BAB 5✨

1K 17 0
                                    

Dia bangun pada jam 6, itupun setelah digerak oleh Sya. Dia sedikit segar hari nih mungkin kerana dia telah tidur lebih lama dari semalam.

Dia sarapan dan setelah itu mereka berangkat ke sekolah. Pada waktu sebelum rehat dia baik-baik sahaja, tiada perasaan mengantuk menjengah. Dia percaya yang dia tidak akan tidur pada kelas Cikgu itu. Kelas Cikgu Nik ada pada masa 2 terakhir.

Waktu selepas rehat adalah sejarah. Dia resah bila ada rasa mengantuk di matanya. Mati dia kalau dia tertidur lagi kali ini. Setelah lama dia bertahan dia akhirnya terlelap.

★ ★ ★ ★ ★ ★

Kakinya melangkah masuk ke dalam AR4 itu. Matanya memandang tajam ke arah gadis yang terlentok elok diatas mejanya itu.

"Melissa, jangan kejutkan Alid" suaranya mendatar.

Melissa mengangguk. Mereka tahu lelaki itu bukan baik memberikan pelajarnya tidur tetapi dia akan memberi pelajaran kepada muridnya itu. Buktinya sahaja semalam Alid balik ke kelas dengan mata yang merah. Mereka membuat andaian bahawa gadis itu dimarah teruk oleh guru mereka itu.

"Okey hari ini Aku nak semua orang tulis karangan berdasarkan tajuk 'Penjenayahan siber'. Buat karangan korang elok-elok sebab dari situ Aku nilai korang punya kemampuan, tatabahasa, pengetahuan, dan kefahaman korang terhadap dunia. Faham?"

"Faham" kata pelajar serentak.

Setelah 1 jam satu persatu muridnya menghantar karangan mereka.

"Melissa"

"Ya Cikgu"

"She not waking up yet?"

"Belum Cikgu. Cikgu nak saya bangunkan Alid ke?"

"Nope. Siapa dah siap karangan korang, korang dibenarkan balik sekarang. Yang belum siap, siapkan dulu then hantar, baru korang boleh balik"

Akhirnya satu persatu muridnya pulang, sehingga hanya seorang yang masih tinggal. Dia berjalan merapati meja gadis itu. Badannya bersandar sambil matanya memandang setiap inci wajah gadis itu.

Ketukkan di pintu buat dia mengalihkan pandangannya. Seorang gadis berambut ikal berdiri di depan muka pintu. Kakinya terus melangkah ke pintu.

"What you want?"

Dia memandang gadis itu tajam.

"Saya nak ajak Alid balik. Driver dah tunggu dekat depan" gadis itu meneguk liur apabila lelaki tinggi lampai itu memandang dirinya seperti dirinya membuat salah lagaknya.

"She cannot go now. I will send her. Kau pula, boleh balik dulu"

"Tapi..."

"No But GIRL. Go!"

Kecut dia mendengar kata lelaki itu. Setiap perkataannya ditekan keras. Dia terus berlari pergi.

Kakinya terus melangkah kembali ke meja gadis itu. Jam di tangannya dilihat. Jam menunjukkan angka 2 petang. Dia menanti gadis itu untuk bangun. Dia duduk di kerusi meja sebelah gadis itu.

"Ermmm" renggekkan kecil terdengar dari bibir gadis itu.

Gadis itu berdiri mengejut.

"Mana semua orang!"

"Already wake up girl? Why tak tidur sampai esok jer?"

Dia terus memandang ke arah suara itu. Matanya terbuntang.

"Cik..Cikguuu"

Guru itu akhirnya bangun dari duduknya. Baru dia sedar betapa tingginya guru itu berbanding dirinya. Air liurnya diteguk kasar.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now