Tangannya menggenggam erat baju yang dipakai oleh Nik. Manakala tangan kirinya dipegang oleh Aufa. Matanya sudah bertakung. Bibirnya digigit-gigit.
" B..." Panggilnya meleret.
" Kenapa ni Bunny... Hmm?" Tanyanya sambil menjongketkan keningnya sedikit.
" Takutttt" bila-bila masa sahaja empangan air matanya akan jatuh. Melihat rumah banglo 2 tingkat yang sederhana besar itu menambah rasa gusar yang bersarang di hatinya.
" Tak ada apa yang nak di takutkan. Mama dengan Abah baik. Jangan risau ya"
" Jomlah mummy masuk... Tok abah dengan Tok Ma dah janji nak bagi pesen ke kita" Aufa menarik- menarik tangan itu supaya mengikuti langkah kakinya.
Kakinya melangkah menuruti derapan kaki kecil anaknya. Sejak dua menjak ini, Nik selalu video call bersama Mama dan Abah. Aufa la yang selalu berada dengan lelaki itu. Dia seorang yang tidak pernah bersua dengan keluarga Mama.
Nik menekan loceng rumah. Selepas beberapa minit, pintu itu terbuka.
" Nik... Sampai pun... Puas Mama tunggu" ucap Puan Ifah.
" Sorry Ma, budak berdua ni ha bukan main lagi bersiap lama. " Jawab Nik sambil salam dan memeluk Puan Ifah. Bibirnya dilabuhkan ke dua belah pipi Puan Ifah. Syurganya.
" Tok Ma!!! Tok Abah!!!!" Jerit Aufa nyaring sambil berlari mendakap Uncle Jafar yang sedari tadi diam berdiri di sebelah Puan Ifah.
Uncle Jafar yang muka serius itu terus melebar bibirnya apabila Aufa sudah kemas berada di dalam dakapannya.
" Tok Abah! Tok Abah! Nak pesen"
Uncle Jafar ketawa besar dengan permintaan bakal cucunya itu. Patut la kemain nampak gembira melihat mereka. Rupanya mahu menuntut hadiah yang dijanjikan.
Mama memandang gadis yang berdiri memegang baju anak lelakinya. Manis orangnya. Wajah takut itu dipandang lembut.
" Sini" panggil Puan Ifah. Syalida takut-takut keluar dari belakang tubuh Nik mendekati wanita yang mungkin baya arwah ibunya.
Puan Ifah menahan senyum. Seperti tengah menjinakkan kucing sahaja lagaknya. Dia terus memegang tangan gadis itu.
" Cantiknya bakal menantu Mama... Pandai Nik pilih"
Syalida tersenyum senang mendengar pujian dari wanita itu. Tangan itu dicium lembut.
" Terima kasih Aunty"
" Jangan panggil Aunty"
Terdiam Syalida. Dia di reject?!
" Panggil Mama je" sambung Puan Ifah.
Dia tersenyum lega. Ingat dirinya di reject tadi. Kus semangat. Tangannya digenggam erat oleh Puan Ifah. Kaki mereka melangkah membontoti Uncle Jafar yang masih menggendong Aufa. Tak henti-henti mulut kecil berceloteh.
" Hah! ni la present Aufa, Aufa suka tak?" Tanya Uncle Jafar.
Aufa terus turun dari dukungan itu. Berlari anak dia mendapatkan basikal bewarna kuning itu.
" Mummy... Daddy...Aufa dapat pesen" ujarnya dengan senyuman yang lebar.
Nik berjalan mendekati tubuh anaknya yang masih sibuk meneliti basikal itu.
" Aufa suka tak present Tok Ma dengan Tok Abah?"
" Suka... Terima kasih Tok Ma. Terima kasih Tok Abah"
Dia berlari mendapatkan atuk neneknya lalu menarik tubuh itu supaya menunduk supaya kedudukan mereka setara. Pipi Puan Ifah dan Uncle Jafar dicium. Terpana Puan Ifah dan Uncle Jafar menerima kelakuan cucu baru mereka itu.
Syalida tersenyum melihat adegan itu. Pandai betul anaknya itu mengambil hati.
