Pagi tu aku sedikit menguap. Bukan sikit,banyak kali aku menguap.
"Kenapa Alid nampak ngantuk sangat ni?"
"Entahlah pa,mengantuk sikit "
"Bukan kamu dah tidur awal ke semalam?"
"Memanglah pa tapi entahlah ngantuk ni dia nak mampir so tak boleh buat apa kan"
Aku dan Isya terus masuk ke dalam kereta. Sempat aku tertidur.
Isya hanya melihat. Confirm budak ni tak tidur semalam. Dia hanya menggeleng.
Sampai di kelas aku terus tidur. Tak tahan dah mata ni. Nak terlentok je kerjanya.warghh!! Buku si minah kerek dah aku beri so aku rasa aku kena selamatkan mata aku.
Tapi tidur aku sedikit terganggu bila terasa diusap oleh sesuatu. Malasnya nak buka mata. Lantaklah dengan benda tuh.
Masa cikgu masuk pun aku tak sedar. Tak ada orang kejutkan aku pun.
Arghhh sedapnya tidur. Aku sedikit mengeliat. Aku tersentak. OMG dah pukul 8.30. Lamanya aku tido and kenapa tak ada orang kejutkan aku?
"Mel kenapa tak kejutkan Alid?"
Serius dia terkejut bila jam sudah menginjak ke 8.30 pagi itu.
"Cikgu Nik yang suruh tak payah bangunkan Alid. Tapi dia kata nanti waktu rehat or balik, Alid kena jumpa dia tau dekat bilik guru"
"Cikgu Nik?"
1 jam sebelum....
Sepasang kaki melangkah masuk ke dalam kelas AR4. Kaki yang tinggi lampai berserta badan yang tegap itu memandang seisi kelas itu. Muka yang tanpa secalit senyuman itu dipamerkan olehnya.
"Assalamualaikum class, nama Aku Nik Haikal. Aku akan jadi guru kelas korang sepanjang tahun ini. Semoga kita dapat beri kerjasama yang baik. Ok now korang perkenalkan diri korang or nickname korang, dan bagitahu aku cita2 korang."
Melissa menguis badan aku supaya bangun dari tidur. Tapi tiada sebarang reaksi dari Aku.
"Melissa it okey. Biarkan dia tidur" kata guru kacak itu.
Melissa hanya mengangguk mendengar kata gurunya itu. Baik sangat gurunya itu. Kalau guru lain mungkin sudah berbakul-bakul nasihat diberikan.
"Tapi nanti inform dekat dia yang saya nak jumpa. Tak kisah sama ada waktu rehat or balik, Saya nak dia datang jumpa saya"
Melissa mengangguk faham.
★ ★ ★ ★ ★ ★
Semua murid mula berdiri apabila laungan memberi salam diberi. Cikgu Rasma mengarahkan semua murid duduk. Cikgu Rasma merupakan guru mata pelajaran addmath. Aku berada di kelas tingkatan 4 iaitu AR4.
Aku berikan fokus 100% pada percakapan cikgu tapi aku masih tak faham dengan f2 and f-1. Susah betul nak faham semua ni. Ni bru bab 1 tapi aku dah ting tong.
Waktu rehat telah tiba. Kakinya melangkah ke bilik guru. Dia termanggu sendiri. Patutnya dia terima pelawaan Melissa yang ingin menemani dirinya tadi. Sekarang siapa Cikgu Nik nih? Dia belum pernah jumpa lagi guru itu.
Dia melihat sekeliling bilik guru itu. Jika ada guru lelaki yang tidak pernah dilihat oleh dirinya.
"Hah Alid? Kamu cari apa? Terjengguk-jengguk dari tadi"
Dia memandang guru di hadapannya itu. Cikgu Juwita. Cikgu Biologi kelasnya.
"Erm Cikgu tau meja Cikgu Nik dekat mana?"
"Owh. Tu meja hujung tuh. Kamu tak nampak ker Cikgu Nik dekat situ?"
Dia hanya tersengih. Bukan tak nampak tapi dia tidak sempat melihat bahagian itu lagi bila dia tiba2 ditegur guru itu. Dia akhirnya berterima kasih kepada Cikgu Juwita dan berlalu mendekati meja Cikgu Nik.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...