3 Tahun Kemudian...
(Outfit Syalida)
Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan putih itu. Dia tersenyum lebar apabila melihat kerumunan orang ramai itu. Hari ini dia akan mendaftar masuk ke university yang diimpikannya. Cita-citanya untuk menjadi doktor semakin tercapai.
Atas permintaan Fawwaz, dia menanguhkan kemasukan pelajarannya kerana faktor anaknya masih kecil.
"Lah tercegak apa lagi dekat sini, cepatlah pergi daftar"
"Issh kau nih tak menyempat betullah Sya"
Falisya memeluk tangannya. Dia hanya tersengih memandang Syalida. Dia excited melihat Syalida mahu masuk university. Dia terasa seperti ibu melihat anaknya masuk universiti pula.
"Sayang cuba pelan-pelan berjalan tuh. Awak tuh dah berbadan dua, ingat sikit"
Falisya memandang tajam ke arah suaminya. Bukan dia berjalan laju tapi suaminya itu berjalan lambat sangat. Macamlah dia yang bawa beban. Jalan terkedek-kedek.
"Jegillah besar lagi, jegil. Abang korek biji mata tuh baru tau. Kita nasihatkan dia sebab kita risaukan dia."
Syalida hanya ketawa melihat perbalahan suami isteri itu. Ada sahaja benda nak digaduhkan. Dari hal kecil nanti jadi besarlah tuh. Dua-dua ada ego tinggi melangit. Macam mana melekat pun tak tahulah diorang ni.
Terkejut juga bila dia tahu Falisya ingin berkahwin. Lagi terkejut bila Falisya memperkenalkan Aisy sebagai bakal suaminya. Diam-diam ubi berisi betul diorang nih.
Yg lain? Still singgle kecuali Fayaz. Dengar kata lelaki itu sudah ada girlfriend. Tetapi masih tak bawa berjumpa dengan kami.
Suara mengekek ketawa membuat dirinya memandang ke arah suara itu. Dia tersenyum melihat anaknya yang sedang mengekek apabila diagah oleh Fawwaz.
Dia selamat melahirkan seorang anak perempuan. Sekarang anaknya sudah berumur 2 tahun lebih. Nur Khairani Aufa bin Abdullah. Cahaya kebaikanku yang setia.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...