Nik memandang telefonnya. Dia masuk ke aplikasi insta. Berkerut dahinya melihat gambar yang dia sendiri tidak ingat bila dia ambil.
'Apa nih? Siapa perempuan nih?'
Dia memegang kepalanya yang berbalut itu. Kepalanya sedikit berdenyut apabila dia memaksa untuk mengingat.
Kata Fawwaz sudah 1 bulan dia koma selepas melanggar pokok tumbang. Tapi dia langsung tidak ingat tentang accident itu. Dia amnesia. Dia masih ingat yang mereka merancang untuk bercuti tapi dia lupa yang dia sudah pergi bercuti itu.
"Nik kau okay tak?" Tanya Fawwaz yang baru sahaja masuk ke dalam bilik sakitnya itu.
"Kepala Aku sakit sikit. Fawwaz, aku nak tanya kau sikit"
"Apa dia?"
"Akuuu ada kenal mana-mana perempuan tak masa kita pergi bercuti hari tuh?"
"Kenapa kau tanya? Kau ada ingat apa-apa ker?"
"Jawab jelah. Banyak pulak tanya"
"Ada. She cute. Kau protective gila dengan minah tuh Sampai tangan aku pun hampir nak patah disebabkan protective nak mampus kau tuh"
"Aku protective? Dengan perempuan? Kau biar betul nih. Ke kau bermimpi sebenarnya?"
"Tak, sekarang ni Kau ke Aku amnesia? Dah tak ingat tuh, buat cara tak ingat"
Dia terus membuka henponnya kembali. Ruang gallery henpon digeledahnya. Satu video ditekan.
"Awak pandanglah cini, cepatlah. Awakkkkk" dengan suara manja budak-budaknya.
Gadis itu mengarahkan henponnya ke arah dirinya. Gadis itu memegang tengkuknya.
Dia akhirnya memandang gadis itu.
"What is it honey?" Dia senyum memandang wajah gadis itu.
"Aye tanya awak jujur tau. Aye omel?"
"Comel sangat sampai I rasa nak ngap you kat sini"
"Awak nih main-mainlah. Malaslah kawan"
Dia ketawa. Dia menarik badan gadis itu dan mencium bibir munggil itu.
"Shit!!" Tempiknya.
"Kau dah kenapa?"
"Apa nama perempuan tuh?"
"Huh? Maksud kau perempuan yang kau obses tuh ker?"
Dia mengangguk.
"Ermm Syalida rasanya."
Dia pandang video itu lama. Langsung tiada wajah gadis itu muncul dalam videonya. Hanya mukanya sahaja yang dapat dilihat. Dia menekan video lainnya.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...