Sedari tadi dia memandang wajah gadis itu. Wajah lembut putih melepak itu sudah menjadi pujaan hatinya sejak kali pertama mereka bertemu.
Siapa sangka disaat umurnya menginjak umur 34 tahun dia bertemu dengan gadis mirip bekas tunangnya. Mungkin tunangnya datangkan seorang gadis yang mirip sepertinya untuk menggantikan pemergiannya kepadanya.
Matanya memandang gadis itu yang sedang berbicara dengan seorang lelaki asing di hadapannya itu. Sedikit perasaan cemburu mula bertakhta di hatinya.
"Aiman, who is that man?" tanyanya
"Oh tuh, bodyguard dia Prof"
Dia pun mengangguk. Kenapa bodyguard dia ada dekat sini? Lelaki ni ke yang ambil dia hari tuh?
Tiba-tiba mata lelaki itu bertembung dengan anak matanya. Terkejut dirinya bila dipandang tajam sebegitu. Betul ke bodyguard? Ke boyfriend sebenarnya?
Dia duduk di sebelah Syalida di dalam pawagam itu. Senyumannya tidak dapat dia sembunyikan. Jarang dia ada peluang mahu sedekat ini dengan gadis itu.
"Tak apakan kalau prof duduk sebelah Syalida?"
Gadis itu hanya tersenyum lembut. Wajah itu kembali menghadap skrin besar di hadapan mereka itu.
...
Dia semakin tidak enak apabila Prof itu mengambil insiatif duduk di sebelahnya. Mahu dihalau dia tidak berani. Gurunya lah katakan.
"Kau okey tak?" bisik Fatiha di telinganya.
Dia hanya mengangguk membalas soalan gadis itu. Akhirnya mereka diam apabila ruangan itu mula gelap menandakan cerita akan mula ditayang.
Tangan yang sedari tadi sejuk terkena penghawa dingin pawagam itu mula terasa panas. Dia melihat tangannya dipegang oleh prof itu.
Tangannya dipegang erat dan diletakkan di peha lelaki itu. Dia memandang wajah prof itu. Wajah bersahaja tanpa riak itu dipandang tajam olehnya. Dia cuba melepaskan tangannya beberapa kali tetapi tidak berhasil."Prof... Lepaskan tangan saya Prof" bisiknya.
"Shhhh" Prof itu menyuruh dirinya senyap
Makin kemas tangan itu berada didalam genggaman lelaki itu. Cerita yang ditayang sudah tidak menjadi fokus utamanya sudah.
Perasaannya sudah tidak sedap. Telahan rakannya nampaknya benar. Profnya itu memang seorang yang menakutkan.
Sudahlah Fayaz duduk jauh dari kerusinya. Kumpulan mereka duduk di deretan kerusi panjang manakala Fayaz duduk di kerusi couple seat. Duduk pula 2 baris belakangnya pula. Entah nampak atau tidak mereka itu.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...