Alid memakai pakaiannya. Nik hanya jadi pemerhati setiap gerak geri gadis itu. Alid sedar akan pandangan Nik padanya tetapi cuba diendahkan. Sudah merah pipinya menahan malu bila mata hitam itu asyik memandang dirinya.
"B, come"
Nik bangun dari duduknya di atas katil dan berjalan ke arah Alid yang masih berada di bilik air yang terbuka luas pintunya. Dia memegang pinggang gadis itu dan membenamkan bibirnya sekilas di wajah cantik Alid.
Alid mengambil telefonnya dan membuka aplikasi kamera. Alid menangkap gambar mereka. Alid tersenyum melihat gambar yang diambil. Nik terlihat sangat kacak di dalam gambar itu.

Kamera itu ditekan lagi beberapa kali. Macam-macam gaya ada. Nik mencium pipinya, Nik memeluknya dan Nik yang memandang dirinya di dalam kamera.
"Nanti kita tangkap gambar dengan Aufa pulak tau"
Nik hanya mengangguk menuruti. Dia lagi suka. Kalau boleh dia mahu tempah studio untuk mengambil gambar mereka.
"B, you bersiap nih nak pergi mana?"
Alid sudah perasan dari tadi lagi yang lelaki itu sudah segak memakai baju high neck itu.
"I ingat nak pergi office after I hantar you"
Alid memusingkan tubuhnya menghadap tubuh Nik. Dia memeluk pinggang lelaki itu. Nik membelai rambut Alid.
"Ada orang ngorat you tak dekat office? "
Nik senyum segaris.
"Ada jer"
Alid sudah memandang lelaki itu tajam. Perasaan cemburu terbit di dalam hati.
"You sukalah diorang mengorat you kan. Diorang tak ada kerja ke nak mengorat bos diorang sendiri"
Nik terus memeluk tubuh Alid. Badan gadis itu dielus lembut.
"B lagi suka kalau sayang yang ngorat B. Masa I jumpa you harituh, I nak sangat peluk you."
Alid memandang tepat anak mata lelaki itu. Mahu mencari ketulusan di dalam ayat Nik.
"But I really angry with something"
"Apa dia" Dia memandang Nik terkelip-kelip dengan wajah comelnya.
" How dare Fawwaz hold you like that"
Dia mengepalkan penumbuknya saat teringat kejadian itu. Jiwanya rasa terbakar saat melihat adegan itu. Mahu sahaja dia melayangkan kakinya.
Alid menyimpan senyum. Kedua tangannya merangkul leher itu. Serta merta mata hitam itu memandang nya.
" Promise me, Don't hurt them. Diorang dah berkorban banyak dah masa you tak ada dekat sini "
Dia membelai rambut Nik yang mungurai jatuh itu. Nik mengeluh.
" B... Promise me "
Nik menggigit bibir. Lemah bila dipujuk Alid. Alid membuat mata comelnya. Pipi lelaki itu turut dicium.
" B... Please... "
" Okey... I promise "
" Fayaz and his girl too... "
" That, Nope. Never "
"B. You tak kesiankan diorang ker?"
Nik memandang tajam wajah Alid. Dia tidak suka membicarakan soal ini. Akhirnya, mereka akan bergaduh. Dia tidak mahu melukakan gadis itu.
"B..."
"I don't like to talk about this"
Nik menguraikan rangkulan itu. Langkah kakinya dibawa keluar dari bilik tidur mereka. Alid hanya memandang pemergian lelaki itu dengan sebuah keluhan.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...