" Terima kasih Mama sebab terima Aufa dengan Syalida dekat sini"
" Mama yang patut terima kasih dekat kamu. Terima kasih sebab dah jadi sinar bahagia dalam hidup anak Mama. Jaga Nik baik-baik ya Sayang. Mama tak nak senyuman di bibir anak Mama hilang lagi. Cukup dulu dia bertahan sakit sorang-sorang"
Syalida dan Puan Ifah memandang Nik yang tersenyum lebar bermain bersama Aufa. Sesekali anak itu mengekek bila lelaki itu mengacah dirinya. Dia mengeluarkan telefonnya dan beberapa keping gambar di tangkap sebelum telefon itu kembali ke tempat asal.
" Amboiiii meriahnya bawah ni..." Kata seseorang di muka pintu belakang rumah.
Syalida dan Puan Ifah memandang sebatang tubuh yang berdiri itu. Menggeletar tubuh Syalida melihat susuk tubuh yang berdiri di belakang lelaki yang menengur mereka.
" Ad marilah kenal dengan bakal isteri Nik." jawabnya teruja.
Bila melihat tubuh itu menghampiri, dia mengundur. Tanpa sedar kakinya menjengah ke dalam longkang lalu terjatuh.
"Ahhhh" meringis dirinya bila dia selamat terdampar di atas rumput itu.
" Bunny!!" Nik terus melangkah laju menghampiri Syalida.
"Bunny ok?" tanyanya sambil membelek tubuh itu. Syalida terus memuluk tubuh itu. Tangannya melingkar di atas bahu lelaki itu.
" I takut" ucapnya dengan air mata yang lebat.
" Takut apa?" Dia bertanya hairan. Dia mengusap belakang tubuh Syalida.
" Lelaki tuh. B... Jangan tinggalkan sayang please..." Rayunya sambil memeluk tubuh Nik.
Nik memandang arah yang ditunjukkan. Dia mendengus melihat 2 tubuh badan itu. Dia merungkai pelukan Syalida dan menyuruh Mama untuk menjaga.
Dia berjalan menghampiri Adrian dan Firash. Tangannya menggenggam kolar baju Adrian. Oleh disebabkan tidak seimbang, tubuh itu terseret ke lantai. Dia dibawa dengan keadaan diseret ke dalam rumah.
Jauh sahaja dari kedudukan Syalida dan Mama, dia lepaskan jerutan baju itu. Terbatuk-batuk Adrian apabila baju yang dipakai mencengkam lehernya. Firash turut berlari mendapatkan Adrian.
" What the hell you do Adrian!!" Tengkingnya sambil melihat Firash.
" Apa aku buat?" Soal Adrian.
Nik memandang tajam.
" Kau suruh aku anggap benda tu selesai! BUT WHAT IS THIS!!" Jerkahnya lagi. Bergema satu suara itu dalam rumah. Kecut Adrian melihat lelaki itu sudah menyinga. Liur ditelan. Firash sudah terketar-ketar melihat pandangan maut lelaki itu padanya.
" Aku tak sanggup nak bagi orang lain latah tubuh badan orang aku sayang" ujarnya perlahan. Cuba diraih simpati Abang tirinya itu.
" Sayang!? Aku pun Sayang awek Aku la! If you cannot do it, I do it" ujarnya tegas.
Adrian terpana. Hati Nik memang susah untuk ditagih simpati.
" Aku mohon Nik. Sumpah aku sayang Firash. Ini jer permintaan aku. Tolong lepaskan dia. Kau anggaplah apa aku buat dekat dia selama ni hukuman untuk dia. If he can seduce this beast, make this beast devour each of his , so he a bitch that can treat 20 men in a day"
Sinis Nik memandang 2 lelaki di hadapannya itu. Dia sudah mengagak perkara itu tapi bila melihat gadisnya seakan trauma dia hilang hati nuraini. Nik mendekati Adrian yang masih terduduk itu.
Pipi Adrian dicengkam oleh tangannya sehingga terlihat timbul urat- uratnya.
" Aku bagi kau pilihan Adrian. Jadikan dia pelacur dekat bar kau, atau aku bunuh dia sekarang"
Adrian terpana. Kedua-dua pilihan itu bagaikan torehan untuk dirinya.
" Kau bunuh aku, lepaskan Firash. Biar aku jadi galang ganti dia"
Cengkaman di pipi dilepaskan. Tak semena-mena sebuah tumbukan kuat hinggap ke pipi Adrian.
" Itu tak ada dalam senarai Adrian. Live or Die? Choose"
" Its okey you. I sanggup jadi gigolo dekat tempat you"
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...