BAB 10✨

870 18 0
                                    

Dua tiga hari ini moodnya memang kelaut. Sudah tiga hari gadis itu tidak hadir ke sekolah. Mahu sahaja dia merempuh rumah Dato Ibrahim itu.

Dia tidak tahu dimana silapnya, tiba-tiba gadis itu menjauh darinya. Bibirnya digigit. Dia bangun dari meja kerjanya. Kakinya terus berjalan tanpa arah tuju.

"Cikgu Nik! Cikgu Nik!!"

Dia berhenti melangkah apabila namanya dilaungkan. Dia memandang pelik.

"Ada apa Fattah? Macam urgent jer kamu ni"

"Ada orang bergaduh dekat kantin."

Dia berkerut. Kenapa beritahu dirinya? Sedangkan dia bukan guru disiplin. Tangga itu terus menarik gurunya itu. Dia hanya mengikuti langkah Fattah.

Dia melihat ramai yang mengelilingi kawasan itu. Dia memandang Fattah.
Dia mengangkat kening sebagai tanda pertanyaan.

"Geng Suria racun fikiran budak2 scholarship, yang diorang punya scholarship dah ditarik sebab Alid kurang ajar dengan diorang. Sekarang budak2 scholarship marahkan Alid"

"Alid? Dia datang?"

"Ya Cikgu dia datang lewat tadi."

Jadi? Gadisnya sedang mendapat amukan pelajar lain kerana dirinya. Menyirap segala urat sarafnya.

"BERHENTI!!!"

Bagaikan kilat menyambar, kantin itu bergema dengan suaranya. Semua murid terus berlari melarikan diri. Takut jika tertangkap guru yang sudah menyinga itu.

"KORANG LARI LAGI SETAPAK, AKU PASTIKAN ESOK KAU TAKKAN HIDUP LAGI!!"

Bagaikan suara yang bergema itu serius dengan kata-katanya. Semua murid-murid di situ berhenti.

Kaki guru itu melangkah mendekati 2 orang yang terjopok di lantai itu. Alid dan Melissa yang menjadi perisai gadis itu.

"Cikgu, Alidddd. Selamatkan Alid Cikguuu" sedu sedan Melissa berbicara.

Alid yang berada dalam pelukkan Melissa penuh dengan lebam dan darah di sekujur tubuh itu. Membuat badannya mengigil. Wajah itu dipegang. Dia takut dia akan hilang gadis itu.

Tubuh gadis itu diangkat. Dia mahu secepatnya gadis itu dibawa ke hospital.

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Dia memandang sekujur tubuh yang terbaring itu. Dia memegang tangan gadis itu. Tangan itu dicium beberapa kali.

"Maafkan I Sayang. I tak jaga you dengan elok. I buat you terluka macam ni. "

Air matanya menitis. Hatinya perih melihat kain-kain yang membalut badan gadis itu. Luka lebam di bibir dan wajah gadis itu membuatkan dia rasa bersalah.

" Sayang nanti malam I datang okey. Rest well. I love you." Bibirnya digigit. Dia melihat mata yang masih terkatup itu. Sayang cepat bangun. I rindu.

Kakinya terus melangkah pergi. Dia harus selesaikan perkara yang berlaku di sekolah. Kakinya terus melangkah ke kelas AR4. Tanpa memberi salam dan ketukkan, dia meluru ke arah Suria. Leher gadis itu dicekiknya. Badan gadis itu tidak menjejak tanah kerana cekikannya.

"Cikgu Nik! Lepaskan budak tuh!"

"DIAM!!" Suaranya lantang.

Tersenyap semua orang di dalam kelas itu. Gerun dengan guru itu. Dia terus mencampak gadis itu kuat di lantai marmar itu.

Buk!!!

Menyeringai si gadis itu. Kakinya melangkah ke arah Sonia. Rambut tocang gadis itu ditarik, dia menarik sehingga badan gadis itu merapati sang kakak. Menjerit-jerit Sonia apabila rambutnya dianggap seperti tali. Dia melempar pula badan si adik ke badan kakak. Menyeringai kedua beradik itu.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now