Syalida berjalan mendekati stesen bas di depan university itu. Sesekali dia menyepak batu-batu kecil di jalan. Dia duduk di kerusi sambil bermain telefonnya. Sudah 25 minit dia mesej Fawwaz untuk mengambil dirinya.
Lelaki itu hanya kata dia sudah dalam perjalanan tetapi mungkin sedikit lewat kerana berada agak jauh dari universitinya.
Dia cuba utarakan mahu menaiki teksi tapi dilarang keras oleh lelaki itu. Matahari juga sudah mahu terbenam. Sudahlah dia seorang diri di sini.
Pin! Pin!
Dia mendongak apabila mendengar bunyi hon kereta menyapa.
"Syalida! Why are you still here? It's already dark" tanya pemandu kereta itu.
"Saya tengah tunggu driver saya datang ambil"
Bengang Fawwaz kalau dia dengar dirinya dipanggil sebagai driver.
"Want me to send you?" Pelawa pemandu itu.
Dia teringat perbincangan tak bertauliah tentang professornya ini.
"It's okey Prof. Oh! Nampaknya driver saya dah sampai. Saya pergi dulu. Terima kasih ya Prof" dia terus berlari ke kereta Fawwaz.
"Fawwaz lambat betullah you nih.
Tahu tak dah gelap and I nih perempuan tau, kalau jadi apa-apa tadi macam mana? You nak tanggung?""Amboi marah betul nampak. Sorrylah aku ada meeting luar hari nih"
Syalida hanya diam tidak mahu membalas.
"Siapa tadi?"
"Professor Alid" jawapnya ala kadar.
"Dia nak apa?" tanya Fawwaz sambil memulas stereng keretanya. Mata fokus memandang jalan raya.
"Dia tanya kenapa tak balik lagi, pastu dia tawar nak tolong hantarkan aku"
"Errmmm, pastu kau terima?" Dia memandang Syalida sekilas.
"Issshhh memang taklah. Nasib kau sampai tadi, kalau tak mampus aku nak bagi jawapan apa kat dia. Terketar lutut nih rasa tau" jawapnya bersungguh-sungguh.
"Awat? Professor tuh ada buat tak baik dekat kau ker?"
"Takdelah, dia sebenarnya aku nampak okey jer tapi kawan-kawan aku tuh kata dia creepy semacam jer. Aku pun apa lagi, takutlah jugak. Tak pasal aku berdua dengan dia dalam kereta nanti, dia buat bukan-bukan dekat aku macam mana"
"Eeehhhhh"
"Apa ?"
"I thought maybe you dah kalis with some creepy vibe"
"Kau nak kata Nik creepy lah nih?"
"He is" ujar Fawwaz lagi.
"Ok fine, Nik creepy in some way but aku kenal dia with naughty sweet vibe not some creepy stranger like that"
"Bukan kau kata Prof kau tuh baik so you know him as a sweet guy not someone creepy first"
Syalida sudah mengaru kepala. Pening dengan putar belit ayat Fawwaz. Mahu sahaja dihempuk kepala itu. Mungkin otak yang mereng itu boleh dibetulkan.
"Ehh you nih Fawwaz, I campak you keluar dari kereta nih baru tahu"
"You nak terbabas dipersilakan untuk campak I" ujar Fawwaz tidak mahu kalah.
Dia menjerit di dalam hati. Bengang dengan lelaki itu. Lagi dia membalas, lagi kuat lelaki itu menganjing dirinya. Lebih baik dia diam.
"Fawwaz"
"Erm" balasnya pendek.
"Esok I ingat nak keluar dengan kawan-kawan I" beritahunya.
"Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki ada perempuan ada"
"Tak boleh"
"I tak tanya kebenaran Fawwaz. I just inform you yang I keluar esok"
"Ok fine. Tapi jangan rapat sangat dengan lelaki. Tak pasal laki kau jeles, Aku jugak kena tanggung nanti"
Fawwaz terus memberhentikan keretanya di Mansion yang diberikan Nik padanya.
"Duit ada?"
Syalida terus menunjukkan kad kreditnya yang tidak terusik itu. Fawwaz terus mengeluarkan beberapa keping duit 100 ringgit dan hulurkan kepada dirinya.
"Ehhh tak payahlah. Duit dalam kad nih still banyak lagi"
"It's better if you have cash money. Take it"
Dia akhirnya terima huluran itu dan ucapkan terima kasih. Akhirnya dia masuk ke dalam mansion itu.
Fawwaz melihat Syalida sehingga gadis itu masuk ke dalam rumahnya. Dia memandang luar mansion itu dengan pandangan tajam.
"You really are creepy guy, sampai sini kau follow ya" dia tersenyum sinis memandang kereta biru gelap yang berada di luar mansion itu. Melihat kereta itu sudah berlalu pergi, dia turut pergi dari situ.
...
Mereka duduk di sebuah cafe sementara menunggu beberapa lagi rakannya yang masih tidak sampai. Terlihat Aiman masuk dengan beberapa orang lelaki di belakangnya.
Syalida dan 3 rakannya itu sedikit terkejut apabila di belakang Aiman turut ada professor lelaki mereka itu. Nuha terus mendekati Aiman.
"Dah kenapa kau bawa prof ke sini"
"Prof tiba2 nak join, takkan aku nak tolak"
Akhirnya mereka memutuskan untuk menonton wayang dahulu. Mereka sama-sama berarak ke pawagam di dalam mall itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang tubuh.
"Fayaz, what are you doing here?"
Semua di situ tergamam sendiri melihat wajah yang mereka kenali itu. Siapa yang tak ingat dengan kejadian BAB 26 itu.
"Kau dah nampak aku dengan awek aku, of course lah dating"
Syalida memandang girlfriend fayaz. Gadis itu hanya diam dan menundukkan wajahnya. Takutlah tuh. Syalida hanya mengangguk dan dia terus berlalu pergi dan kembali kepada rakan-rakannya.
"Did we in trouble Alid?"
"Huh? What you mean Aiman?"
"Yeah your bodyguard here so did we under watch or something?"
"No lah. Dia datang dating dengan awek dia jer"
Sebenarnya dia agak lega bila Fayaz ada di situ. Sebab dari tadi professor itu asyik berdiri di sebelahnya membuatkan dirinya tidak selesa. Setiap kali matanya mengerling profnya itu, pasti mata mereka bertemu seolah-olah profnya itu sudah memandang dirinya sedari tadi.
Dia membuka henponnya dan mula menaip sesuatu.
~ Did you come to guard me or it's really just dating
2 dalam 1~
~ok, good then
Dia kembali menutup telefonnya. Dia bisik kepada Fatihah kenapa Fayaz ada di situ. Fatihah pula menyampaikan berita itu pada Nuha dan Natika. Mereka mengangguk lega.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...