BAB 6✨

1K 19 0
                                    

Dia memandang sedikit bilik guru itu. Dia melepaskan nafas lega apabila meja guru itu kosong tidak berpenghuni. Dia terus meletakkan beberapa helaian kertas kajang yang merupakan karangannya itu dia atas meja itu.

"Aggghhh!!"

Mulutnya terus ditekup lelaki itu. Terkejut dirinya apabila guru lelaki itu sudah berdiri di belakangnya. Selepas beberapa minit mulutnya dilepaskan. Guru itu terus melangkah duduk di kerusinya.

Helaian kertas yang diletakkan olehnya tadi diambil.

"Err Cikgu, saya minta diri dulu"

Tanggannya ditarik. Cuma dia tidak jatuh di atas peha lelaki itu. Hanya kedudukan mereka sahaja yang rapat. Lelaki itu duduk dan dia hanya berdiri di sisi lelaki itu.

" Esok cuti kan?"

Dia mengangguk. Cikgu itu mengalihkan pandangan ke arah Aku dan menjongketkan keningnya.

"Ya Cikgu, esok cuti"

"Lain kali kalau Aku tanya jawap pakai mulut bukan pakai bahasa isyarat kepala Kau tuh" kata lelaki itu sambil memeluk tubuh.

"Maaf Cikgu"

Dia menghulurkan sebundle kertas kepada gadis itu.

"Nih kerja sekolah untuk cuti korang. Pastikan siap. Isnin aku nak semua orang hantar. Faham?"

"Faham Cikgu"

Dia terus mengambil kertas itu dan berlalu keluar. Dia meletakkan kertas itu di meja ketua kelas dan memberitahu bahawa Cikgu Nik memberi kerja sekolah dari mereka.

Pap!

Dua kertas dihempaskan ke atas mejanya. Dia melihat Suria dan Sonia silih berganti.

"Kau tahukan kerja kau?"

Mereka berdua pun berlalu pergi. Dia mengeluh. Cuti ini dia harus mengadap helaian kertas ini sahaja kah. Dia memasukkan helaian tersebut ke dalam begnya.

Dia berjalan ke kantin sekolah bersama Melissa. Hari ini menu murah di situ kuey teow goreng. Almaklumlah dia bersekolah di sekolah orang kaya. Makanan orang kaya terlampau mahal untuk dirinya dan Melissa.

Melissa merupakan pelajar scholarship disini. Hari pertama mereka bertemu, mereka sudah rapat.
Sejak itu mereka selalu berehat berdua. Kenapa dia tidak berehat dengan Sya? Sebab dia tak mahu menyusahkan Sya.

Saat mereka makan, sekotak kek diletakkan dihapan mereka. Mereka memandang petugas perempuan itu.

" Kak kitaorang tak ada order kek"

Gelabah mereka. Bukan mereka tidak tahu berapa harga sepotong kek yang dijual disitu. Sepotong kek sahaja boleh cecah 50 ringgit inikan pula harga sebuah kek. Ini tidak kira pada design kek lagi.

"Ini surat dari pemberi dan ini bunga Cik"

"Untuk saya?"

Petugas itu mengangguk. Dia akhirnya menerima dan berterima kasih.

"Cik boleh pose dengan kek? Sebab kami kena ada bukti yang kami dah hantar kek kepada Cik"

"Cik boleh pose dengan kek? Sebab kami kena ada bukti yang kami dah hantar kek kepada Cik"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Psycho LoverWhere stories live. Discover now