BAB 3✨

1K 15 0
                                    

Pandangan Isya sekarang ni buat aku tak selesa. Aku tahu dia ada seribu satu soalan tapi boleh wait tak? Aku tengah penat ni,tak nampak ke? 1 minit.... 2 minit.. 3 minit...

"Berapa lama lagi kau nak rehat ni Alid?"

Haish minah ni tak sabar-sabarlah. Nak rest pun tak senang.

"Okey, tanyalah apa yang Isya nak tanya?"

"Kenapa lambat?"

"Pernah tak Isya nampak hidup Alid ni senang setiap hari?". Isya menggeleng.

"Nazri kacau kau lagi ker? ". Aku hanya mengganguk. Tak perlu tanya and kau dah tahu jawapannya mesti positif.

"Alid, Isya takutlah jadi apa-apa kat Alid. Kalau benda ni berterusan, Isya takut benda yang sama jadi kat Alid. Isya suruh papa ambil bodyguard untuk Alid nak?"

"Isya please jangan bagitahu papa tentang ni? Alid dah banyak susahkan papa dan Isya. Biarlah ni jadi rahsia kita berdua ya?"

"Tapi Alid benda macam ni bukan boleh bawa main-main. Ini pasal maruah Alid. Isya taknak tenggok Alid yang muram lagi".

"Maruah apa lagi yang dapat Alid simpan Isya? Hanya kekotoran sahaja yang ada pada diri Alid"

"Sekurang-kurangnya kita boleh cegah benda ni berulang lagi Alid".

Aku menghela nafas yang berat dan penuh sesak.

"Isya, Alid harap sangat Isya tak bagitahu papa tentang perkara ni. Alid yakin satu hari nanti Alid akan bebas dari segala keperitan ni. Just kita tunggu masa yang sesuai je,okey?".

Isya hanya mengganguk. Sungguh dia simpati dengan nasib Alid tapi apa yang boleh dia buat hanya berdiam diri. Dia sayangkan Alid. Dia nak tenggok Alid bahagia.

Kereta yang dipandu oleh Pak Sudir mula memasuki kawasan rumah agam Dato Ibrahim.

"Terima kasih Pak Sudir" mereka berkata serentak dan ketawa apabila terasa seperti mereka ini sehati sejiwa pula. Pak Sudir hanya tersenyum dengan keakraban mereka berdua.

Mereka berdua terus duduk di sofa. Arghh leganya dapat duduk,kalau baring lagi best ni.hehehe. Aku terus bangun dan menuju ke arah dapur. Isya aku tenggok dah layu dekat sofa di ruang tamu. Haila Isya Isya.

Aku mendekati Mak tom yang sedang sibuk memasak di dapur. Terus aku peluk badan Mak tom yang membelakangi aku.

"Woi jembalang peluk aku!"

"Apa ni Mak tom, Maira ni manusia bukan jembalang lah" tangan aku silangkan di dada. Mulut jangan cakap dah mencebik macam itik.

"Tulah kejutkan lagi Mak tom ni hah. Nasib dapat cop jembalang kalau dapat cop senduk ni macam mana?"

Haduh Mak tom ni. Bukan nak pujuk orang yang tengah merajuk ni. Ni dia bagi berdas-das tembakan berbisa pulak. Kecik hati kita.

"Maira baik kamu pergi mandi. Suruh Isya pergi mandi jugak. Nampak dek Dato nanti mangamuk pulak dia tenggok anak dara tak berapa nak jurus ni".

Haish sempat lagi nak perli kitaorang ya Mak tom. Ada ubi ada batas, lain hari aku balas. Wahahaha.

"Okey tuan! Bye2 Mak tom. Muah" aku terus berlari keluar mengejutkan Isya and kami dua-dua berlumba naik ke tingkat atas. Yang menangnya mestilah aku kan sebab minah tu masih terhuyung hayang macam orang mabuk.

Malam dah menjelma. Kerja sekolah si minah kerek tu aku tak siapkan lagi. Aku tutup lampu bilik and terus aku selimutkan badan aku dan mula berlakon seperti sedang tidur. Seperti yang aku agak,pintu bilik aku di kuak sedikit. Setelah beberapa minit pintu itu kembali ditutup. Confirm si Isya ni. Caring betul minah ni dekat aku.

Aku terus bangun dan menuju ke tempat meja belajar. Lampu meja dipasang. Buku minah kerek itu dikeluarkan.

Matanya yang mengantuk terus dia tahan. Buku Suria dia masukkan ke dalam begnya. Dia tak mahu bala lain yang menimpannya pula.  Kakinya melangkah ke katil. Jam menunjukkan jam 4 pagi. Dia baring dan mindanya melayang.

Dia tersenyum mengingat kes pelanggaran petang tadi. Matanya yang bundar, jawline yang telihat dan halkum tuh, that make him more attractive.

 Matanya yang bundar, jawline yang telihat dan halkum tuh, that make him more attractive

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya dia tertidur mengingat wajah kacak yang dilanggarnya semalam.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now