BAB 35✨

330 12 0
                                    

Nik terus menepuk-nepuk perlahan tubuh kecil itu. Dia tersenyum bila tubuh itu senyap di dalam dakapannya. Dia memandang Syalida yang turut memandang dirinya.

Sedar anaknya sudah tidur didalam ldakapannya itu dia mengendong Aufa dan membawa ke dalam bilik anaknya itu. Perlahan-lahan dia baringkan Aufa ke atas katil. Dia menarik selimut dan menutupi tubuh kecil itu. Dia duduk di birai katil dan melihat Aufa yang tidur pulas.

" Daddy janji, daddy takkan sakitkan Aufa dengan Mummy lagi lepas ni. Maafkan Daddy sebab tak dapat sempurnakan nama Aufa dengan berbintikan nama Daddy. Daddy akan sayang Aufa"

Dia mengusap lembut rambut Aufa. Dia bersalah dengan Aufa. Dia tinggalkan Aufa. Apa dunia akan pandang anaknya nanti. Daddy akan protect Aufa. So Aufa kena jadi anak Daddy yang paling bahagia dekat dunia ni. I will give a world to you, asalkan anak Daddy gembira.

Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik itu. Pintu bilik Aufa ditutup. Kakinya melangkah mendekati Syalida yang termenung di sofa ruang tamu itu. Tubuhnya dihenyakkan di sebelah gadis itu. Kepalanya disandarkan pada sofa.

Syalida hanya memandang wajah Nik. Nik turut melirik wajah sugul gadis itu. Tangan Syalida digapai dan dicium lembut. Tangan itu digenggam dan diusap.

"You resent me Sayang?" Tanyanya tanpa memandang wajah gadis itu. Matanya hanya tertancap pada tangan Syalida.

"If I said yes, what you gonna do?"

"You boleh hukum I kalau you nak. I deserved it."

"If I said I want you to kill your self, will you do it?"

Dia tersenyum mendengar ayat gadis itu. Dia tahu gadis itu hanya mahu menguji dirinya.

"I will"  Anak matanya bergerak memandang gadis itu. Dia jujur dia sanggup mati untuk gadis itu.

"You ni memang gila kan? Dahlah I nak pergi mandi"

Syalida bangun dan dia menarik tangannya yang masih berada dalam genggaman lelaki itu. Nik terus menarik tangan itu kembali sehingga gadis itu jatuh di ribanya. Tangannya memeluk pinggang ramping itu.

 Tangannya memeluk pinggang ramping itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nik... Lepaskan I" Syalida menolak tangan lelaki itu. Nik tidak mengendahkan bicara Syalida.

Bahu gadis itu dicium. Dia menolak rambut gadis itu dari menutup wajahnya. Pipi itu pula diciumnya lembut.

"Nik... Please let me.."

"Sorry" ucapnya. Syalida terkedu. Dia terkaku di dalam dakapan lelaki itu. Dia memandang wajah lelaki itu.

"I'm sorry Sayang" ucapnya lagi. Dia membelai rambut itu. Dihelus-helus berkali-kali. Diam menyelubungi ruangan itu. Usapannya terhenti. Dia bangun dari duduknya. Dia diam memandang gadis itu. Untuk seketika mereka hanya berbalas pandangan.

Nik mengeluh. Tanpa minta izin, dia terus mencepung gadis itu.

"Nik! What are you doing!?" terkejut dirinya bila tiba-tiba diangkat begitu.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now