* Maybe this part xdelah best mana. Just the story how she survive after that😌. Btw thank you guys sbb singgah story Psycho Lover nih. I'm very happy 😁😁 tpi vote lah wei citer nih ksian gue tenggok button vote, xde orang nak tekan. But thank you for yg dh vote, dh add dlm library korang and playlist korang. I lurve you guys😘
Pintu biliknya dikuak. Suis lampu biliknya ditekan. Bilik yang gelap bertukar cerah.
"Ya Allah Maira!"
Seorang wanita baya 40an menerpa dirinya.
"Sayang kenapa nih?"
"Ibuuu hikk hikk Ibuuu"
Seorang lelaki baya ibunya turut masuk ke dalam biliknya. Dia memandang tajam muka dan tubuh anaknya.
"Maira kesan apa dekat tubuh badan kamu nih?!" Tegas suara itu menanyakan tentang tubuhnya yang penuh merah-merah itu.
"Ayahhhh hikk hikkk Maira kena rogolll Ayah" menangis-nangis Syalida di dalam pelukkan ibunya.
"Astaghfirullahalazim!! Bang siapa buat anak kita macam nih!!"
"Maira tahu siapa yang sentuh Maira?" Tanya ayahnya cuba tenang dengan situasi yang terjadi.
Syalida menggeleng. Ibunya juga menangis memeluk tubuhnya. Sungguh dia kesal dengan meninggalkan Syalida seorang diri di rumah.
"Tak apa. Kita pergi report polis"
Ibunya mengangguk dan membawa dirinya ke tandas untuk membersihkan diri.
.
.
.
BAAMMM!!! SCRREECCHH!!
Bunyi tayar menyeret setelah berlangar dengan sebuah lori menyebabkan kereta itu menyeret ke penghadang jalan.
"Ibuuu... Ayahhhhhh"
Dia cuba melihat tapi kabur. Badannya rasa sakit. Apa yang dia tahu dirinya didakap oleh ibunya. Akhirnya matanya tertutup kembali.
.
.
.
Dia terus terbangun terduduk. Badannya sakit seperti terjatuh dari bangunan.
"Arrghh sakitttt" katanya perlahan.
"Alhamdulillah Alid, kau dah sedar!"
"Syaaa, aaahh. Sya!! Ibu aku mana! Ayah aku!! Diorang mana!! Aku nak jumpa diorang!" Bagaikan memori berputar dilayar matanya mengingat apa yang berlaku pada dirinya dan ibu bapanya. Dia mengingat ada lori yang melawan arus dan merempuh kereta mereka. Ibunya memeluk dirinya untuk melindunginya.
"Alid sabar Alid. Kau baru sedar, kau kena baring dulu."
"Diorang okey kan Sya?" Tanyanya sayu.
Sya hanya diam menyepi. Mata Sya yang bergenang itu membuat dia lemah. Air matanya jatuh. Sya terus memeluk dirinya.
"Kau kena kuat Alid. Kau kena kuat" sambil menggosok belakang badannya.
"Arrgghhhhh aaaaaaaa Syaaa aaarrrhhh" dia menangis semahu-mahunya di dakapan Sya. Akhirnya dia pengsan dipelukkan itu.
.
.
.
Dia memandang kubur arwah ibu dan ayahnya. Air matanya menitik.
'Ibu Ayah. Tenang dekat sana tau. Maira akan jaga diri Maira. Uncle baikkk sangattt dengan Maira. Jadi Ibu dengan Ayah jangan risaukan Maira tau'
Dia terus mensedekahkan yasin pada arwah ibu dan ayahnya. Uncle merupakan bos ayah. Uncle Ibrahim atau Dato Ibrahim. Sejak Aku kecil dia selalu menyuruh ayah untuk bawa aku bertandang ke rumahnya kerana Dato nak Aku jadi teman sepermainan anak perempuannya Falisya.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...