Bab 26

4.5K 85 0
                                    

🔱  Don't judge him without you know who is he 🔱

Berkerut dahi Syed Umar Darwisy apabila jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul empat pagi iaitu waktu dirinya bangun. Tapi pagi ni dia agak liat untuk bangun kerana malam tadi dia tidur lewat malah mengerahkan sedikit tenaga. Dia mengerang sedikit apabila lengan dihimpap oleh kepala Tengku Aisy Aralyn berasa kebas.

Dia mengucup dahi isterinya yang masih lagi lena dalam alam mimpi. Tengku Aisy Aralyn yang berasa tidak selesa dengan keadaan itu menggeliat kecil kerana ciuman Syed Umar Darwisy makin meliar diseluruh mukanya. Dicelik kan sedikit matanya, dia menolak lembut wajah suaminya.

" Bangun sayang."

Syed Umar Darwisy mengucup bibirnya.

" Janganlah."

Tolak lembut Tengku Aisy Aralyn. Gadis itu mula bangkit kan dirinya. Dia merenggangkan sedikit badannya yang terasa lesu. Syed Umar Darwisy juga bangkit lalu memeluk isterinya dari belakang. Tangan kanannya mengusap lembut perut ramping isterinya.

" Harap melekatlah."

Tengku Aisy Aralyn hanya mampu mengangguk sahaja. Dia pula yang malu.

" Pergi mandi dulu."

Syed Umar Darwisy mengambil tuala mandi yang berada di tepi katil lalu membalut tubuh badannya. Dia bangkit lalu mengangkat tubuh genit isterinya lalu menghantar ke bilik mandi. Di biarkan isterinya mandi, dia terus menuju ke balkoni bilik untuk mengambil laptop yang dibiarkan begitu sahaja malam tadi.

Sejurus selepas mengambil laptop, suis lampu bilik ditekan. Dengan itu, biliknya diterangi cahaya. Pintu bilik air dibuka, lalu giliran dia pula yang mandi. Selesai mandi dan memakai baju, mereka berdua sama-sama menunaikan solat subuh. Tangan dihulur untuk bersalam selepas mengaminkan doa. Syed Umar Darwisy menarik kepala Tengku Aisy Aralyn dengan lembut lalu dia mengucup lama.

Seperti biasa, ucapan cintanya tidak pernah tinggal untuk diucapkan kepada isterinya. Tengku Aisy Aralyn membalasnya kembali ucapan dengan rasa malu. Mereka berdua bangkit dan melipat sejadah. Syed Umar Darwisy menyalin pakaian kepada pakaian sukan untuk dia bersukan di gym yang sememangnya ada di rumah itu.

Manakala Tengku Aisy Aralyn mengeringkan rambutnya dan mengikatnya. Tudung sarung dicapai kerana adik-adik iparnya ada di rumah. Syed Umar Darwisy menuju ke tingkat atas manakala Tengku Aisy Aralyn menuju ke tingkat bawah. Suasana rumah itu sememangnya sudah terang. Disaat dia melintas bilik solat, dia terdengar Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa sedang mengaji bersama-sama.

Dia tersenyum kecil, senakal mana pun mereka. Mereka masih tidak lupa pada tuhan. Dia melangkah ke dapur untuk memasak sarapan pagi. Dia melihat Puan Hajah Dahlia sudah berada di dapur.

" Assalamualaikum Umi."

" Eh, waalaikumussalam. Kenapa turun, pergilah rehat. Kamu mesti penat."

Tengku Aisy Aralyn tersenyum manis apabila ibu mertuanya berkata demikian.

" Tak mengapa. Umi lagi penat dari Ara. Umi nak masak apa? Boleh Ara tolong? "

" Nak masak nasi lemak ayam rendang. Kalau kamu nak tolong, boleh basuhkan beras? "

Tanpa berlengah, Tengku Aisy Aralyn terus mengambil periuk nasi lalu mengisinya dengan beras lalu beras itu dibasuh bersih. Disebabkan dia pandai masak nasi lemak, dia terus sahaja menanak nasi itu. Dia meninggalkan Puan Hajah Dahlia dibawah sementara dia pergi ke biliknya untuk mengambil pakaian kotor untuk dibasuh.

Di saat dia sedang menuju ke tangga, dia terserempak dengan adik-adik iparnya yang sedang memegang bakul yang berisi baju. Dia memberi ruang untuk mereka lalu dia menyambung perjalanan pula selepas itu.

Terlihat suaminya sudah selesai bersenam kerana suaminya baru sahaja keluar bilik mandi dengan keadaan rambutnya basah. Tanpa mengendahkan suaminya, terus sahaja dia mengambil bakul kotor yang berisi baju kotor. Cadar katil dan selimut juga di ambilnya untuk cuci.

Syed Umar Darwisy menolong isterinya dengan mengangkat cadar dan selimut itu. Di saat mereka dibawah, terlihat Tengku Aryan Zahin sedang menolong Puan Hajah Dahlia menghidangkan makanan. Mata mereka bertiga bertemu. Tengku Aryan Zahin bersiul sambil tersengih. Malah dia menegur kenapa mahu basuh cadar sedangkan baru tukar.

Tengku Aisy Aralyn memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Selesai mendobi, mereka sekeluarga duduk bersama lalu menjamu selera bersama. Berbual-bual dengan mesra dengan seisi keluarga itulah impian Tengku Aisy Aralyn kerana selama ini dia hanya hidup berdua dengan Abangnya.


To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now