BAB 26✨

671 21 0
                                    

Naik geram dirinya. Nampak sangat lelaki itu sedang mencari salahnya. Ada sahaja tidak kena. Sepanjang sesi orientasi itu, dia asyik disalahkan dan di denda.

"Syalida you move wrong, how can this simple, you still cannot follow at all"

Tak tahu dimana silapnya. Serasa dia, dia sudah menari betul tapi hanya namanya sahaja yang terpancul di bibir senior itu.

"Fatihah, kat mana Aku salah?" Bisiknya pada gadis di sebelahnya itu.

"Fat rasa Alid dah menari betul tapi tak tahulah kenapa dengan senior tuh"

Dia mengeluh. Nampak sangat lelaki itu sengaja mencari pasal dengannya.

"Syalida you do 20 push up. Lain kali fokus bila orang ajar, tak adalah you salah buat kerjanya" sinisnya.

Puas hati dirinya dapat membuli gadis itu. Kau ingat dengan reject Aku, Kau dapat hidup dengan aman ker?

" Yang lain boleh keluar untuk makan dulu nanti kita sambung"

Mereka akhirnya meninggalkan Syalida berseorangan melakukan push up.

"Arrggghh!!"

Terkejut dia mendengar jeritan itu. Dia menghentikan push upnya yang masih berbaki separuh itu. Dia mula mendekati kerumunan manusia di dalam dewan itu. Bunyi menyeringai kesakitan itu bagai tiada henti.

Dia mendapatkan Fatiha yang ada didalam kerumunan manusia itu. Dia memeluk tangan gadis itu.

"What happens?"

"Ada orang tiba-tiba serang Abang Irfan. Nampak macam bukan budak U nih"

Perasaannya mula tidak sedap. Janganlah apa yang difikirkannya itu betul. Dia terus cuba menyelusuri kerumunan itu.

Terkejut dia melihat muka lelaki itu yang sudah babak belur. Mulut dan hidungnya juga sudah berdarah. Tapi itu tak menghentikan pukulan bertubi-tubi dari penyerang itu.

Dapat yang dia lihat, tiada siapa yang berani untuk masuk campur urusan lelaki itu dan si penyerang.

"Wehhh Aliddd, Aku rasa nak muntah" bicara Nuha. Ngeri sungguh pemandangan mereka sekarang ini. Syalida bagaikan tersedar dengan keadaan itu.

Dia terus berlari dan melakukan head lock pada si penyerang. Tapi apakan daya seorang perempuan sepertinya mahu melawan kudrat seorang lelaki.

"Fawwaz!! What are you doing!? STOP HIM!!" Dia menjerit memanggil Fawwaz yang menjadi pemerhati sedari tadi. Lelaki itu hanya beriak biasa dan tiada tanda2 lelaki itu mahu menolong dirinya.

"Fayaz!! Stop Fayaz" dia menarik-narik tubuh lelaki itu yang menindih seniornya itu.

Fayaz akhirnya memberhentikan tumbukannya. Dia bangun dari terus menindih badan si lelaki.Dia mengelap tangannya yang berlumuran darah itu.

Syalida terkaku melihat pemandangan di depan matanya kini. Percikan darah yang merata itu membuat dia rasa ingin pitam. Rupa yang kacak itu, sudah berupa seperti orang terbakar tapi yang membezakan adalah lelaki itu berlumuran darah.

Matanya ditutup sebuah tangan. Pemandangan ngeri itu mula bertukar gelap.

"Don't look"

"Kenapa kau tak hentikan Fayaz?  WHY YOU TAK STOP DIA.." Lirih Syalida. Hatinya rasa bersalah. Disebabkan dirinya, senior itu dipukul sehingga parah begitu.

"That what he deserves Syalida. "

Dia menepis tangan Fawwaz. Badannya terus berpaling mengadap lelaki itu. Dia pandang tajam ke arah lelaki itu.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now