi. Mereka bergerak ke sebuah gerai makan dengan hanya berjalan kaki.
Chalet yang mereka menghuni tidaklah jauh dari kawasan perkampung di situ. Setiap kali mereka bertembung dengan orang kampung disitu, pasti akan disapa. Ramah pula orang kampung itu.
Mereka terus memesan makanan. Mereka berborak kecil bagi menghilangkan bosan menunggu makanan yang dipesan.
"Weh cantik betul kampung nih kan? Kenapa tak famous doo kampung nih" bicara Taufiq.
"Biasalah benda cantik jangan di kongsi. Kalau ramai yang datang sini, kau ingat kawasan ni akan jadi cantik lagi kalau dah dijajah" kata Fawwaz
"And sebab tuh Mak sedara kitaorang just hebahkan tempat ni dekat orang-orang terdekat jer. Kalau dia promote dekat media sosial, mesti keindahan nih dah hilang lama dah. Sebab sekarang ni mana orang pandai jaga alam" Fayaz menyambung bicara Abangnya Fawwaz.
Mereka semua mengangguk setuju.
"Fawwaz, nanti singgah kedai runcit ke apa. Aku nak beli barang sikit" Nik mencelah perbualan rancak rakan-rakannya.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...