Dia membelek satu persatu buku rujukan yang ada di kedai itu. Bila ada yang dia berkenan, buku itu dimasukkan ke dalam bakul. Selesai mengambil beberapa buah buku rujukan dia berjalan menghampiri rak novel di situ pula.
Satu persatu buku novel itu dibelek dan dibaca sipnopsisnya. Nampak jalan cerita yang sedap terus dimasukkan ke dalam bakul.
Sedang dirinya membelek novel-novel dirak, sebuah ciuman dan hembusan nafas yang hinggap di tengkuknya mengejutkan dirinya. Dia terus memusingkan tubuh badanya. Matanya terbeliak memandang professornya itu sedang berdiri di belakangnya.
"Prof buat apa nih? Prof jangan macam-macam, nanti saya jerit prof yang malu tau" Ujarnya terketar-ketar.
Tubuh professor itu mula merapat dengan dirinya. Dia menapak ke belakang. Dia cuba memintas dengan ruang yang ada tapi gagal. Tangannya ditarik dan jeritan yang ingin dikeluarkan olehnya ditekup oleh tangan itu.
"Ssshhh ssshhh Sayang janganlah bising nanti orang dengar"
Matanya mula berkaca. Dia sudah mula ketakutan dengan perangai professor itu. Mata yang selalu ternampak normal dimatanya bertukar menjadi mata yang seram untuk dirinya.
Rambutnya dibelai oleh lelaki itu.
"Sayang nih cantiklah. Geram I tengok"
Dia mengundurkan wajahnya agar jarak wajahnya dengan professor itu terletak lebih jauh.
"Encik ok ke tuh?" tanya seorang lelaki melihat mereka berdua.
Professor terus menutup sedikit wajah Syalida dengan tubuhnya.
"Yes² we ok. My wife dia tidak sihat sikit"
"Nak saya bantu apa-apa ke?" tanyanya lagi.
"Eh tak apa, tak apa. Sikit jer nih"
Professor itu senyum ke arah lelaki itu. Perasaannya mula tidak enak apabila lelaki itu tersenyum sinis memandang dirinya. Lelaki itu menghampiri mereka berdua.
YOU ARE READING
Psycho Lover
Romance*Siapa nak baca cerita nih jangan berharap ada adegan terlampau ghairah ya. Setakat pemakaian terlampau seksi dan sedikit adegan ringan² sahaja* Alid or Syalida Umaira. Seorang gadis berkaca mata dan cantik actually just dia tak pandai nak hias diri...