Bab 40

1.2K 42 2
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who Is He 🔱

" Rindu aku? "

Pergerakan Syed Umar Darwisy yang sedang menuju ke arah keretanya yang berada di parking lot terhenti, dia tersenyum senang. Akhirnya mereka bersemuka.

Syed Umar Darwisy memusingkan badannya menghadap arah suara itu. Walaupun dia sedang berdiri di kawasan gelap atau lebih tepat hindar daripada dikesan CCTV. Syed Umar Darwisy masih boleh melihatnya.

" Macam orang gila aku tengok kau ni, punca dia? Cari aku je? Mana kau punya pekerja yang kononnya hebat sangat boleh cari orang walaupun dia duduk dalam lubang cacing tu? Mati dah? "

Dia selitkan tawanya di hujung kata.

" Shut the fuck up your damn mouth. "

" Apa ni carut-carut, tak baik tau. Lagi-lagi bila anak kau dengar. Mesti dia werk werk werk. HAHAHA. "

Syed Umar Darwisy terus menerkam lelaki bangsat itu. Dia masih tersenyum lebar seperti seorang psikopat.

" Relex lah Abang, jangan lah kasar sangat dengan adik. Abang sayang adik kan? Lepas lah sakit tau. "

Dia mengalihkan tangan Syed Umar Darwisy yang menggenggam erat bahunya itu.

" Apa motif kau? "

" Motif? Apa benda, kita datang sebab nak tanya khabar. Iyelah, orang tu penat cari kita tapi susah nak jumpa. HA. HA. HA. "

" Kau cuba balas dendam? "

Dia tersenyum senang.

" Lah, tahu pun. Dah tu kenapa soal kita macam tak tahu, penatlah macam ni. Sebenarnya bukan lah nak balas dendam sebab ayat tu nampak gila. Kita guna
' cuba bermain ' lebih elok kan? "

Syed Umar Darwisy mengeluh, dia memang minta. Dia tersengih saat melihat Syed Umar Darwisy memandang dia tajam.

" Ish! Jangan lah pandang kita macam tu! Tachod! "

Tiba-tiba kepala Syed Umar Darwisy terasa pening malah rasa terlalu sakit. Kepalanya di pukul daripada belakang, Syed Umar Darwisy rebah di atas lantai. Kepalanya mengeluarkan sedikit darah.

Dia mencangkung sedikit memandang Syed Umar Darwisy yang sedang rebah itu, dia menepuk pipinya.

" Bye Abang, jumpa lagi. Muah! "

Mereka meninggalkan Syed Umar Darwisy begitu. Darah mula mengalir.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy mengerang kesakitan, dia memegang kepalanya yang sudah dibalut itu. Dia memandang sekeliling, kawasan yang sangat familiar. Dia menghembuskan nafas lelahnya. Kepalanya masih berpinar, agak sakit juga dipukul sedemikian.

" Sedar dah? "

Tegur Tengku Aryan Zahin, dia masuk dengan membawa dulang yang diatasinya mempunyai segelas cawan air dan mangkuk besar. Dulang itu diletakkan di atas meja sebelah kanan Syed Umar Darwisy itu. Syed Umar Darwisy memandang Tengku Aryan Zahin tepat.

" Apa dah jadi? " Tengku Aryan Zahin tersengih.

" Isteri aku macam mana? " Syed Umar Darwisy tidak menghiraukan perkara lain kecuali isteri tercintanya itu.

" Alhamdulillah dia dah sedar, dia dah mandi, dah makan, dah buat check-up, doktor pun kata dia dengan baby okay. Sekarang ni dia tidur balik sebab penat tunggu kau. "

Ujar Tengku Aryan Zahin lebar.

" Dia cari aku? " Syed Umar Darwisy bertindak untuk turun katil seperti dia ingin pergi berjumpa isterinya tetapi ditahan Tengku Aryan Zahin.

" Kau nak jumpa dia dalam keadaan macam ni? Dengan penuh berbalut macam ni? Tak takut nanti dia soal kau macam-macam? "

Syed Umar Darwisy duduk kembali.

" Aku nak hantar dia jauh dari sini, aku nak dia jauh dari segala benda ni sampaikanlah semua ni selesai. Aku dah tak sanggup nak bahayakan nyawa dia dengan anak aku lagi Ian. "

Air mata Syed Umar Darwisy mengalir, kerana ego dia, dia percaya Tengku Aisy Aralyn mampu selamat sekiranya Tengku Aisy Aralyn dekat dengan dirinya tetapi rupanya makin membahayakan. Lagi pula kandungan Tengku Aisy Aralyn sudah mencecah 7 bulan, tidak lama sudah lagi .

" Aku ada dekat belakang kau, aku akan lindungi kau dengan adik aku begitu juga dengan anak buah aku. Sekarang ni kau rehatlah dulu, makan lepas itu mandi. Nanti kita sama-sama pergi tengok permaisuri kau. Okay? "

Ujar Tengku Aryan Zahin sambil menepuk lemah bahu Syed Umar Darwisy. Syed Umar Darwisy tersenyum nipis, tangan Tengku Aryan Zahin yang menepuk bahu nya itu diambil lalu digenggam erat.

" Terima kasih. "

To be continued...

Hi sayang semua! I'm back! Doakan sis konsisten untuk update! Tq!❤️






MRS S.U.DWhere stories live. Discover now