Alid memegang pergelangan tangannya. Seakan pasangan kekasih mereka masuk ke dalam ruangan dewan hotel itu. Alid kagum melihat dekorasi dewan. Ramai yang menegur sapa Cikgunya ini. Siapa sebenarnya cikgunya ini?
Nik memaut pinggang Alid. Bibir Alid dicium sekilas. Gadis itu memukul bahunya. Badan Alid dirangkul kemas.
"Cikgu nanti orang nampaklah"
" Biarlah diorang nampak. I nak bagitahu satu dunia yang I dah ada angel I"
Terpaku Alid mendengar kata lelaki itu. Angel? Dirinya yang sudah kotor ini dipanggil Angel? Langsung tidak padan.
"Sayanggg, mengelamun pulak dia"
Alid tersengih. Mengaru kepalanya.
"Sayanggg, malam ni panggil I Nik ya. Janganlah panggil I Cikgu dekat sini"
Bisik lelaki itu di telinganya. Dia mengangguk. Dia pun terasa janggal memanggil lelaki itu Cikgu di keramaian begini.
Sekumpulan lelaki menyapa mereka. Mereka bersalam antara satu lama lain.
"Owhh nilah nyamuk kau"
Dia berkerut mendengar bicara lelaki itu. Nyamuk? Siapa? Dia terkejut apabila kepala itu dilibas oleh tangan Nik. Terteleng lelaki itu dibuatnya. Dia memandang gurunya, jelas terlihat lelaki itu bengang. Dia membelai muka itu supaya lebih tenang. Lelaki itu tersenyum dan dia hanya membalas senyuman itu
"Sayang, I kenalkan, ni BFF I. Ni Ammar, Fayaz, Farraz, Taufiq and Aisy"
Dia mengangguk.
" Saya Syalida Umaira " katanya ringkas.
Mereka memandang gadis itu, mereka tersenyum kerang busuk.
"Tuan" seorang gadis menyapa.
Dia memandang gadis bertudung di hadapannya itu. Cantik.
Nik memandang gadis itu. Dia hanya tersenyum. Sedikit rasa cemburu terbit di hatinya."Sayang I pergi depan kejap ok. You stay dengan diorang. Kalau ada orang kacau, inform diorang"
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...