Bab 39✨

354 15 0
                                    

Seminggu gadis itu dingin dengannya.   Puas dia minta maaf tapi diendahnya. Sampaikan Aufa sendiri perasan dengan keadaan itu.

"Daddy dengan mummy gaduh ker?" tanya mulut kecil itu apabila Syalida beralih duduk jauh darinya.

"Tak adalah. Daddy dengan Mummy okay je. Kan kerusi ni kecil, jadi mummy pindahlah nak bagi Daddy main dengan Aufa pula"

Dia memandang gadis itu yang tidak beriak. Macam mana lagi dia mahu pujuk gadis itu. Syalida berlalu ke bilik. Dia duduk di atas katil dan menyandar tubuhnya pada kepala katil. Matanya ditutup.

Bukan dirinya tidak goyah dengan maaf lelaki itu. Tetapi dia sendiri tidak nampak dirinya penting untuk lelaki itu.

Dia membuka matanya bila terasa ada  yang duduk di sebelahnya. Dia melihat Nik yang duduk di sebelahnya. Dia bangun dari katil itu. Nik terus memeluk pinggang ramping Syalida supaya gadis itu tidak lari darinya lagi.

Dia penat mahu bermain kejar-kejar dengan gadis itu. Dia labuhkan dahinya pada bahu si gadis.

"Dengar apa yang I nak cakap sayang" ucapnya lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dengar apa yang I nak cakap sayang" ucapnya lembut. Syalida hanya diam menikus bila tangan hangat itu memeluk perutnya. Rindu dengan pelukkan itu. Selama seminggu dia perang dingin dengan lelaki itu, mereka tidur berasingan. Bila lelaki itu ingin mendekat, dia menjauh.

"I pernah janji dengan diri I yang I takkan jadi macam Papa. I takkan pernah pukul orang yang I sayang. Lebih-lebih lagi you matahari I." Ujarnya sambil memegang tangan gadis itu. Nasib gadis itu tidak menepis tangannya seperti selalu.

Dia mula menyambung bicaranya setelah diam seketika. "Papa...selalu pukul Mama. Sampai Mama dah tak tahan sangat then pergi dari rumah. Tinggalkan I. Papa really mad that time. Papa lepaskan semuanya dekat I. I kena pukul. I kena ikut segala cakap dia. Im like his toy. Seperti mayat hidup I turutkan kata-kata dia. Did I despise Mama? Yes, a lot. After 2 tahun, Mama datang tuntut cerai dengan Papa. Tapi Papa tak nak. Dengan bantuan Uncle Jaafar, akhirnya Mama terlepas dari cengkaman Papa. But me? I'm still with him. 2 tahun I still dalam rumah neraka Papa. I thought Mama tak sayangkan I sebab dia tak ambil I dari Papa sedangkan I merayu dekat dia. I melutut but she just cried and left me alone. Umur I 14 tahun but I kena hadap benda tuh. It's really hurt a lot. I rasa nak bunuh diri."

Syalida tergamam mendengar cerita lelaki itu. Walaupun dia kehilangan ibu bapanya, tapi dia masih dilayan baik dan disayangi uncle ibrahim dan sya.  Dirinya juga anak kesayangan ibu dan ayahnya.

" 2 tahun selepas penceraian. Mama datang tuntut hak penjagaan I. Mama kahwin dengan Uncle Jaafar. Because of the abused, Papa lepaskan hak penjagaan I kepada Mama. That time baru I faham Mama bukan tak sayang I but dia tahu dia takkan dapat hak penjagaan sebab kuasa Papa. Dia bina kerjaya dia sendiri then tuntut I. Masa tuh I tak sedar lagi kasih sayang Mama dekat I. But one day papa datang mengamuk. He shoots me. But...tembakan tuh kena dekat Mama."

Dia diam seketika sebelum menyambung ceritanya.

"Time tuh baru I sedar betapa sayangnya Mama dekat I. Dia sanggup korbankan nyawa dia untuk anak tak guna macam I. Time tuh I cried a lot. I takut I hilang Mama. Nasib baik Mama survive. But Papa he not getting caught because of his influence. 1 tahun I tinggal dengan Mama. Papa tak pernah berdiam diri. Dia cuba langgar I. Racun I. Culik I. Cruel kan Papa? Dia sanggup bunuh anak dia sendiri. I jumpa Papa untuk buat dia tak ganggu I dengan Mama lagi. But he put one condition. Stay dengan dia balik. You know how I despise to life with him? But I tak ada pilihan. I nak Mama hidup bahagia dengan keluarga barunya. Seperti Mama sanggup korbankan diri dia, I pun sanggup korbankan diri I."

Syalida melepaskan rangkulan lelaki itu. Dia memusingkan tubuhnya menghadap tubuh Nik. Kepala yang menunduk itu dia dongakkan. Dia mengelap air mata lelaki itu.

"I know I became a cruel person but... Can you stay with me?" tanyanya lirih. Bibir itu bergetar berserta suaranya.

"I tahu I tak layak tapi I cintakan you dari first time kita jumpa. Cannot you love me too?" Dia memegang tangan gadis itu yang berada di pipinya. Air matanya mengalir seolah-olah meminta simpati Syalida. Dia mencium tapak tangan itu.

Syalida memeluk tubuh Nik. Kepalanya diusap lembut. Terasa kejam dirinya kalau dia masih ego memaafkan lelaki itu.

"I love you too B. I minta maaf sebab buat you ingat kisah-kisah lama you."

Nik memeluk pinggang itu. Makin lebat air matanya dilepaskan. Terasa segala kesakitan dia simpan selama ini dapat diluahkan.

Terasa pilu hatinya melihat Nik begitu. Tidak berhenti dia mengusap tubuh itu.

"It's okey. Everything gonna be okay. I dengan Aufa akan sayang B sepenuh hati kami. Sekarang B dah ada kitaorang"

"Janji?"

"Ya, I janji I akan sentiasa ada dengan you"

"I cintakan you tau. I takkan pukul you even you buat apa pun dekat I"

"Kalau I curang?"

Nik memandang tajam gadis itu dengan air mata yang masih mengalir.

"Gurau-gurau" Dia tersengih kerang busuk.

"I kurung you dalam bilik nih kalau you curang dengan I" ugut Nik.

Syalida memandang wajah lelaki itu. Kalau dia mahu curang sudah lama dia buat. Nik menarik gadis itu supaya duduk atas ribanya. Tangannya memeluk kembali pinggang gadis itu.

Syalida mengelap sisa air mata Nik dengan bajunya. Mata sembab itu dipandang. Dia menarik kepala itu supaya didekatinya. Bibirnya dilabuhkan ke dua belah kelopak mata lelaki itu.

"Sayang"

"Erm"

"Jom kahwin"

Syalida tergamam mendengar ayat itu.

P/S: Sorry lambat update. Buzy mengecat rumah huhuhu esok kena sambung cat lagi. Sikit2 jer tulisnya. Next week pulak update 🥺

Psycho LoverWhere stories live. Discover now